Mari join..:)

Saturday, July 31, 2010

kau laksana bulan

cite ni ditayangkan kat tv2 hari Isnin,8.30 malam.eh 9 malam kot.area waktu tulah.mule2 aku tak layan sangat sebab aku lagi layan cite My Fair Lady kat 8TV.tapi lepas mak long aku cakap yang dia ada novel yang diorang jadikan drama tu,aku mule berminat.sebab,lepas baca tu aku dok bayangkan muka pelakon2 dia.dan watak favorite aku sudah tentulah heronya, Firas Ali lakonan Zul Huzaimy.aku rase memang sesuai sangatla dia pegang watak tu.rase macam real je...^_^

kalau baca novel dia, sebenarnya banyak jugakla yang tak same dengan drama tu.contoh, dalam novel Arianna pakai Kelisa dan Firas pakai Honda Jazz.tapi dalam drama tu Arianna pakai MyVi dan Firas pulak pakai BMW.jauh jugak beza tu...

anyway cite ni agak bestla.sebab heroin dia penulis novel.jadi rasenye macam ada novel dalam novel dan ada penulis dalam penulis.hehe..


ni rupa novel dia.

ni poster drama dia.heroinnya Ayu raudhah, Fizo pakwe pertama, Ashraff Muslim pakwe kedua dan Zul Huzaimy yang terakhir dan terbagus.juga ada Gambit yang merupakan "pakwe" pelik dalam ni.walaupun Ashraff paling hensem,tapi aku tak suke watak dia dalam ni.


satu lagi yang best, dia ada guna sikit OST My Girl yang Lee Dong Wook dan Lee Da hae berlakon tu.tapi just muzik je,takde lirik.gile ape ada lirik korea dalam drama melayu.huhu..

Thursday, July 22, 2010

10 THINGS I HATE ABOUT YOU

sebab kerja aku sekarang cuma online,makan,baca novel,duduk depan tv dan of course, tidur.jadi tak banyak benda aku boleh cerita.lainla kalau aku ada keluar rumah.bolehla jugak dapat idea terpijak..;p


anyway ini satu cerita yang aku minat kat TV selain dari cite2 cina dan showdown 2010 yang baru tamat itu(masih rasa bengang dengan keputusannya).cerita ni kat 8TV setiap khamis 9.30 malam.sekarang baru episod 3 kalau tak silap aku.haa betulla tu.cite ni sebenarnya dah tayang kat US tahun lepas lagi.lupekan pasal ketinggalan zaman ok?*peace*

watak utama cite ni adalah Kat and Bianca di mana Kat adalah kakak Bianca dan kedua duanya baru pindah ke sekolah baru (err aku tak pasti latar tempat dia tapi yang penting diorang baru pindah dari Boston).Kat pada 1st day sekolah dah mula cari pasal dengan pompuan gedix ketua cheerleader yang dapat jawatan tu sebab ayah dia banyak bagi fund kat sekolah tu dan mula mencuri perhatian si kacak Patrick Verona (oh seriously dis guy is super duper hot!).yang peliknya lelaki ni memang mysterious dan pompuan ni sebenarnya tertarik jugak kat lelaki tu tapi sebab dia mysterious(ayat melewah habis) dia agak scared dengan karakter lelaki ni.apa2 pun lelaki ni hot.oops.tengok,ko minat drama ni sebab cite ke nak tengok ethan peck(aka patrick verona) udez?*sengeh2 kerang busuk*


oklah mari tengok ramai2 yek.tapi jangan tengok dia,tengok orang lain takpe.ngeh ngeh ngeh.







dah2.stop cakap pasal lelaki kacak.

Tuesday, July 20, 2010

buntu.

entah kenapa tiap kali bukak je blogspot terus blank nak tulis ape.padahal ade je mase terluang mesti nak pikir idea nak tulis blog.napetah.penyakit baru kot.ataupun sebab gile tengok hmc phlow kat youtube.hhmmmm mungkin bila suda ade keje dan ada semangat baru barulah boleh tulis dengan tenang kot.till then,sabar jelah dengan aku.hehe

kerja...kerja..kerja..

adoii..bilakah mau kerja ini..bosan sudah..tibe2 rase nak sambung belaja.tapi nak amik course lain.rasa sudah fed-up sama ini course.bosan sudah.ey uda ko cakap bahase ape ni?


hoho.bosan sampai tak betul.hihi

Friday, July 16, 2010

lupa ada adik nama izzah

actually tak la lupe.cuma lupa nak wish besday dia semalam kat entri..so harini kita buat dua entri sekali k..hehe

adikku nurul izzah dilahirkan pada 14 julai masa aku tingkatan 3.tahun 2002 la tu.sekarang dia berada dalam darjah 2.dia merupakan adik bongsu perempuan kami.walau bagaimanpun,dia bertuah kerana menjadi bongsu selama 6 tahun sebab dia 6 tahun baru adik bongsu kami lahir.aku pun bertuah jugak sebab takde adik sampai la umur 2 tahun 5 bulan compared dengan adik bawah aku dila yang tak sampai 2 tahun dah dapat adik:apis.

