Mari join..:)

Friday, April 30, 2010

tertekan.

sejak akhir akhir ni aku rase blog aku makin suram.

walaupun kaler pink kesukaan nana.

walaupun page kaler putih.

walaupun masih ade orang menjenguk.

tapi masih suram.

mungkin faktor dalaman penulis yang suram.

mungkin sebab connection wireless yang macam chipsmore enak sampai menjilat bibir sebab ada sisa coklat.

mungkin sebab penulis banyak exam.

mungkin sebab penulis baru tahu die ade design project kene buat dan hantar 5 mei.same tarikh dengan exam die.

mungkin sebab 6 mei ade pre-evaluation presentation fyp depan supervisor.

mungkin sebab result pspice belum memuaskan hati.

mungkin sebab jiwa penulis sudah berada di rumah.

mungkin sebab dalam mimpi penulis selalu muncul tah sape sape.

mungkin sebab terlalu banyak bergayut.

mungkin sebab penulis teringat kat si dia.

mungkin sebab penulis merisaukan si dia yang tertekan.

mungkin sebab penulis sedang membantu kawan yang baru putus cinta jadi penulis pun rasa putus cinta juga.

mungkin sebab kawan yang putus cinta itu promote penulis yang single kat kawan nya yang single.

mungkin sebab penulis takut bila tiba tiba ada kawan bukak agensi mencari jodoh dan penulis adalah customer pertama.

mungkin sebab penulis merindukan adik adik nya.

mungkin sebab penulis jeles dengan adiknya yang baru lepas spm tapi sudah diberi kebenaran ambil lesen kereta.

mungkin sebab penulis merisaukan ayahnya yang diet nasik sebab sakit diabetes.

mungkin sebab penulis merisaukan adiknya yang suka free hair.

mungkin sebab penulis merisaukan adiknya yang masih di bangku sekolah tapi gatal nak berlaki.

mungkin sebab penulis merisaukan adiknya yang belum dapat tawaran mana mana kolej.

mungkin sebab penulis HOMESICK!!!

Tuesday, April 27, 2010

lari.dari.cinta.


esok test telecom.subjek paling major dalam 4 tahun pembelajaran aku dalam kos ini.walupun dulu dulu aku rase macam kos ni adalah yang paling menarik hati tapi sekarang aku tidak pasti lagi.mungkin cinta sudah hilang.atau aku yang lari dari cinta.kedua duanya possible.


jadinye, kalau sekarang sudah begini,bagaimana dengan masa depan?dapatkah aku hidup dengan benda ni sampai tua?atau aku akan berubah arah tuju hidup?atau aku akan menyerah dan tak mahu teruskan lagi?hmm tidak pasti jua.

jadi bagaimana ingin membuat keputusan?perlukah aku tidur dan tunggu ilham?atau menganggur sampai ketemu jalan hidup?atau menjadi orang dalam teori X?jadi seperti pahat dengan penukul?oh tidak..macam orang yang tak punya pendirian saja..




p/s:aku kesian kat orang yang mempunyai test berturut turut beserta half finished report.oh nampaknya aku belum cukup insaf selepas di dump.sigh.

Monday, April 26, 2010

hari tua udez.

mengikut tarikh yang tertera pada mykad aku semalam aku dah genap 22 tahun.sebagai pengguna setia maxis aku mendapat kol free kepada semua nombor maxis.jadi aku ingin memberi penghargaan pada semua yang aku kol:

1.apis
aku kol dia mula mula sebab nak try tengok betul ke harini kol free.mane la tau kot kot coooooobaan je macam dalam pendekar bujang lapuk tu.tapi bukan die yang angkat.sebaliknya tok sidang yang angkat.tok sidang kate apis tido.anyway rase hepi dapat dengar suare tok sidang pagi pagi.


2.fizah or bab
budak yang lahir seminggu lewat dari aku.orang sibuk cuti hari pekerja die pon sibuk nak join jugak.ish ish ish.bergosip di ruang jendela sehingga tiba tiba talian terputus setelah 1jam setengah bergayut.kol balik dan sambung bergayut lagi setengah jam.sambil minum milo.sambil tengok erich buat pusingan kon kat depan aku.(sape  dah amik lesen moto boleh mula mengenang kejadian anda di test oleh uncle JPJ).gosip panjang sambil mengorek rahsia pasal buah hati dia.


