Mari join..:)

Friday, April 16, 2010

sedap sedap.

sejak nak abis sem ni kafe kat water tower belakang sakura tu meriah pulak dengan kafe-kafe dan makanan.dulu ade 5 je yakni oten,infinity,bumi ideal,shahpura dan kedai wafer.sori aku tak ingat name kau.dah tutup pun.

sekarang dah ada tujuh ok 7.dan waktu tengahari semuanya beroperasi.which means,aku sekarang kena buat pilihan untuk makan bukan macam dulu terus je jalan pegi oten,tengok ada sayur dan ayam terus amik polisterin bubuh nasik.bukan, bukan.

dan sekarang ada satu kafe sudah menjadi pelanggan tetap aku.eh silap silap.aku pelanggan tetap kafe makcik tu.kedudukannya adalah pada tapak gerai jual air infinity dulu.aku tak perasan pulak name die.nak tau kenapa best kedai tu?jangan risau aku tak pegi sane untuk cuci mate pon.takkan lah aku minat ngan makcik pulak kan?



haa nila sebabnye.ayam ngan ikan die sume digoreng best best.best best means rangup garing sedap macam makan keropok.even masak kicap ke masak sambal ke mesti die goreng jugak.tu yang best tuh.sayang makcik..

oh ye.gambar tu amik kat google je.malu la plak nak tangkap gambar kat situ tadi.

2 comments: