Mari join..:)

Sunday, June 12, 2011

kenapa perhubungan begitu rapuh?

sebelum ni,aku selalu cakap aku tak mahu ada hubungan istimewa dengan sesiapa.sebab aku tahu dosa and all.siap cakap,bercinta selepas kahwin lebih manis la...


kemudian,aku berkawan dengan seseorang.aku tak sangka ia akan jadi serius.tapi,itulah yang berlaku.dia bukan taste aku dari segi fizikal tapi dia ada sifat yang aku suka.dia selalu merajuk atas sebab-sebab yang aku tak sangka.juga menggembirakan aku dengan cara yang aku tak sangka.

satu benda yang membuatkan aku tak percaya dia adalah kerana dia menyatakan sayang tidak lama selepas perkenalan kami.tapi yang menghairankan aku,aku tak berasa tidak selesa dengan dia seperti kes-kes sebelum ni.aku boleh terus berkawan dengan dia macam biasa dan menjadi diri sendiri tanpa perlu cover cover.aku terus berkawan dengan dia,tapi aku tak pernah membalas kata sayang atau rindu dari dia.aku tau aku tak patut buat macam ni.tapi aku sebenarnya takut.takut yang aku mungkin mengecewakan dia nanti.juga takut sebab aku tak pasti dengan perasaan sendiri.

apa yang pasti walaupun kami cuma berkawan,kami pernah 'putus'.dia merajuk dan aku malas mahu melayan.jadi dia menghantar mesej putus dan aku cuma diam.yang pasti, aku rasa sedih.sampai orang sekeliling pon perasan kesedihan aku.tiba-tiba pula,ada seseorang beritahu aku yang dia sebenarnya playboy.aku ingat juga,aku menangis selepas tu.aku fikir,macam manelah aku boleh tertipu dengan dia.aku tak reply mesej dia beberapa hari walaupun dia ada ayat dia yang boleh membuatkan aku 'cair'.tapi entah macam mana,satu hari aku yang mesej dia sendiri.dan kami berkawan semula walaupun tidak sehangat sebelum itu.

tapi sekarang,tiba-tiba dia tak reply mesej,bila kol tak angkat.lalu aku menghantar mesej putus.aku ingat dia akan diam sahaja.atau cuba buat sesuatu.tapi dia cuma bersetuju dan menyokong keputusan aku.aku tak mengharapkan ini,tapi aku juga tak pasti adakah aku benar-benar sayang kat dia,atau aku cuma berasa kehilangan.tapi aku yakin,aku sebenarnya sayangkan dia.cuma sayang aku tak cukup kuat kot.


apa yang patut aku buat?adakah aku patut melupakan dia?

Wednesday, May 18, 2011

ciri2 lelaki idaman..rupenyeeeee

mase aku muda2,ciri lelaki idaman aku macam dia:








err..xpayahla tunjuk.(sape dah kenal aku lame taula sape aku nak tunjuk.ye aku tau,die dah kawen dan ber anak.baik baik)




nak dijadikan cerita,sekarang ni aku memang minat korean guy.siap penah cakap ngan mak ayah aku,nanti mak ayah dapat menantu korea.padahal sorang korea pun tak kenal.huhu.


mase balik baru ni,dalam kete.

mak:xde ke orang kat H**** tu yang kamu berkenan?
aku:takdela mak.tapi kan,ade sorang mamat cina ni.orang selalu tengok.tapi kan mak,kawan2 uda selalu kutuk dia cakap tak mandi la,buang air tak basuhla,tak sunat la.
mak:ala mane tau.sekarang ni diorang pun sunat,mandi,basuh bila buang air.
aku:tula.tapi kan mak,die tu macam manje je.pegi balik keje mak ayah die anta.orang pun tak macam tu.
mak:o yeke.mak dulu pun,suke orang putih macam cina.yang mata sepet,lagila mak suke.
aku:eh uda terbalik.uda suke yang hitam manis.kalau putih macam perempuanla mak..macam adik2(sambil tunjuk kat adik)
mak:adik mane putih.hitam le ni.
aku:yela,tapi orang tak minatla orang putih....