apa yang menarik tentang izzah ialah semua orang memperkatakan persamaan muka kami sewaktu aku masih kecil. fakta ini menarik kerana ini menunjukkan bahawa dia mewarisi kecomelan aku.jangan muntah hijau ok.fakta ini benar tiada yang benar melainkan yang benar benar belaka.



okeh takde idea nak tulis ape.gambar dia pon malas nak letak sebab malas nak show off kecomelan aku kat semua orang k bye

result showdown 2010

sape tengok showdown semalam angkat tangan!sorila lambat hapdet pasal showdown.bukan ape,malas pulak nak online malam2.jadinye nak diringkaskan cerite, wakaka kalah menang.aku menganggap keputusan ni berat sebelah sebab beberapa sebab:

1.sistem voting
yela,dah pakai vote kan.sah2 la grup tu menang.semua orang tau diorang ada berapa banyak fan.jadi kalau semua tu vote sorang singgit pon dah boleh menang dah grup tu.ok memangla orang akan cakap,sebab diorang bagus la diorang banyak fan.tapi yang popular tak semestinya terbaik kan.manala tau,kalau tak pakai vote floor fever yang akan menang.who knows, rite?

2.reaksi juri
lepas keputusan diumumkan,kamera ada la lalu depan muka juri.mase tu tengok juri muka tak berperasaan je.lebih2 lagi joe flizzow.segaris senyuman pon tadak.jadinye,aku assume mungkin dalam hati diorang cakap, huh.result tak sepatutnya camni.ok memang grup yang menang tu bagus,dan ade gak la yang aku enjoy tengok.tapi yang lain tu bagus gak kan...

ok itulah pendapat aku.pendapat je ok?pada pihak tertentu jangan kecik hati pulak sampai nak saman..relakla dah menang kan..macam aku cakap tadi,diorang bagus gak.tapi macam diorang senang sangat je menang.macam takde cabaran sebab tiap2 minggu diorang cuma terima "bagus,great,creative and so on" so macam tak berapa thrill la..tak macam kritikan mase one in a million ke..yang ade up,down..anyway, dah habis showdown minggu depan layan cite welcome to rail world plak..macam best je..kot?


p/s:sedih tengok khenobu semalam..

Thursday, July 15, 2010

sedihnya la blog aku ni

blog aku ni sedih kan?bukan sebab kalau bace orang akan teresak esak menangis, ataupun penulis tiap kali nak tulis blog mesti menangis dulu baru keluar idea, tapi cuba korang perati titles and contents of this blog.sangatla sedih.

sebagai contoh:

title:

cerita pagi khamis
cerita hujan lebat 2pagi
cerita manusia pendengki
cerita malam selasa pulak

contents:

semua entri..hoho


aku rase title sedih sebab boring dan not eye-capturing.(eye-capturing?wujud ke perkataan tu?ahh hantam sajalah!) macam Hanis Zalikha kate,tajuk entri kenala menarik dan buat orang rase nak kliiiiiiiiiiiiiik aje.tapi tajuk2 entri aku?err..no komen


lagi satu, content.sesetengah orang blognye sangat informational.macam kalau bukak blog Hanis kan, dia banyak jalan2 jadi dia ada banyak benda boleh share dengan readers.yela, salah satu tujuan blog kan adalah untuk share information with others. macam orang kate yang blog akan menjadi medium penting untuk kongsi dan cari informasi,satu mase nanti.tak taulah bile.pastu hanis ni jenis suka bagi tips.aku nak bagi tips ape?oh sape ade tips untuk menyenangkan tidur bagi kat aku.payah benor nak tido sekarang ni.

lagi satu, blog aku ni amatla kurang gambar. maksud aku,gambar yang aku sendiri tangkap dan upload.mungkin sebab aku sendiri yang tak berapa gemar bergambar(atau lebih tepat lagi tak pandai pose) atau sebab kamera henpon VGA je(ya Allah old skul gile ahh) atau sebab aku lagi suka tangkap gambar adik dari gambar syok sendiri.sebab tu gambar banyak aku curi dari google je.jangan marah ye hincik google.

