Mari join..:)

Wednesday, October 31, 2012

udez dan sepupu sepipi udez

Semua manusia ada sepupu rasanya.kecuali mak pak dia anak tunggal.or tok nek pun anak tunggul.eh?tak taulah betul tak fakta ni. ok xperlulah intro sangat kan..


Nak dijadikan ceritanya, udez ada 30++ sepupu.jap2 kira.Pak Long ada 7 anak.Ayah Alang 1(plus 2 sepupu tiri).Ayah Andak 4.Wah 5.Mak Cik 5.Maksu 3.Mak Long 3.hah,semua sekali 34.(harap takda yang tertinggal.sori..) dalam 34 orang sepupu ni, ada 2 orang ja sepupu yang sebaya dengan udez. Sorang anak Ayah Alang,meninggal masa kecik. Tinggal sorang jelah yang masih hidup iaitu anak Pak Long yang kami panggil Noli. Disebabkan kami sebaya,sudah jadi lumrahnya bila pekse mesti mak sorang ni pegi telefon mak sorang ni tanya dapat berapa.tak kirela UPSR ke PMR ke SPM ke UPKK sekali pun. kire dah tradisi la tu(not applicable to us only but the whole family also). Rasanya semua orang pon rasa kot kena banding2 camni.Takde sepupu pun,mesti kena dengan kawan2 mak pak.mesti punyelah(confident!)

Berbalik kepada Noli(nama dia Norliyana,selalu nama ni org panggil Yana tapi tak taula napa panggil pangkal namanya gasaklah kan), mak ku memang rajin compare kami berdua.walaupun dulu aku masuk darjah 5 awal setahun daripada dia ni, kes ini tetap terjadi.cuma bezanya, dia tau result aku dululah kan...


Dari PTS, sampailah sekarang aku dah bekerja ni kami masih dibandingkan.Ya,walaupun dia selalu lagi pandai,maklumlah UPSR straight A dan lepas tu masuk SBP pulak.Udez plak masuk SBP bawah kerajaan Perak je dan tak dapat straight A.Walau bagaimanapun,tak la selalu dia di atas.Bukan nak membangga,tapi rasa sedih dengan emak sendiri yang tak pernah nak berbangga dengan kejayaan anak sendiri. Sampai kan kami masuk U, kami berdua ambil Engineering,tapi lain bidang. Mak bandingkan CGPA terakhir aku dengan dia. Ya,aku memang bukan seorang yang rajin belajar. Tapi kalau nak bandingkan pun, kami bukan ambil course yang sama. U pun lain2. Dan mak ku tak tahu, anak dia belajar separuh mati untuk dia. Hmm biarlah. Takut pula dikatakan anak derhaka.


Dan yang menjadi masalahnya sekarang,aku sudah bekerja dan dia masih belajar(Master) pun mak aku masih nak bandingkan. Katanya, Noli nak amik PhD.Kamu tak teringin ke? Amboi amboi amboi...Macamla dia tak tau napa aku tak jadi amik Master aritu..Hurmm susahla camni...Memang aku ada keinginan..tapi aku lagi teringin nak kawen!ngeh ngeh ngeh.










p/s:oh mak..kawennnnkan aku.....

Thursday, October 11, 2012

pelakon.tapi.kurang.femes?!

Melihat tajuk ini,haruslah diingatkan aku bukanlah gila berita hiburan sangat.MELODI dan rancangan gosip2 yang sewaktu dengannya juga bukanlah cerita-wajib-tengok saya. ceritanya bukan berkisarkan kedua-dua artis di atas. tapi berkisarkan kawan kawan se-opis saya.

Seorang mamat di kilang aku, kita namakan F sangat meminati Puan Bunga kerana dok mengikuti sinetron petang-petang pukul 5.30 tu dan mulutnya dok melagukan lagu Puan Bunga. Sampaikan bosnya yang berbangsa Cina juga dari tak kenal,boleh hafal nama tersebut. disebabkan aku kenal lah juga Puan Bunga tu,maka aku men-joinkan diri dalam perbincangan tersebut. aku juga menyatakan, yang Puan Bunga berkahwin dengan pelakon Malaysia yang agak terkenal,Encik Ashraf Sinclair (kenapa Encik bukan Tuan?hehe).Tapi pernyataan agak terkenal tu tak boleh digunapakai di sini sebab mereka tidak pernah lihat pun muka Encik Ashraf ni.Juga mereka bertanyakan keturunan Ashraf ini. Lalu aku meng-google-kan wajah Encik Ashraf juga adiknya Puan Aishah Sinclair.
















Tak payahlah kot aku tampal wajah mereka di sini.korang bukan tak pandai guna Google kan?

Wednesday, October 10, 2012

my comeback.

Euw.macam artis lama tiba-tiba muncul nak buat comeback.stail baru.suara baru.album baru. ok lah. kirenye kat blog ni I artis la kan.takkanlah blog I tapi orang lain yang jadi watak utama?wah ini sudah lebeyyyy...(tak puas hati tibe tibe) haha itu tidak mungkin.biarlah aku digelar capub (cari publisiti) or gile glemer di blog sendiri.tak suke takyah bace lah kan...kan... hmm.jam dah 1.41 p.m tapi takde mesej diterima lagi.haih.dari dulu sampai sekarang jadi penunggu yang setia. entah sampai bila...

Dalam umur aku yang dah 24 tahun 9 bulan ni..aku rasa kadangkala sudah matang.tapi kadangkala macam pompuan dah menopaus pon ada.dan kadangkala pula macam bayi.huhu...semua perasaan bercampur baur ini datang dari satu sumber sahaja.dari orang yang aku dok tunggu mesej nya lah tu. bunyi macam mesej yang leh bagi orang sejuta ringgit je kan?hehe.kadang2 cuma satu patah kata sahaja.tapi boleh memberi kesan.hmm.kesian kan aku ni?tapi ada pendapat dari seorang kenalan aku mengatakan, mungkin aku dalam proses menuju alam kematangan sebab tu lah aku punya emosi tidak stabil.sebab ya,perempuan memang akan berada dalam ketidakseimbangan emosi sekali sebulan.tapi bila aku check balik, ya itu bukan masa berkenaan.jadi,teori sekali sebulan itu tidak boleh diterima dalam kamus hidup Udez.

Satu saja nasihat aku kepada orang di luar sana, JUST BE YOURSELF. aku sedar aku tidak sempurna. aku banyak sangat kekurangan yang aku sendiri takleh terima.ini kan pulak die yang cuma manusia biasa lagilah sukar nak terima. tapi itu saja boleh buat aku gembira.jadi diri aku sendiri.berubah itu penting.tapi jangan paksa diri.lakukan secara perlahan lahan nescaya hasilnya akan lebih baik.


p/s: saya mahu bahagia.

hai!hai! dan hai! lagi

sori lah kepada pembaca-pembaca dan pengikut pengikut udez (jikalau ada) kerana menyepi sungguh lama.rasanya lebih setahun dah. sebab yang aku ingat last aku update ialah masa I baru bekerja di Penang.Company?dirahsiakan.lagipun saya sudah berhenti dari sana lebih kurang 7bulan yang lalu. kenapa berhenti?oh.itu tidak penting.saya penat menyingkap masa lalu saya itu. apa-apa pun, sekarang saya berada di tempat baru.Masih di Penang,tapi tempat berbeza.kerjaya juga berbeza. takpelah.janji hati gembira.(sambil tengok henset,kenapa kau tak menerima mesej lagi sekarang dah pukul berapa???) ok lah.just nak cakap triple hai! sebab pasni I akan aktif balik..dengan cerita yang lebih dewasa (sangat berharap sudah lebih matang dari dulu walaupun rasanya same jek..;p) dan mungkin lebih menarik.ok itu tak janji. but I'll TRY MY BEST. hehe bye.