Mari join..:)

Friday, April 15, 2011

cerita tah pape

semakin dewasa,aku semakin mengenali diri sendiri.hampir mengenalpasti berapa bijik taik lalat di badan dan berapa jumlah parut hasil kesopanan semasa kecil.juga yang paling penting, kelemahan diri sendiri.akhirnya,aku dapat mengenalpasti yang aku mengalami inferiority complex(aku pon tak taulah eja dia betoi tak.nanti tanya teacher salwani bila balik ipoh) dimana penghidapnya mengalami kekurangan keyakinan diri.pada kawan2 yang dah lama mengenali aku,silalah mengesahkan kenyataan ini supaya aku berasa lebih lega.hehe.

hmm walaupun bunyi macam tak serius macam HIV ke tibi ke,tapi ia memang memberi effect seumur hidup.contoh,nervous untuk berada dalam kelompok yang ramai,seram bila orang dok usya2 rasa macam kaki ketaq la pulak,and of course, failed my interviews. usah tanyelah berapa kali aku pergi interview,dah tu tak pernah rase macam boleh dapat lepas habis tebiu.alhamdulillah,dengan keyakinan hampeh begini,aku lulus 2 tebiu jugak.but,wait seminit.i passed, but i failed the cholestrol test.apakah,dah senang2 dapat tebiu 5minit camtu pastu pass plak boleh pulak gagal kat kolestrol.memang loser.and the second interview yang i pass, boleh pulak salah letak jawatan.aku ingat dia panggil untuk join production,sekali bukan daa..contract je.dahla aku rase jawab cam haram,tak sangka pulak tu dapat.maybe dah takde pilihan lain kot.huhu..

by the way,aku yang sekarang,memang sangat rapuh(fragile).kadang2 rasa cam kaca gelas pulak.senang sensitip dengan benda2 kecil,apatah lagi benda besar.usah katelah dengan siapa,aku rase hampir semua orang kot.aku memang boleh accept,tapi i cant help myself from blaming me for everything...

antara yang aku kesal,bila aku sensitip dengan parents sendiri.bila kena compare dengan cousin yang lebih bijak,rasa cam usaha 4tahun kat U macam sia-sia.dahla aku dok jauh,sorang2 pulak tu.bila balik,dok berkira camne nak bahagi duit PTPTN supaya hujung sem tak perlu mintak kat diorang for extra money.but then, bila aku nak start keja kat shah alam,duduk menyewa ngan sedara jauh, my mom said "ala dia dah biase,dulu pon pergi sarawak sorang2 boleh je survive 4tahun." terharu pulak rasenye.sebab my aunt macam tak konpiden i boleh berdikari sendiri,tapi bila my mum cakap camtu,barulah i rase yang die tak pandang I lembik rupanya. sebab semua orang lain dok risau tengok aku jalan sorang2 lepak KL sentral sampai pagi masa nak naik flight balik U,bawak beg banyak2 pindah dari shah alam ke penang,naik bas pulak tu.kira terharu sangatlah.kadang2 bosan juga bila orang dok ingat kita macam budak kecik semata2 sebab kita nampak tak cukup matang.walaupun dah tua gabak camni.sampai bila dengar opah dok berletiaq,rase nak cabut je.adakah itu dinamakan sombong?hope not

oh.adakah dah keluar topik?

kadang2 aku rase macam bukan diri sendiri.selalu berlagak gembira,macam miang2 keladi sikit,or berlagak serius.aku rasa semua pura-pura.sebab lepas tu aku akan pikir,eh ape aku buat tadi.oh,i'm spacing out again. macam bile aku dok cakap yang aku minat mamat korea siap nak kawen pakai baju tradisional diorang tu lagi,sanggup belaja masak kimchi nak bagi kat mak mentua lah,actually tak minat pun.hmm adakah aku sorang yang berpura2?

mungkin betul cakap fizah,aku perlu guidance.sangat.

1 comment:

  1. ni hint nak bgtau nak melangkah ke alam baru ke? *wink2*

    ReplyDelete