3.abe
jadi antara orang first dikol sebab bulan lepas die mengeluarkan ayat touching "ko ni waktu besday aku,aku kol kau.waktu besday kau pon aku kol kau jugak."kol tapi telefon tutup.sampai 12tengah malam masih tak dapat dihubungi.


4.izam
telefon hidup tapi orangnye tak hidup.pukul 12 tengahari baru die bangun.last last die yang kol aku.tapi mase tu aku tengah gayut ngan asy.tak sempat angkat.padan muke.haha.


5.imah
die wish besday aku kat facebook lepas aku pos status "mane pengguna2 maxis ni?tido lagi ke?Pikko Maro Chan Ingeniur Arebear Khairul Izzam bangun2" lalu berkata dalam wishnye "ko tak call aku pon" jadi aku kol die supaya dia tak berkecik hati dengan aku.tapi aku cakap dengan dia 5 minit je. 25 minit berikutnya aku sembang dengan khairina.guna telefon die.huhu


6.asy
aku mesej die dulu sebab takut die busy macam budak kaunseling lain.then aku kol die walaupun die tak ingat besday aku.takpe.aku paham kebusyan korang.lagipun rina pon tak ingat besday aku jugak.hmm takpe takpe.sob sobs.


7.izam
eh 2kali pulak naik name budak ni.sebab die kol aku pakai no celcom dan aku tak kenal nombor itu kepunyaan siapa jadi aku tak la kol die balik.dahla kol mase aku cakap dengan asy.lepas tu aku tunggu tak kol kol aku pegi mandi.waktu tu pulak die kol.nasibla aku tak angkat.huhu.disebabkan die kol maka aku berjanji untuk kol die mase besday die nanti.(oh perlu buat reminder ni)


8.hafizi shaarani aka eg.
selama aku kawan dengan die selama 5 tahun tak pernah wish besday aku dengan betul.


tahun pertama dan kedua:err ade ke kau wish?aku tak ingatla.
tahun ketiga:wish belated besday pada malam hari jadi aku.sebabnye dia ingat besday aku 10 hari yang lepas.
tahun keempat:wish beday aku pada tengah malam sehari sebelum beday sebenar.aku cakap:"kau ni tak pernah wish besday aku betul betul.esok la besday aku"jadi esoknya dia mesej "huda hepi besday.yes,i did it!"
tahun kelima:hilang.langsung.


9.syafiq temerloh tapi mengaku singaporean
sebab dia mesej aku tanya "bila nak potong kek,grandma?" jadi aku kol die untuk tuntut kek.walaupun cuma dapat kek imaginary dan gelak guling guling sampai terkeluar ilmu ilmu untuk exam management isnin ni tapi takpela.terima kasih.


10.dila dilot kuat kentot
oh die tak kuat kentot pon.saje suke suke taruk name.budak ni wish aku sehari sebelum.kalendar die ade problem kot.tapi die cover dengan kate "eh terwish sehari awal pulak."baiklah.dimaafkan.budak ni berjanji untuk belanja aku mcD.aku terima dengan mulut terbuka.


11.aimi shahira
kawan sebelah katil aku masa form 4.juga kawan sekelas masa form 2S,4Sc2 dan 5Sc2.bermaksud dia adalah antara kawan kamceng aku.antara orang last dikol sebab aku tak sure die still pakai nombor lame tu tak.whatever pun sempat gosip pasal cite korea dengan dia.juga gosip pasal pakwe kawan kawan.


eh dah habis list eh?nampaknya tak cukup bergayut la tahun ni.tahun depan kena tambah list la ni.

eh eh.terlupa.

saya nak mengucapkan terima kasih kepada orang orang yang wish saya di facebook (88 orang semuanya),kat tagged(16 orang kot),myspace dan friendster tak bukak so tak tau ade ke tak,kat henfon beberapa orang.secara live 3 orang.kat blog ade sorang tapi dia wish jugak kat facebook.oh cakap pasal blog saya nak wish besday jugak pada kembar besday saya cik shinawawaeyenie.susah nak jumpa orang same tarikh dan same tahun ni.hihi.

jadi tahun ni ada 100++ orang wish my besday.yeay!!!cuma ye cuma,tiada hadiah pada tahun ni.takpe takpe.balik umah nak pau tok sidang dan bininye hadiah.hehe.

Saturday, April 24, 2010

resolusi umur ke-22 tahun

resolusi atau pun azam umur 22 tahun aku:

1.graduate on time
2.cepat cepat dapat kerja
3.kuruskan drumstick(paling penting!)
4.jadi cantik.*kerut kening*
5.belajar masak sampai menjilat jari tangan.
6.mahirkan skill bakery supaya berhasil untuk membuat kek tunang cik suwaibah (http://anakhamja.blogspot.com)
7.tambahkan amalan.oh perlu insaf sebab umur dah meningkat.sangat perlu.
8.jadi mature.bak kate kak ayu dan kak atul.juga kak wawa(baru dia komen kat entri sebelum ni)
9.jadi tinggi.tool:heel 10 inci
10.TUKAR MYKAD yang belum pernah tukar sejak umur 12 tahun.sangat memalukan.*sigh*
11.jadi kakak dan anak yang baik kepada keluarga.*sejuk perut ibu mengandung*


ade tambahan lagi?sebarang cadangan sila tambah di bahagian komen ok?

.........................................


2 COMMENTS:

anonymous said..
kawen?kau kate nak kawen tahun depan kan?

udez said..
eh mane kau tahu?kau tanye mak aku eh?

kalendar tiba tiba macam berseri la

setelah 2 entri iaitu alif.besday dan adik.besday tibalah giliran penulis untuk wish diri sendiri.disebabkan takut tak dapat tulis blog esok dan lusa,jadinye penulis mengambil keputusan untuk wish sehari awal.jangan hairan pulak ok.*kenyit kenyit*

22 tahun lepas pada bulan Ramadhan..

puan noraisah yang sedang sarat pulang ke kampung halamannya untuk bersalin dan seterusnya berpantang.jadi suaminya menghantarnya ke hospital terdekat iaitu hospital daerah tanjong malim.

Allahuakbar Allahuakbar..(azan bergema menandakan masuknya waktu berbuka)

puan noraisah mula rasa sakit nak bersalin.nurse nurse tak tahu pergi mane.semua pergi berbuka kot.peluh mula membasahi dahi."mane pergi nurse nih?"monolog beliau sendirian.oh itu dia nurse.datang pun.

tepat 8.03 p.m lahirlah puteri sulung puan noraisah dan encik zulkifli ke dunia fana ini.bayi yang chubby dan sangat comel itu diberi nama nurul huda kemudiannya.


huh.serius aku tak pandai nak tulis novel atau cerpen.takde bakat la.jadi itulah kejadian seorang penulis blog yang low-profile lahir ke dunia.esok tepat pukul 8.03 p.m beliau adalah seorang gadis yang berumur 22 tahun.bermakna,masa menjadi bujang beliau semakin berkurang.kenapa semakin kurang?tahun depan aku dah 23!!!*peluk peluk bantal sambil tutup mata*


TAMMAT.

Friday, April 23, 2010

rumah kedua.

korang ade rumah kedua tak?jangan bagi jawapan hostel atau asrama ok.itu adalah dikira rumah pertama anda.pagi tadi masa mandi tiba tiba terlintas idea nak tulis pasal rumah kedua.antara sebabnya,sebab aku mandi di rumah kedua aku la.

mase kecik kecik aku ada empat (4) rumah kedua.kenapa tak namakan rumah kedua,ketiga, keempat dna kelima?sebab aku tak reti nak letak ranking dia.ok lah, aku cuba lah buat ranking dia jap lagi.

rumah pertama:RUMAH AKU.eh kau kate nak cerita pasal rumah kedua?baik baik.proceed.

