Mari join..:)

Friday, November 23, 2012

kisah cinta saya dan Anne Ngasri

Setelah membaca kosmo pagi tadi, aku tersentak. Bukan kerana kisah cinta aku ditulis, tapi kerana kisah cinta aku yang lebih kurang sama dengan kisah cinta Anne Ngasri. aku tidak pernah berkahwin seperti Anne, cuma apabila membaca luahan Aliff Aziz, aku rasa kisah aku lebih kurang sama dengan kisah Anne, mengikut apa yang aku baca la. aku pun tak kenal diorang secara peribadi.
 

Apa yang sama?
 

Menurut Aliff, dia bersikap endah tak endah terhadap Anne sebelum ini. Ya, boyfriend aku juga sama. Bila aku luahkan, dia cakap memang dia mahu aku rasa yang aku takde boyfriend. Aku betul-betul tak faham. Memang bagi orang lain, kalau diorang jadi aku diorang akan mintak putus terus. Sebelum ni banyak kali juga aku minta putus. Tapi dia cakap kat aku "jangan merepek." Sebenarnya itu yang aku tak faham. Apalah tujuan aku berada dalam hidup dia. Sebagai peneman mak dia kah? Sebagai despatch? Sebagai orang yang sayang dia tapi takkan membalas sayang aku?Begitu?
 
 
Sebelum ni aku memang ada suka 2-3 orang lelaki. Tapi aku tak pernah ada boyfriend. Sebab walaupun suka, aku takkan cakap pun dengan laki tu.Usah kata nak luahkan perasaan, berbual bual biasa pun tidak.Aku dah biasa jadi pencinta dari jauh.
 
 
Tapi yang ni berbeza. Sebab bukan aku yang suka dia dulu. Tapi aku dengan mudah boleh jatuh cinta. Hanya dengan beberapa patah ayat saja buatkan aku suka terus dengan dia. Tapi biarlah aku simpan saja kan apa ayat tu. Mungkin dia tak ingat pun apa yang dia pernah cakap tu. Mungkin dia ingat aku suka dia sebab dia kacak. Atau sebab takde orang suka kat aku. Well, dia salah. Walaupun tak cantik dan tak keperempuanan sangat, pernah juga la ada orang confess kat aku. Tapi hati aku tak boleh terima diorang tu. Walaupun diorang ada rupa. Jadi di sini memang tidak timbul soal aku suka dia sebab dia kacak. Aku cuma suka. Begitu saja.
 
 
Persamaan lain ialah: aku agak rapat dengan family boyfriend aku. Walaupun datang rumah dia beberapa kali sebelum jumpa family dia, cuma untuk bagi barang pada dia atau melawat dia (walaupun dia tinggal sorang kat umah tapi aku bawak sorang kawan bersama dan kami tak tutup pintu depan pun jadi jangan fikir bukan bukan) tapi tak pernah jumpa secara terus. Sehinggalah hari mak dia nak pegi umrah. Aku menyatakan hasrat ingin jumpa mak dia sebelum mak dia berangkat. Dia kata pergilah lepas balik dari keja(Dia keja shif malam masa tu).Pakai baju elok sikit(sebab aku selalu pegi keja pakai t shirt ja kan. Jadi dia suruh aku pakai kemeja haritu) Mula mula aku agak seram nak pegi. Yalah,mana lah tahu kot kot dia ja yang tahu aku nak datang. Nanti mak dia tanya "Sapa ni" malulah teman kan.. Tapi alhamdulillah,mak dia sambut dengan baik. Selepas tu kadang2 mak dia yang suruh aku datang rumah.Even rumah kakak2 dia pun aku dah pegi. Orang jemput kan...
 
 
Aku memang tak harapkan apa-apa walaupun selepas aku mengenali  keluarga dia sebab ya, jodoh di tangan Allah.Mak dia juga cakap camtu (dalam erti kata lain, mak dia pun taklah harap sangat3 aku bakal jadi menantu dia walaupun boyfriend aku kata dia doakan kami masa kat Mekah) jadi aku pasrah...
 
 
 
Cuma satu saja aku tak faham. Lelaki sayang perempuan tu tapi buat endah tak endah. Apakah itu maksud sayang?
 
 
Comel macam ni pun orang boleh buat tak layan. apatah lagi aku.
 

1 comment: