Mari join..:)

Sunday, June 12, 2011

kenapa perhubungan begitu rapuh?

sebelum ni,aku selalu cakap aku tak mahu ada hubungan istimewa dengan sesiapa.sebab aku tahu dosa and all.siap cakap,bercinta selepas kahwin lebih manis la...


kemudian,aku berkawan dengan seseorang.aku tak sangka ia akan jadi serius.tapi,itulah yang berlaku.dia bukan taste aku dari segi fizikal tapi dia ada sifat yang aku suka.dia selalu merajuk atas sebab-sebab yang aku tak sangka.juga menggembirakan aku dengan cara yang aku tak sangka.

satu benda yang membuatkan aku tak percaya dia adalah kerana dia menyatakan sayang tidak lama selepas perkenalan kami.tapi yang menghairankan aku,aku tak berasa tidak selesa dengan dia seperti kes-kes sebelum ni.aku boleh terus berkawan dengan dia macam biasa dan menjadi diri sendiri tanpa perlu cover cover.aku terus berkawan dengan dia,tapi aku tak pernah membalas kata sayang atau rindu dari dia.aku tau aku tak patut buat macam ni.tapi aku sebenarnya takut.takut yang aku mungkin mengecewakan dia nanti.juga takut sebab aku tak pasti dengan perasaan sendiri.

apa yang pasti walaupun kami cuma berkawan,kami pernah 'putus'.dia merajuk dan aku malas mahu melayan.jadi dia menghantar mesej putus dan aku cuma diam.yang pasti, aku rasa sedih.sampai orang sekeliling pon perasan kesedihan aku.tiba-tiba pula,ada seseorang beritahu aku yang dia sebenarnya playboy.aku ingat juga,aku menangis selepas tu.aku fikir,macam manelah aku boleh tertipu dengan dia.aku tak reply mesej dia beberapa hari walaupun dia ada ayat dia yang boleh membuatkan aku 'cair'.tapi entah macam mana,satu hari aku yang mesej dia sendiri.dan kami berkawan semula walaupun tidak sehangat sebelum itu.

tapi sekarang,tiba-tiba dia tak reply mesej,bila kol tak angkat.lalu aku menghantar mesej putus.aku ingat dia akan diam sahaja.atau cuba buat sesuatu.tapi dia cuma bersetuju dan menyokong keputusan aku.aku tak mengharapkan ini,tapi aku juga tak pasti adakah aku benar-benar sayang kat dia,atau aku cuma berasa kehilangan.tapi aku yakin,aku sebenarnya sayangkan dia.cuma sayang aku tak cukup kuat kot.


apa yang patut aku buat?adakah aku patut melupakan dia?

2 comments:

  1. Salam, just blogwalking, tetiba terjumpa blog ni, n isu ni terpukul pada sy plak :)

    Mungkin dia mmg player, sbb tu dia dh xlayan udez & even agree to breakup. Mungkin juga dia dh ada pengganti, since dia realize yg udez pun dh dingin dgn dia..

    anyway, i suggest udez to forget him & move on with your life. I've gone through this period, indeed i understood your feelings. Sakit, sedih, sume ada la. Ye la, mana tak nyer, dia penah isi hidup kita (even u didn't declare anything), suddenly dia dah xde. mmg akan rasa kosong. but that'll be for a while. tetapkan hati, tabahkan minda. doa byk2 & selalu ingat Allah.

    good luck ;)

    ReplyDelete
  2. thanx a lot ya..really need dis kind of advice..:)

    ReplyDelete