Mari join..:)

Thursday, October 11, 2012

pelakon.tapi.kurang.femes?!

Melihat tajuk ini,haruslah diingatkan aku bukanlah gila berita hiburan sangat.MELODI dan rancangan gosip2 yang sewaktu dengannya juga bukanlah cerita-wajib-tengok saya. ceritanya bukan berkisarkan kedua-dua artis di atas. tapi berkisarkan kawan kawan se-opis saya.

Seorang mamat di kilang aku, kita namakan F sangat meminati Puan Bunga kerana dok mengikuti sinetron petang-petang pukul 5.30 tu dan mulutnya dok melagukan lagu Puan Bunga. Sampaikan bosnya yang berbangsa Cina juga dari tak kenal,boleh hafal nama tersebut. disebabkan aku kenal lah juga Puan Bunga tu,maka aku men-joinkan diri dalam perbincangan tersebut. aku juga menyatakan, yang Puan Bunga berkahwin dengan pelakon Malaysia yang agak terkenal,Encik Ashraf Sinclair (kenapa Encik bukan Tuan?hehe).Tapi pernyataan agak terkenal tu tak boleh digunapakai di sini sebab mereka tidak pernah lihat pun muka Encik Ashraf ni.Juga mereka bertanyakan keturunan Ashraf ini. Lalu aku meng-google-kan wajah Encik Ashraf juga adiknya Puan Aishah Sinclair.
















Tak payahlah kot aku tampal wajah mereka di sini.korang bukan tak pandai guna Google kan?

No comments:

Post a Comment