monolog dalaman aku:
'patutla aku minat korea.menurun dari mak rupenye.'

pastu...
'mak minat chinese look,tapi dapat mamak-look.aku minat si hitam manis,dapat chinese look kot.ngeh ngeh ngeh'

Sunday, May 8, 2011

jangan bersedih..





jangan bersedih (la tahzan) huda...

actually aku baru beli buku ni kat popular tadi.maklumlah kalau pegi shopping complex aku bukan reti nak masuk kedai kasut ke kedai baju ke kedai barang2 make-up ke..budak nerd katekan.tapi tinggal yang no.2 ngan 3 je..tak taulah sold out kot yg no.1 tu.. aku memang teringin nak beli buku ni dari dulu.sebab aku selalu jugak hilang semangat dan rasa tak berguna.lagi lagi bila dugaan datang.sebagai seorang anak sulung,aku patut tabah sebab aku takde orang untuk rely on.jadi aku harap buku ni boleh tolong aku mencari kekuatan diri..insyaAllah...


yang kelakarnya,mase aku beli buku ni,aku beli bersama dua buku DETEKTIF CONAN dan satu komik terbitan GEMPAK STARZ. dan masa kat kaunter bayaran,akak tu senyum2 je.aku tak pasti sebab ape.tapi mase aku bayar ade sorang budak lelaki sekolah rendah sebelah aku beli buku DETEKTIF CONAN gak.adakah dia fikir,budak ni macam budak dewasa tapi beli buku sama dengan budak sekolah rendah???...ahh lantakla.aku dahla bosan duk rumah sewa.kalau ada komik takla aku rasa mati kutu.rugi pulak SHIN CHAN takde.kalau tak lehla gelak sorang sorang lagi.dah jadi tebiat pulak.sampai mak aku pon heran.hehe.


ouch.perut lapar.kan best kalau dapat makan buku.asyik makan megi je...


p/s:kepada budak nerd si programmer,jangan bace blog aku.ni aku bagi amaran ni.

Friday, April 15, 2011

cerita tah pape

semakin dewasa,aku semakin mengenali diri sendiri.hampir mengenalpasti berapa bijik taik lalat di badan dan berapa jumlah parut hasil kesopanan semasa kecil.juga yang paling penting, kelemahan diri sendiri.akhirnya,aku dapat mengenalpasti yang aku mengalami inferiority complex(aku pon tak taulah eja dia betoi tak.nanti tanya teacher salwani bila balik ipoh) dimana penghidapnya mengalami kekurangan keyakinan diri.pada kawan2 yang dah lama mengenali aku,silalah mengesahkan kenyataan ini supaya aku berasa lebih lega.hehe.

hmm walaupun bunyi macam tak serius macam HIV ke tibi ke,tapi ia memang memberi effect seumur hidup.contoh,nervous untuk berada dalam kelompok yang ramai,seram bila orang dok usya2 rasa macam kaki ketaq la pulak,and of course, failed my interviews. usah tanyelah berapa kali aku pergi interview,dah tu tak pernah rase macam boleh dapat lepas habis tebiu.alhamdulillah,dengan keyakinan hampeh begini,aku lulus 2 tebiu jugak.but,wait seminit.i passed, but i failed the cholestrol test.apakah,dah senang2 dapat tebiu 5minit camtu pastu pass plak boleh pulak gagal kat kolestrol.memang loser.and the second interview yang i pass, boleh pulak salah letak jawatan.aku ingat dia panggil untuk join production,sekali bukan daa..contract je.dahla aku rase jawab cam haram,tak sangka pulak tu dapat.maybe dah takde pilihan lain kot.huhu..

