Mari join..:)

Thursday, May 6, 2010

ayah ku sayang.to be continued.

saya sayang ayah saya.sebab bila saya lapar tengah malam saya akan merengek mintak biskut lemak ngan kupi dan hanya ayah yang sanggup melayan rengekan itu.oh perasan tak ku sebut kupi?dulu kecik kecik aku sebut kopi tu kupi.bile dah besar selalu kena perli dengan mak "ayah..nak kupi.."tapi bila dah besar tak suke minum kopi pon.bukan sebab takut hitam macam mak long yang tak bagi anak die minum kopi sebab takut hitam tu,tapi  sebab tak minat ngan rase dia.tapi kalau pegi rumah orang dan orang hidang kopi manis manis muke la minum.takkan nak demand pulak kan..melainkan kalau orang tu letak air berkarbonat seperti coca cola dan pepsi baru lah aku demand mintak air masak.bukan ape, kalau minum air gas sistem badan aku jadi bercelaru selama seminggu dua.dan aku tak sanggup.*serik*

eh eh.ni nak cerita pasal air ke ayah ni.ok ok.berbalik kepada jalan yang lurus.ayah yang penyabar walaupun mase kecik kecik ade 2-3 rotan berlainan saiz untuk menghukum anak anak yang nakal.rotan itu perkara biasa.kalau takde hidup tak bermakna.cewah.disebabkan rotan itulah aku jadi anak yang tak pandai merayau dan tak pernah keluar tak bagitau mak ayah.ok tolak la waktu kat U.takkan nak pergi makan kat cafe pon nak cakap dengan mak ayah kan?tapi sekarang rotan panjang tu ayah buat cuci senapang je.ape?camne cuci senapang pakai rotan?imagine lah ok.

ayah yang considerate.aku teringat mase sekolah menengah.tingkatan 4 yakni zaman riang ria aku.ingat tak entri ini?jadinye aku yang menjadi nakal mase itu memang memeningkan kepala mak ayah aku.siap dapat surat amaran lagi.form 5 pon tak dapat buku teks percuma macam orang lain.terpaksa beli macam anak orang kaya.kate murni "walaupun hang nakal nakal pon hang dapat no. 1 jugak.mesti mak ayah hang tak kisah sangat kalau hang nakal pon" masih tak dapat menghilangkan rasa bersalah terhadap mak ayah aku.eh kantoi plak dapat nombor last dalam kelas.lagi satu teringat masa idul ilmi. masa form 3 kot.idul ilmi tu majlis penyampaian hadiah la lebih kurang.ustaz tahir suami ustazah rotipah guru bahasa arab kesayangan aku tu nampak aku jalan berdua dengan ayah aku.pastu dia tanya ayah aku "anak ke?"ayah aku angguk angguk la.bukan angguk angguk geleng geleng tau.angguk angguk je.pastu ustaz tahir dengan sengih sengih berkata "nakal dia ni.selalu tidur dalam kelas saya" ayah ku sengih aje.paham kan kenapa aku cakap dia considerate?

ayah yang lembut.bukan lembut macam pondan eh tapi lembut di tangan.nak kate selalu pakai sunlight cuci pinggan tak jugak.jarang tengok dia basuh pinggan.pakai losen pon takde.hmm musykil musykil.kelembutan tangan ayah sangat penting untuk anak anak dia.tau sebab ape?bila ngantok pegi la mintak ayah garu belakang.kompem tak sampai 5 minit terus tidur.eh bukan aku tau.dulu kecik kecik je camtu.dah besar takdela.kadang kadang jeles pulak tengok alip ngan izzah dapat garu.huhu.

ayah yang baik dengan guru besar.dulu mase aku sekolah rendah ayah aku jadi pengerusi PIBG.yakni antara orang paling rapat dengan guru besar.jadi kalau buat lain macam sikit kat sekolah kejap je ayah dapat tau.sebab tu mase sekolah rendah aku baik.jadi prefect lagi.satu je tak best.ade sorang cikgu tu cakap dengan aku "awak ni anak manja la"

ayah yang caring.bukan sebab sharing is caring je.banyak lagi reasons.masa sekolah menengah tiap tiap 2 minggu mesti datang melawat aku yang kat ipoh ni.aku yang rumah tak berapa dekat dengan sekolah pon lagi selalu ayah datang compare dengan kawan kawan yang dok kat ipoh.maklumlah,sekolah kan cuti sebulan sekali je.kalau rumah tepi mate pon bukan dapat balik.jadi masa melawat atau dipanggil 'ruang tamu' dulu sudah memadai.oh.rindu mase itu.tu je antara yang paling best masa sekolah dulu.dahla mak selalu bawak macam macam makanan air tangan beliau sendiri bukan munchys chipsmore or maggi.lepas tu makan ramai ramai kat bilik.pastu semua cakap "bestlah mak kau masak"oh terharu dengar.masa matrik lagi lah.gopeng tu dengan rumah aku kurang setengah jam je boleh sampai.jadi boleh kate tiap tiap 2 minggu mesti balik.kurang kurang pon.kekadang tiap tiap minggu.tapi masa ruang tamu masih ada.masa bulan puasa siap telefon tanya "nak kueh limas tak?mak ade buat ni."padahal bukan hari minggu pon mase tu.oh,of courselah aku cakap nak.irresistible kueh itu.pastu tiap tiap kali datang mesti tanya "nak duit?"eheh.

ayah yang tak pernah say "no".bukanlah tak pernah tapi jarang jarang sekali.bak kate p.ramlee orang kawen empat jarang jarang terjadi.(err..yeke?)kalau kami mintak ape ape mesti dapat.cuma masa je.lambat or cepat.dan yang penting mestilah logik permintaan itu.janganlah mintak bukan bukan macam kereta porsche ke.sah sah tak dapat.kalau nak mintak izin pegi mana mana ke mesti diizinkan.kecuali sabah.sebab anak kawan ayah yang pergi sabah tu tak balik balik sampai sekarang.oh ayah,i know you love me so much.

err..dahla kot.banyak lagi yang aku sayang pasal ayah aku tapi nanti bertambah rindu pulak nak balik perak.ni nak tengok screen handphone pon pikir 2 kali.sigh.


actually terfikir nak buat "ayah ku sayang.to be continued ni" sebab terbaca entri ini http://joegrimjow.blogspot.com/2009/05/perempuan-gadis-wanita.html.so sweeeeeet.lagi satu sebab konvo bulan 10.nana cakap tadi.

No comments:

Post a Comment