Mari join..:)

Friday, November 30, 2012

Gadis Seperti Aku.


Masalah terbesar diri Udez ialah too low self esteem ataupun dalam bahasa Melayu nya keyakinan diri terlalu rendah.Dalam bahasa Arab tak pasti.Su'ul Yaqin kot.

Dan ternyata, masalah ni mempengaruhi kisah cinta Udez. Udez memang tak pernah dan rasanya tak akan confess kat sape2 pun. Boyfriend pertama tu pun, berjanggut dia tunggu Udez cakap I love u too.*malu*

Semua orang nak bahagia. Tapi Udez selalu terbayang yang Udez takkan bahagia. Gila kan? Ya, dan itu yang jadi dalam hidup Udez sekarang. Itulah, walaupun kita tak doa, tapi sebab hati kita ke arah itu, maka Allah lorongkan ke arah itu. Salah sendiri.

Dulu masa Udez kecik, Udez selalu sakit. Bukan sakit kritikal. Sakit dia tak la serius, tapi kerap sangat. Opah yang cakap, Udez ni kecik dulu banyak penyakit. Arwah Atok dulu sebelum meninggal ada sakit asma. Tapi buatan orang. Alhamdulillah, tak de sapa anak atau cucu cucu dia yang mewarisinya. Dulu aku pernah disyaki menghidap penyakit serius. Bukan doktor lah cakap, cuma simptom dia memang menakutkan. Lepas seminggu rungsing sorang2 aku beritahu kawan baikku Fizah. Dia yang temankan aku jumpa doktor.Alhamdulillah,tidak serius.  Tapi dalam masa nak jumpa doktor tu, bayangkanlah perasaan aku camna.

Selepas itu, aku belajar macam biasa. Masih dengan self esteem yang sama sehinggalah tamat belajar. Aku amik course yang agak kritikal iaitu Engineering. Sebenarnya aku tak la minat sangat. Tapi tak tau lah camna boleh apply. Maka aku bertahan sehingga tamat pengajian. Bila apply kerja, masalah mula timbul. Aku pergi berapa banyak interview, tapi cuma berjaya 4 kali. Kali pertama berjaya sebab 5 minit je.Maka keyakinan diri aku tak perlu pertahankan terlalu lama sehingga tak mampu lagi dah. Kali kedua sebab dah takde orang sangat kot. Kali ketiga lama sangat tapi mungkin sebab dia memang nak ambik aku berdasarkan pengalaman yang aku ada maka aku berjaya. Kali keempat lagi senang. Datang ja terus tanya, U nak datang kerja sini tak. Up to you. So I said yes. Huh.


Tapi selepas bekerja, masalah ini mendatangkan masalah juga kepada aku. Orang ragu-ragu dengan keupayaan aku. Diorang selalu ingat aku selalu blur dan tak tau apa-apa.Orang ingat aku tak serius dan suka main-main. hmm.

Kadang-kadang aku terfikir untuk mati saja. Sebab kadangkala aku macam tidak berguna langsung. Aku selalu suka bila dapat beri inspirasi dan semangat pada orang lain. Tapi aku tak mampu berikan pada diri sendiri. Loser me.



Aku rasa, aku kena selalu nyanyi lagu ni baru bole boost up confidence.


First time kot buh video kat dalam entri.Hehe.


No comments:

Post a Comment