rumah kedua:RUMAH ARWAH OPAH+ATOK.rumah opah dalam 10 minit jalan kaki, 5 minit je kalau naik basikal.kalau naik moto kapcai bapak aku kurang 5 minit je.reason rumah ni jadi ranking no.2 sebab jarak la.lagi satu ayah aku memang hari hari datang melawat opah.sama ada bertanya kabar atau menyapu laman aku pon tidak pasti.lebih tepat lagi,kurang ingat.disebabkan aku memang suke join ayah aku merempit jadinye memanglah aku pon join melawat opah sekali.yang paling best tentang rumah opah adalah keredupan dia.memang redup.rasa tenang je kat dalam.lagi satu rumah opah jenis yang rumah kampung dua tingkat dan ada beranda tu.memang rumah kampung asli la design die.masa kecik kecik aku penah tanye,"kenapa rumah kite satu tingkat tak macam rumah opah?nak rumah macam tu jugak."sampai sekarang ni,aku tau hajat aku takkan kesampaian.mungkin satu hari nanti.*hint hint*

lagi satu yang best tentang rumah opah adalah bau ikan panggang.hari hari menu ni mesti ade kat rumah opah.pastu bau pisang(eh pisang ade bau ke?)sebab atok selalu bawak pisang balik dari kebun.oh ye.tidak dilupakan bau pinang dan kekabu sebab depan rumah ada pokok tu.oh ade lagi.bau mengkuang.sebab opah pandai anyam tikar mengkuang.bantal pon opah buat sendiri pakai kekabu tu.tambahan:tepi surau sebelah rumah opah aku ada pokok jambu air.*meleleh air liur teman*

tapi sekarang,rumah itu sudah usang kerana tiada orang tinggal lagi di sini.atok pergi masa aku tingkatan 1.teruk aku menangis time tu sebab aku tengah orientasi kat sekolah jadi takde orang yang datang ambik aku kat sekolah.aku tau pon sebab aku telefon opah.tu pun lepas seminggu peristiwa itu berlaku.sob sob.opah pulak pergi masa aku tingkatan 4.pon aku tak sempat balik.beza beberapa jam je.sob sob sob,kedua dua kejadian berlaku masa aku sekolah asrama.memberikan aku sebab untuk mempunyai banyak kenangan pahit pasal sekolah berbanding kenangan manis.T_T

rumah ketiga:RUMAH OPAK CIK+ARWAH TOK CIK.rumah opah cik ni sebelah je ngan rumah opah.paham kan kenapa die dapat ranking ketiga?opah cik ni adik ipar opah.atau lagi senang cakap tok cik adalah adik opah.anak anak opah cik yang aku panggil mak andak dan pak anjang tua 5 tahun dan 3 tahun je dari aku.itulah sebabnya kami boleh sama sama main guli dan bace buku dragon ball.juga pegi sekolah rendah yang same.kalau opah takde aku akan pergi rumah opah cik.rumah opah cik pon sama design ngan rumah opah.lagila aku tak puas hati kan time tu.sebab kenapa rumah aku tak sama design jugak.hmm.nampaknya ingatan aku masih baik.oh ye.tok cik meninggal masa aku darjah tiga.aku ingat lagi lepas sekolah arwah atok ambik aku kat sekolah pergi rumah tok cik.masa ni aku blur.memang tak ingat ape yang jadi mase tu.

rumah keempat:RUMAH JIRAN SEBELAH RUMAH.aku letak ranking keempat sebab err..tak de hubungan sedare.tuan rumah die aku panggil opah lebor dan tok noh.sebab aku selalu lepak situ sebab aku selalu main dengan anak anak dia kak tiah dan kak siah.oh.aku tak ingat aku main ape ngan diorang.main mekap kot.entah lah.

rumah kelima:RUMAH OPAH BELAH MAK.rumah ni aku letak ranking last sebab kedudukannya yang jauh.rumah opah ni kat felda soeharto,ulu selangor.kurang kurang pon 3 jam nak sampai.sebab tula dapat ranking last.tapi jauh jauh pon sebulan sekali jugak balik kot.sempat gak dapat kawan buat main masak masak dan kawen kawen.erm kawan kawan tu dah kawen betul betul pon.dah ada anak lagi."bekas" suami tu belum kawen kot.tak sure.oh mesti korang fikir aku nak kawen betul betul dengan die kan?*geleng geleng kepala*

sekarang opah dah tak dok situ.mase hari kebesaran je balik sane.jadi sape sape rase rumah dekat situ dan nak datang beraye dipersilakan dengan hormatnya.tahun ni aku raye pertame kat sane dulu.haa design rumah opah ni same ngan rumah opah perak.tapi rumah opah ni 3 tingkat.oh ade satu benda tak best pasal rumah ni.sebab opah cakap dulu dulu ada askar jepun kena bunuh kat anak sungai belakang rumah tu.jadi masa senja jangan gatal gatal nak pegi panjat pokok manggis.tegak je bulu roma tengkuk.tapi mujurlah tak pernah jumpa lagi orang jepun tu.oh ye.berdasarkan nama kampung mak aku ni,mesti korang ingat aku jawe kan?bukan bukan.mak aku mandailing.

anyway,sekarang pon aku rajin buat rumah kedua.sem lepas aku rajin lepak rumah ex-housemate ku khairina.sebab dia bilik double tapi dia sorang.konon konon jadi peneman la.sem ni ingatkan takde nak buat rumah kedua.tapi err..ada jugak.best dok sane sebab meriah tak macam rumah aku yang masing masing buat hal sendiri.paling paling pon borak borak ngan roommate aku cik amni.yang 3 orang lagi tu fsts.so diorang geng 3 orang je.eh eh.macam kefakultian pulak.


err..panjang lebar sungguh entri ini.nasibla sape yang rajin nak bace aku membebel.huhu.*sengih kerang busuk*


p/s:awal betul mak aku wish besday.die cakap 2 hari takde beza pon.nasib baik mase die sebut pasal kawan aku nak kawen tu die tak beri soalan cepu emas seperti:"kawan kau dah kawen.ko bila lagi?umur dah 22.tahun depan bolehla kawen"

Thursday, April 22, 2010

alif.besday.

baru minggu lepas besday adik aku khairuddin.harini plak besday alifuddin.dalam adik beradik die pangkat "teh" atau lebih tepat lagi yang nombor ke-6 la dalam adik beradik.aku panggil die alip or abang teh.




kiut kan?die ni nakal sikit jadi kami panggil die shin chan kadang kadang.huhu.die ni suke tolong mak masak.jadi mase tu mak aku takut kalau kalau die jadi lembut lembut sikit.dahla die suke join budak budak pompuan main anak patung.pastu nak rantai leher macam izzah la(izzah adik pompuan bongsu aku).ish ish ish.tapi makin besar die makin buas jadi mak aku tak risau dah.

die ni adik yang caring.memang mewarisi sifat ayah aku.kalau mak aku sakit terus die pegi amik selimut la picit kepale la..mak aku cakap ayah aku mase kecik pon camtu dengan arwah opah.memang anak ayah la alip ni.kalah apis yang muke sebijik dengan ayah.huhu.*sejuk perut ibu mengandung*

lagi satu yang paling best tentang alip ni die pandai layan khairuddin.kalau dengan azam adik tak berapa suke sangat.tapi kalau dengan alip die memang suke.kalau balik rumah lepas main pun mesti die cari adik dulu ajak main.penat yong die nih suruh pegi basuh tangan pakai lifebuoy dulu baru boleh pegang adik.ish ish.*H1N1 nyahlah kau dari muka bumi ini.amin.*

ok lah.sempena hari lahir kamu yang ke-10 ni yong doakan kamu jadi anak yang baik,yang soleh dan bijak.rajin ngaji bagi cepat cepat khatam iqra' dan start bace Quran.jangan nakal sangat nanti mak ayah pening.jangan suke merayap nanti dapat banyak kutu.*euw* belajar rajin rajin kalahkan anak ustazah H yang berlagak sebab anak die pandai tu.(make ustazah noraisah be proud of you dear..^_^)dan jadilah adik yang baik.SAYANG KAMU.



p/s:tahun ni yong ingat nak try buat sendiri kek besday kite.tapi malangnya korang dah celebrate dulu kat rumah kan?jadi kek tu yong punye sorang tau.*wink wink*


ikhlas:
yong yang comel dan baik.

