Mari join..:)

Wednesday, October 31, 2012

udez dan sepupu sepipi udez

Semua manusia ada sepupu rasanya.kecuali mak pak dia anak tunggal.or tok nek pun anak tunggul.eh?tak taulah betul tak fakta ni. ok xperlulah intro sangat kan..


Nak dijadikan ceritanya, udez ada 30++ sepupu.jap2 kira.Pak Long ada 7 anak.Ayah Alang 1(plus 2 sepupu tiri).Ayah Andak 4.Wah 5.Mak Cik 5.Maksu 3.Mak Long 3.hah,semua sekali 34.(harap takda yang tertinggal.sori..) dalam 34 orang sepupu ni, ada 2 orang ja sepupu yang sebaya dengan udez. Sorang anak Ayah Alang,meninggal masa kecik. Tinggal sorang jelah yang masih hidup iaitu anak Pak Long yang kami panggil Noli. Disebabkan kami sebaya,sudah jadi lumrahnya bila pekse mesti mak sorang ni pegi telefon mak sorang ni tanya dapat berapa.tak kirela UPSR ke PMR ke SPM ke UPKK sekali pun. kire dah tradisi la tu(not applicable to us only but the whole family also). Rasanya semua orang pon rasa kot kena banding2 camni.Takde sepupu pun,mesti kena dengan kawan2 mak pak.mesti punyelah(confident!)

Berbalik kepada Noli(nama dia Norliyana,selalu nama ni org panggil Yana tapi tak taula napa panggil pangkal namanya gasaklah kan), mak ku memang rajin compare kami berdua.walaupun dulu aku masuk darjah 5 awal setahun daripada dia ni, kes ini tetap terjadi.cuma bezanya, dia tau result aku dululah kan...


Dari PTS, sampailah sekarang aku dah bekerja ni kami masih dibandingkan.Ya,walaupun dia selalu lagi pandai,maklumlah UPSR straight A dan lepas tu masuk SBP pulak.Udez plak masuk SBP bawah kerajaan Perak je dan tak dapat straight A.Walau bagaimanapun,tak la selalu dia di atas.Bukan nak membangga,tapi rasa sedih dengan emak sendiri yang tak pernah nak berbangga dengan kejayaan anak sendiri. Sampai kan kami masuk U, kami berdua ambil Engineering,tapi lain bidang. Mak bandingkan CGPA terakhir aku dengan dia. Ya,aku memang bukan seorang yang rajin belajar. Tapi kalau nak bandingkan pun, kami bukan ambil course yang sama. U pun lain2. Dan mak ku tak tahu, anak dia belajar separuh mati untuk dia. Hmm biarlah. Takut pula dikatakan anak derhaka.


Dan yang menjadi masalahnya sekarang,aku sudah bekerja dan dia masih belajar(Master) pun mak aku masih nak bandingkan. Katanya, Noli nak amik PhD.Kamu tak teringin ke? Amboi amboi amboi...Macamla dia tak tau napa aku tak jadi amik Master aritu..Hurmm susahla camni...Memang aku ada keinginan..tapi aku lagi teringin nak kawen!ngeh ngeh ngeh.










p/s:oh mak..kawennnnkan aku.....

No comments:

Post a Comment