Mari join..:)

Tuesday, November 27, 2012

Kat mana nak cari boyfriend ni?

 
Ha. Ini adalah soalan yang sering ditanyakan oleh kawan2 yang single pada kawan2 yang lain. Lebih2 lagi pada kawan yang dah berpunya. Sebab dah ada pengalaman ngorat dan dingorat kan.





Masa sekolah aku tak minat pakwe-pakwe ni. Aku fikir diorang ni gatal. Dan aku geli. Sampai aku masuk matrik dan mula minat-minat orang pun,aku masih tak berminat nak kapel. Walaupun aku memang suka orang tu sangat. Sebab aku rasa macam ada beban pastu yang lebihnya aku rasa rendah diri ya amat sebab aku ni serba serbi tak perfect. Aku rendah diri?Memang aku rendah aku tak nafikan. Tapi bila tengok cermin, aku sendiri malu. Jadi aku bayangkan camna lelaki pulak yang tengok aku? Mesti tak sior(tak hingin)
 
 
 
 
 
Dulu memang fikir, tak nak kapel la sampai bila bila pun. Tunggu la mak paksa kawen pastu aku terima ja tak kisahla laki tu camna pun janji dia terima aku seadanya. Sebenarnya sampai sekarang aku masih berharap begini. Mungkin satu dunia taknak kena paksa tapi aku memang rela dari dulu sampai sekarang.Adakah aku sadis sangat?
 
 
 
 
 
Tapi dari dulu sampai sekarang, ibu bapa aku merupakan ibu bapa terbaik. Mereka tak pernah paksa kami ikut pilihan diorang. Macam aku nak amik course apa, belajar kat mana. Cuma masa nak pegi Sarawak tu ayah aku berat hati sikit. Sebab jauh sangat kan.
 
 
 
 
 
 
Jadi demi orang2 single yang sedang mencari jodoh, saya tanyakan soalan ini.
 
 
 
 



2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Ermm.. tak sior??? saya terpikat tengok awak.. camner leh kata tak sior saya pun ada masalah macam ni.. rendah diri yang amat sangat.. dulu ada gak blogging sama cam kes awak ni.. pastu 2 hari lepas delete.. pasal pompuan yang saya suka dah kerja kat tempat lain.. kerja satu tempat.. tapi pendam rasa dekat ngan setahun.. bercakap pun seminggu 10 patah perkataan jer.. lagi satu saya ada masalah Gynophobia.. memang seksa. saya pun tak perfect.. jgn bimbang pasti ada jodoh untuk awak.. gud luck!

    ReplyDelete