lagi, not up-to-date.yela,mase orang gile World Cup aku tak sebut pon pasal World Cup.bukan tak nak sebut,tapi sepanjang World Cup berlangsung aku tak online pon.hoho.lagipun aku taklah gile fanatik bola kan.maybe sebab lelaki2 kat rumah pon tak berapa fanatik bola.macam ayah aku, paling2 pon dia tengok result je.main bola tak taula pernah ke tak.macam tak je.adik aku si apis pulak,kalau sebelum masa tidur dia ada jugak dia tengok.kalau tengah malam dia tengok tu sebab dia tak boleh tido je.pastu tak feel pon tengok.kaku je.aku tak tau pon dia sokong ape.eh cop, kalau tak silap dia sokong england.by the way,kalah.eheh. azam dok asrama.alip+adik kecik sangat jangan2 World Cup pon diorang tak tau ape benda.hmm aku yang tak berapa faham bola, mula2 sokong korea la.bukan sebab park ji sung atau sebab aku suke korea.tapi sebab diorang la yang paling ade kaitan pon dengan malaysia.jepun aku sokong gak.tapi diorang pon kalah.last2 aku sokong argentina.yang paling sakit ati, mase argentina lawan german.dahla kena benam 0-4,pastu jiran2 semua sokong german.oh lebih tepat lagi jiran2 makcik aku.kalau kat rumah aku tu manela aku dengar orang bersorak ke ape.ape2 ape2 pun, World Cup dah habis, dan Spain menang.dah cerita la jugak kan.hehe


hmm mungkin lepas aku beli berukben n henpon baru,barulah blog akan jadi menarik..sikiit...

Wednesday, July 14, 2010

showdown final esok!!!

wah esok dah final!walaupun my fav crew HMC PHLOW dah kuar minggu lepas, tak pela nak wat camne dah takde rezeki kan..cume tula,yang aku geram mase diorang battle ngan wakaka minggu lepas.macam poyo je wakaka tu.muke konpiden gile yang diorang memang akan menang.tapi aku puas hati gak sebab juri pon macam susah nak wat keputusan mase tu.kirenye takla diorang menang senang sangat kan.kira HMC PHLOW pon gile hebat gak la kan.hehe



anyway, sebab final dah takde HMC PHLOW, aku sokong giler battle crew ahh..diorang memang terer pon..dasat la...




so ape lagi,sape2 yang minat GBC gak sile2 la SD10 GBC sent to 33399 now!!!!


p/s:oh gambar diambil dari facebook diorang.hehe

Tuesday, July 13, 2010

muka tidur.


orang kate kalau nak tengok pompuan tu cantik ke tak, tengok muka dia mase die baru bangun tido.betul ke? suami2 sekalian,sila lihat wajah isteri anda ye pagi nanti.pada yang belum ade,jangan gatal pegi intai anak dara orang pulak..hehe.

ade orang lain plak kate, "cuba ko senyum masa ko tidur tu.mesti dia syok kat kau punyelah".quote by syawal (ini nama sebenar) mase aku cakap aku bosan sampai tertidur kat tempat praktikal dulu. taktik ngorat manetah die pakai tu.huhu.


tapi kan,kalau bace novel, selalu jugak la ada babak si hero terlihat sleeping face si heroin.pastu siap puji lagi dalam hati, nampak tenang la,cute la dan berbagai2 lagi pujian.



agak2 nye,ade macam gambar2 kat bawah ni tak muke heroin tu?

ololo comelnyeeeeeeee

yang ni pon sonoknye tido...



eh macam muka messi la..hek hek


akanishi jin!eheh.

ni muke pompuan kontrol ayu..pure2 tido la ni(mustahil boleh tido camni.mesti tersengguk punyalah kalau aku)



hmm..macam mane plak kalau mukenye macam ni?





ops sorila main letak je gambar..ni sume dari google.gile ape nak pegi tangkap gambar orang betul2.mati katak je kang.heh.

by the way, ayah aku pernah snap gambar aku tengah terbongkang tu.cis kek betul.kalau ade orang tengok pastu berkenan kat aku macam mane?urgghhh..seram...


cakap pasal sleeping face,ade satu tempat di mana orang biasanya tidur sebab bosan.well,bilik kuliah adalah salah satunya, tapi yang biasenye adalah dalam KAPAL TERBANG. yang memalukan,ade sekali tu aku duduk tepi laluan tengah tu dan tidur dengan enaknya.bile aku bukak mate tiba2 nampak pramugara tu tengah tengok aku.OMG!ade air liur basi kuar ke?ish jatuh saham I.

satu kes lagi, di mana orang di sebelah aku tidur macam tak tidur.dahla tegak je.pastu err..kiut plak muke die.rase nak snap je.tapi malangnye,tak boleh on henpon la darling.so tak dapat nak tunjuk kat u all.anyway,harap2 orang tu tak perasan la I tengah puji dia.hohoho
.


muncul semula.

berkurun lama..ku rahsiakan..cinta ku padamu..

eheh.poyo je intro.sori geng.lame gile tak online dan update.so ape citer baru?my regular commenter sila komen yek.takde idea ni.otak tepu banyak sangat baca novel cinta.urghh!



~peace!!!