Mari join..:)

Tuesday, November 27, 2012

cara mak sekarang SMS.

Dulu mak aku tak pandai pakai henfon. Sampai nak angkat call pun tak tau. Tapi kami semua suruh mak belajar. Maka tak lama lepas tu, mak dah pandai jawab call.

Lepas tu, mak tau cara nak call opah, mak teh, ayah, pak long dan sebagainya maka setiap kali nak call dia akan suruh anak-anak dia atau suami dia (ayah aku la tuh) untuk tolong carikan orang tersebut dalam phone book.

Lepas tu ayah belikan telefon rumah yang berbentuk henfon supaya senang nak call emak dan emak senang nak call dia bila ada kecemasan. Henfon tu start dengan 05 sebab tu aku gelarkan telefon rumah.Tapi dia sebenarnya sebuah telefon bimbit. Cumanya, ia tak boleh digunakan di luar kawasan Perak.


Kemudian, timbul satu masalah. Mak aku ni tau nak baca mesej, tapi tak tau nak taip mesej. Kadang2 dia boleh bukak henfon aku dan baca mesej. Nasib baik takde mesej lucah.Mana la tau kalau2 orang salah anta kan. Kan dah bagi impression buruk kat mak tu? Langsung dia tak bagi aku merantau nanti. Jadi nya, adik aku yang anak emak tu jenuhla mengajar. Mak bukan lambat tangkap, cuma dia yang malas malas belajar sebab asyik kata susaaaaah je.


Lama lama, henfon ni ditamatkan penggunaannya. Sebab bil kan. Maka nya, mak cakap dengan ayah nak beli henfon baru. Tapi ayah bising.Dia cakap telefon kat rumah ni punya banyak nak tambah lagi. Memang banyak pun. Sebab henfon aku ja dari start aku pandai beli henfon sampai sekarang dah henfon ke 5 ni semua ada kat rumah. Tu tak masuk henfon ayah lagi. Henfon ayah ada dua. Henfon adik adik aku lagi. Jadi ayah bising. Mak pulak bising kat kami anak anak dia katanya "ayah selalu tukar henfon takpe.mak nak beli dia tak bagi" haa konflik kami anak anak.Hehe



Akhirnya, mak beli henfon juga.

 
Lepas mak beli tefon, mak dah pandai dah taip mesej. Awal2 dulu, dia taip mesej camni:
 
 
"Buat apa itu" 
 
 
Lebih kurang ayah jugak cuma ayah sebut "tu" bukan "itu" dan ayah pun tak suka buh tanda soal.
 
 
 
Kalau aku, walaupun jarang hantar mesej tanye orang watpe kan, kecuali kat whatsapp, aku akan taip:
 
 
"weh watpe?"
 
 
walaupun tak baku, tapi aku memang jarang nak singkatkan sangat perkataan, apetah lagi nak mesej camni:
 
 
"abg uat apew tu?bby nk tito la..nantok cgt..luv u abg"
 
 
 
euw.muntah 10 kali.
 
 
 
Tapi tadi, setelah hampir 3 bulan pandai SMS, mak aku taip camni:
 
 
 
"Pk we menntu oph cik bndg mninggl smlm, dpsir slk."
 
 
 
 
Sapela yang ngajo mak aku ni.
 
 
 


No comments:

Post a Comment