by the way,aku yang sekarang,memang sangat rapuh(fragile).kadang2 rasa cam kaca gelas pulak.senang sensitip dengan benda2 kecil,apatah lagi benda besar.usah katelah dengan siapa,aku rase hampir semua orang kot.aku memang boleh accept,tapi i cant help myself from blaming me for everything...

antara yang aku kesal,bila aku sensitip dengan parents sendiri.bila kena compare dengan cousin yang lebih bijak,rasa cam usaha 4tahun kat U macam sia-sia.dahla aku dok jauh,sorang2 pulak tu.bila balik,dok berkira camne nak bahagi duit PTPTN supaya hujung sem tak perlu mintak kat diorang for extra money.but then, bila aku nak start keja kat shah alam,duduk menyewa ngan sedara jauh, my mom said "ala dia dah biase,dulu pon pergi sarawak sorang2 boleh je survive 4tahun." terharu pulak rasenye.sebab my aunt macam tak konpiden i boleh berdikari sendiri,tapi bila my mum cakap camtu,barulah i rase yang die tak pandang I lembik rupanya. sebab semua orang lain dok risau tengok aku jalan sorang2 lepak KL sentral sampai pagi masa nak naik flight balik U,bawak beg banyak2 pindah dari shah alam ke penang,naik bas pulak tu.kira terharu sangatlah.kadang2 bosan juga bila orang dok ingat kita macam budak kecik semata2 sebab kita nampak tak cukup matang.walaupun dah tua gabak camni.sampai bila dengar opah dok berletiaq,rase nak cabut je.adakah itu dinamakan sombong?hope not

oh.adakah dah keluar topik?

kadang2 aku rase macam bukan diri sendiri.selalu berlagak gembira,macam miang2 keladi sikit,or berlagak serius.aku rasa semua pura-pura.sebab lepas tu aku akan pikir,eh ape aku buat tadi.oh,i'm spacing out again. macam bile aku dok cakap yang aku minat mamat korea siap nak kawen pakai baju tradisional diorang tu lagi,sanggup belaja masak kimchi nak bagi kat mak mentua lah,actually tak minat pun.hmm adakah aku sorang yang berpura2?

mungkin betul cakap fizah,aku perlu guidance.sangat.

Tuesday, April 12, 2011

masalah aku.agaknya?



Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah adalah kekuatan yang digunakan oleh darah yang bersirkulasi pada
dinding-dinding dari pembuluh-pembuluh darah, dan merupakan satu dari tanda-tanda
vital yang utama dari kehidupan, yang juga termasuk detak jantung, kecepatan
pernapasan, dan temperatur. Tekanan darah dihasilkan oleh jantung yang mengepam
darah kedalam arteri-arteri dan diatur oleh respon oleh arteri-arteri pada aliran darah.
Tekanan darah perorangan dinyatakan sebagai tekanan darah sistolik/diastolik,
contohnya, 120/80. Tekanan darah sistolik (angka yang diatas) mewakili tekanan di
arteri-arteri ketika otot jantung berkontraksi dan memompa darah kedalamnya.
Tekanan darah diastolik (angka yang dibawah) mewakili tekanan di arteri-arteri
ketika otot jantung mengendur (relax) setelah ia berkontraksi. Tekanan darah selalu
adalah lebih tinggi ketika jantung sedang memompa daripada ketika ia sedag mengendur
(relax).Tekanan darah sistolik untuk kebanyakan kaum dewasa sehat jatuh antara 90 dan
120 milimeter air raksa (mm Hg). Tekanan darah diastolik normal jatuh antara 60 dan
80 mm Hg. Petunjuk-petunjuk sekarang ini menentukan tekanan darah normal lebih rendah
dari 120/80. Tekanan darah diatas 130/80 dipertimbangkan tinggi. Tekanan darah tinggi
meningkatkan risiko mengembangkan penyakit jantung, penyakit ginjal, pengerasan dari
arteri-arteri (atherosclerosis atau arteriosclerosis), kerusakan mata, dan strok.
    Tekanan darah rendah (hypotension) adalah tekanan begitu rendah yang menyebabkan
    gejala-gejala atau tanda-tanda yang disebabkan oleh aliran darah yang rendah melalui
    arteri-arteri dan vena-vena. Ketika aliran darah terlalu rendah untuk menyerahkan oksigen
    dan nutrisi-nutrisi yang cukup pada organ-organ vital seperti otak, jantung, dan ginjal,
    organ-organ tidak berfungsi secara normal dan mungkin rusak secara permanen.
    Tidak seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah ditentukan terutama oleh
    tanda-tanda dan gejala-gejala dari aliran darah yang rendah dan tidak oleh angka tekanan
    darah yang spesifik. Beberapa individu-individu mungkin mempunyai tekanan darah dari
    90/50 dengan tanpa gejala-gejala dari tekanan darah rendah dan oleh karenanya tidak
    mempunyai tekanan darah rendah. Bagaimanapun, yang lain-lain yang normalnya mempunyai
    tekanan darah tinggi mungkin mengembangkan gejala-gejala tekanan darah rendah jika
    tekanan darah mereka jatuh ke 100/60.


    thanks to:http://www.totalkesehatananda.com/hipotensi1.html

    Saturday, March 26, 2011

    any plans for weekend?

    TOLONGLAH....TOLONG BAGI AKU IDEA BAGAIMANA NAK MENGHABISKAN CUTI HUJUNG MINGGU??????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Thursday, March 24, 2011

    pengalaman baru.sangat.

    well bila baca tajuk ni,kompem orang akan ingat entri sebelumnya di mana aku mengumumkan yang aku sudah bekerja.bukan bangga atau show-off,cuma takut kawan2 bloggerku ingat udez sudah tiada.jadi,biarlah aku menghebahkan berita ini.walau bagaimanapun,kerja di Sharp sangatlaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh ok.walaupun pada hari pertama aku sudah pening kerana menerima panggilan dari boon siew honda yang menyuruh aku masuk kerja bulan depan di mana aku terpaksa membuat pilihan,tapi pada hari kedua aku sudahpun membuat keputusan untuk meninggalkan sharp.semuanya kerana sistem pengangkutan.kalau tak,mungkin aku akan stay sampai beranak pinak.err... kalau lah.

    kenapa aku kate kerja sharp sangat ok?sangatlah tidak stres,boleh lepak ngan bos lagi masa lunch,rules yang fleksibel,masa check part leh borak2 pasal topik2 menarik ngan colleague.well,topik menarik semestinya bukan bola,sebab bukan semua orang minat bola ye kawan2.topik2nya sudah tentulah berkisar tentang makanan,tentang gosip dan lelaki.walaupun tinggal beberapa hari,rasanya tak salah aku mencuci mata kan?

    oh ye.kepada mohd akmal mahfar yang mengomen post aku sebelum ni,sorilah ye.aku dah nak ke penang pun.kalau nak mintak belanja,silalah ke penang yek.ngeh ngeh ngeh

    Tuesday, March 22, 2011

    aku sudah bekerja

     sori aku senyap banyak sekarang.tak komen orang,tak de post baru.ape yang penting,aku dah kerja.jadi tak perlulah berasa risau setiap kali ingin bertemu sedare mare sebab nak fikir ape jawapan nak bagi bila diorang tanye bile nak kerja.huhu.anyway,this post should be short sebab curi masa sekejap sebelum kembali ke lab.anyway sape2 duduk area shah alam seksyen 28 silalah mengkontek aku sebab aku rase bosan gile dok rumah.k bye

    Monday, January 17, 2011

    mimpi yang scary.