Monday, April 19, 2010

final.exam.

harini first day.first paper.mobile n wireless.seram.takut.tak tau nak jawab ape.study macam tak study.abesla aku.harini pulak besday sultan perak.jadi orang orang di rumah seronok bercuti.tapi aku ada exam.aku tak boleh cuti sekali ke?katakan tidak kepada exam!!!!

Saturday, April 17, 2010

adamaya.

sekarang aku tinggal di rumah kak ayu dan kak atul.housemate mereka yakni kak intan punya laptop ada err..senang kate boleh tengok tv la kat laptop die.jadi haritu aku join diorang tengok cerita adamaya itu.actually aku dah lame tak tengok tv.jadi perasaan nak tengok tv tu dah kurang.

lepas tertengok?wah.JATUH CINTA.sebab dulu pun rase best jugak tengok I'm Not Single(adamaya ni adalah I'm not single the series).ok mula mula tak suke tapi rase macam watak Adam tu sweet jugak walaupun sengal.ok ok.aku ngaku la aku jiwang.dah puas ati?

ok lah tak mau cerite panjang sebab aku banyak kerja nak buat dan aku asyik terfikir fikir pasal aku nak balik umah jugak malam 14 may tu walaupun tiket ketapi pukul 5.30 pagi ke ipoh tak de dan aku kena tunggu sampai pukul 9 pagi baru naik train dan akan sampai kampar pukul 12 tengahari aku tetap bersemangat nak balik demi tak membazirkan duit tiket dan cepat cepat menghilangkan rasa homesick yang gila menjadi jadi sekarang ni.



lisa surihani si malay beauty a.k.a Maya

sein ruffedge a.k.a Adam


kesimpulan:tengoklah cite ni.Isnin-Khamis.pukul 6.30-7.30.pesanan penaja:solat maghrib jangan terlepas pulak.sekian.

i'll never be the same~

What is someone like you doin in a place like this?

Say Did you come alone or did you bring all your friends?

Say whats your name , What are you drinking

Think I know what are you thinking

Baby whats your sign tell me yours and ill tell you mine

Say Whats somebody like you doin in a place like this



Ill never be the same if we ever meet again

Whooooon't let you get awaaay

Say if we ever meet again,

This free-falls, got mee sooo, kiss me all,

Night, Don't ever let me go

Ill never be the same if we ever meet again



Do you come here much? I swear ive seen your face before.

Hope You don't see me flash but I cant help but want you more, more

Baby tel me whats your story I aint shy don't you worry

Im flirtin' with my eyes, I wanna leave with you tonight.

Do you come here much? ive gotta see your face some more

(some more caause baby i)



I'll never be the same - if we ever meet again

Won't let you get away-ay - say, if we ever meet again

This free fall's, got me so

Kiss me all night, don't ever let me go

I'll never be the same



If we ever meet again



If we ever meet again

I'll have so much more to say (if we ever meet again)



If we ever meet again

I wont let you go away (said if we ever meet again)



If we ever meet again

I'll have so much more to say (say if we ever meet again)



If we ever meet again

I wont let you go away-ay-ay



I'll never be the same - if we ever meet again

Won't let you get away-ay - say, if we ever meet again

This free fall's, got me so

Kiss me all night, don't ever let me go

I'll never be the same

If we ever meet again



I'll never be the same - if we ever meet again

Won't let you get away-ay - say, if we ever meet again

This free fall's, got me so

Kiss me all night, don't ever let me go

I'll never be the same

If we ever meet again










bagisesetengahorang.



tertekan.

tertekan.stressed=desserts.tension.depressed.wah!!


tolonglah aku..berikanlah aku ilham dan kekuatan untuk menyiapkan kerja sebelum my besday.tak enjoy langsung besday tahun ni disebabkan itu.adoiiii


entri paling pendek kot.*peace*

Friday, April 16, 2010

sedap sedap.

sejak nak abis sem ni kafe kat water tower belakang sakura tu meriah pulak dengan kafe-kafe dan makanan.dulu ade 5 je yakni oten,infinity,bumi ideal,shahpura dan kedai wafer.sori aku tak ingat name kau.dah tutup pun.

