Mari join..:)

Thursday, November 1, 2012

udez dan hobi


Tajuk macam karangan sekolah rendah je kan. huhuhu



Aku sebenarnya disebabkan adalah seorang yang boring, maka Udez ada banyak juga hobi yang boleh dilakukan bersendirian. Antaranya:

1.Sudoku
Aku belajar main ni masa aku kerja kat Boon Siew Honda dulu. Kak Zura yang dok depan Muaz(Muaz sebelah aku) selalu main sudoku masa rehat.Satu hari Muaz pinjam buku Sudoku kak Zura dan cabar aku buat lebih cepat dari dia.(Ke aku yang cabar diri sendiri entah?hehe) Jadi masa tu aku baru belajar buat sudoku dan menjadi keghairahan pula. Tak lama pastu aku pegi Popular dan beli buku Sudoku.(book store is the only place that can make me "rambang mata" ok xpandai english bye) Aku bawak buku tu datang opis dan kami menyelesaikan bersama sebab susah ya amat la pulak buku tu(sharing is caring) dan mereka kata "awat hang beli buku susah?"..manalah tahu kan..aku tengok dia tulis EASY (easy level bukan easy RHB) kat buku tu...hmmm... ok dipendekkan cerita kemudian aku berhenti Boon Siew Honda dan masuk kilang lain(Takyah citela kilang baru ni nanti esok pun tak habis).Maka sebaik sahaja gaji terakhir masuk, aku dan Encik Gemok pergi ke Kulim beli Galaxy S. Kenapa Kulim?sebab kat Seberang Jaya Galaxy S mase tu 550 kot padahal kt kulim baru 400++ campur memory card la plastic cover la dapat 450 je. Balik dari Kulim kami terus pegi McDonalds untuk download pelbagai app untuk Android phones. Kita serahkan pada yang pakar la ye kawan2. Encik Gemok memang advance pasal ni sebab dia pun pakai Android dah lama. Sebab aku cerita kat dia aku dok buat Sudoku kat rumah dari bangun tidur sampai tidur sampai tak mandi tak makan tak ape sampai ayah bising tengok betapa khusyuknya aku wat Sudoku maka dia downloadkan beberapa  Sudoku apps untuk aku. dia cakap "hah,mainlah sampai lebam" adoiyai kena sebijik.Tapi yang ni je yang aku selalu main (tapi versi 2.62 la).
 
 
Ada level Very Easy (1-5),Easy(1-5),Moderate(1-5), Advanced(1-5),Hard(1-5)Very hard(1-5),Fiendish(1-5) dan Nightmare (1-5).Sekarang aku dok main Hard 2.Tiap level ada 250. Dan aku dah lepas 26 level dan level sekarang ada 116 lagi not solved. Aku beli phone ni hujung bulan 3 maka boleh tau lah kan betapa dahsyatnya aku main benda ni.
 

yang aku suka tentang game ni sebab dia ada kaler2. yang lain interface dia kurang menarik sikit. dah habis game ni nanti aku mainlah yang lain tu.hehe







Rehat nak habis. To be continued......

 

No comments:

Post a Comment