    mase aku kecik2 dulu,aku selalu mimpi jatuh dari temmpat tinggi.sangat selalu.boleh kate tiap2 malam. orang cakap,kalau mimpi macam tu,kita akan gagal dalam apa yang kita nak capai.kemudiannya,dah besar ni barulah aku tau,rupa-rupanya itu adalah petanda gangguan syaitan.selain daripada tu,tanda2 gangguan syaitan adalah apabila kita mimpi kena patuk ular yang orang selalu cakap,konon2 ade orang nak masuk minang.well aku pernah jugak mimpi kena patuk ular,tapi i'm not happy with it.sebab aku dapat rasa itu memang adalah gangguan setan sebab ular tu warne itam pastu aku rasa takut sangat.

    mase aku mimpi ular tu, awal tahun 2010.akhir tahun 2010 hari tu,my dad ajak kami satu family dinner kat kampong gajah.mase tu,aku ingat dinner rasmi.so aku tanyela,nak pakai baju ape.ayah aku gelak sambil cakap,pakai baju biase je.bukan dinner penting.yang herannye,kenapa kg.gajah.selalu kalau pegi shopping baru dinner kat luar.tu pun whether teluk intan or kampar.tapi go on jelah.bukan aku yang bawak kete.mase tu,kat rumah ade aku,azam,alif,adik+parents aku je.jadi lepas maghrib kami pun bertolak.hujan lebat pulak mase tu.

    pastu,sambil makan ayah asyik tengok jam.selalunya kalau malam ayah mesti nak balik awal sebab nanti nak keja malam.tapi malam tu,ayah saje lambat2 sebab katenye kawan dia nak jumpa pukul 9.30 kot.yang herannye satu lagi,kalau nak jumpa kawan,kenapa kitorang semua kena ikut.selalu die pergi sorang je.

    akhirnya....

    barulah kitorang tau,rupa-rupanya malam tu kami pergi berubat.macam dalam entri sebelum2 ni,aku pernah sebut pasal kami sekeluarga kena buatan orang.malam tulah baru kitorang tau hal sebenarnya.sebelum tu,ayah selalu mengadu dia sakit kepala.kalau tak silap,sejak kami pulang ke kampung menghadiri kenduri kahwin sepupu mak aku kat Felda Gedangsa awal Disember lepas.ataupun mase hantar apis daftar kat Poli Behrang minggu sebelumnya.lepas tu,ayah ada pergi rumah Wah aku kat kampar 2kali untuk berubat guna limau.tapi tak berhasil jugak.

    pakcik a.k.a "kawan" ayah aku tu cakao,kami yang kat rumah je yang kena.sebab "benda" tu ditanam depan rumah.(ok bayangkan perasaan aku mase tu-scary!!!)dia siap cakap,ade benda dalam aku.pastu lepas die keluarkan,dia tanya,aku ada nampak apa2 tak kat sebelah kiri aku,then aku cakap, ada.macam bungkusan hitam.then,dia keluarkan satu lagi and "letak" kat sebelah kanan.dia tanya,ada nampak tak benda kat sebelah kanan aku tu.dia cakap lagi,benda tu maybe menakutkan sikit la.terus aku cakap tak nampak.memang aku tak nampak,tapi aku memang tak nak nampak.kalau nampak bungkusan boleh tahan lagi.kalau nampak hantu tak rela lah I.huhu.

    mase dia "scan" mak aku pulak,mak aku cakap dia selalu dapat lebam2.kemudian dia tanya mak aku asal mane.katenye pulak,mak aku dibuat oleh orang lain pulak.haih,scary.aku tulis kat blog pasal ni bukanlah sebab ape.tapi aku heran dengan manusia ni.bukannye orang kafir.orang Islam.tapi kenapa nak kawan dengan setan.kalau tak puas hati,cakap.kalau dah tak dapat,redha jelah.kan Allah Maha Tahu ape yang baik ngan tak baik.aku sangat geram sekarang sebab ayah aku dahla ada darah tinggi.tambah dengan benda2 mengarut tu,boleh bawak maut tau.aku fikir,memang patut kerajaan nak buat akta jenayah sihir tu.biar kena buang negeri terus.kecik2 tak nak mati dah tua menyusahkan orang.