sekarang dah ada tujuh ok 7.dan waktu tengahari semuanya beroperasi.which means,aku sekarang kena buat pilihan untuk makan bukan macam dulu terus je jalan pegi oten,tengok ada sayur dan ayam terus amik polisterin bubuh nasik.bukan, bukan.

dan sekarang ada satu kafe sudah menjadi pelanggan tetap aku.eh silap silap.aku pelanggan tetap kafe makcik tu.kedudukannya adalah pada tapak gerai jual air infinity dulu.aku tak perasan pulak name die.nak tau kenapa best kedai tu?jangan risau aku tak pegi sane untuk cuci mate pon.takkan lah aku minat ngan makcik pulak kan?



haa nila sebabnye.ayam ngan ikan die sume digoreng best best.best best means rangup garing sedap macam makan keropok.even masak kicap ke masak sambal ke mesti die goreng jugak.tu yang best tuh.sayang makcik..

oh ye.gambar tu amik kat google je.malu la plak nak tangkap gambar kat situ tadi.

Thursday, April 15, 2010

adik.besday.

semalam besday adik bongsu aku khairuddin bin zulkifli.nak tengok gambar?err..nantilah letak.ok ok.boleh tengok sini or sane or situ.

comel kan?hehe.ade lagi gambar comel yang lagi latest.tapi sorila takde pendrive la sekarang.gambar dalam laptop dan aku kat lab computer fk.*peace*

serius aku rindu kat die.semalam kol rumah dalam kol 6 petang sebab nak wish la.cakap dengan ayah tak dengar pulak suare adik.pastu dengar suare alip baru balik sekolah agame dok bising bising bising ngadu kat ayah kenape kat sekolah tak de letrik.ingat ayah aku TNB ke.haha.cakap cakap dengan alip aku dengar suare adik tengah gelak gelak kat belakang.aku suruh alip pas telepon kat adik tapi adik tak nak cakap.huhu.sedih.

pastu aku tanye ayah,taknak celebrate ke?ayah cakap,"malam ni ayah nak pegi celebrate kat luor dengan mak.2 orang je.deme sume tingge"aku jawab balik,"eleh boleh ke.kang deme yang dulu nek kete"ayah kate,"tule.ayah baru nak start kete adik dah masuk dulu.laju je"huhu.kiuuuuuuutttttttttttttttttnye.ni yang rindu ni.sabarlah hati.harini genap sebulan lagi sebelum dapat balik umah.boleh melepas rindu.






oh ye.sebut pasal rindu.erm tiba tiba rindu kat orang itu.apa kabar dia di sana?hmmm

Saturday, April 10, 2010

pengumuman

pengumuman pengumuman siapa yang punya anak bilang aku..eh eh.dalam blog rupenye..ingatkan AF tadi.



oh.saya ade pengumuman nak dibuat di sini.


saya busy dengan fyp sekarang.


saya masih boleh tulis blog walaupun busy.


tapi....


sekarang LAN kat sakura tu ade problem jadi tak dapat online.wireles ada tapi kurang reliable.



kesimpulan:blog ni akan bersawang sket sampai la connection kembali pulih ok..^_^



Thursday, April 8, 2010

ade peminat rupenye

bulan ni dah masuk bulan ke-4 aku berblog.dan aku cuma ade 6 follower.aku tidaklah berasa begitu kecewa kerana aku sedar,aku bukanlah artis terkenal or sekurang kurangnye UNIMAS IDOL untuk menjadi perhatian ramai.dah tu blog aku taklah berapa menarik untuk ditonton.jadi aku dah lame menerima hakikat itu.tapi aku baru tahu yang aku ade peminat setia.nak tau sape?mempersembahkan:

eh silap silap.
ni lah die:cik NANA(saje buat tulisan kaler pink sebab die suke pink)

ceritanya begini.

harini aku berjalan dengan nana ke kafe A alamanda.selalu aku pegi kafe tower je sebab segan dengan orang orang yang main bola kat court tu.mula mula nak pegi sorang sebab hujan jadi takde orang kat court tu dan takde la rase macam segan semacam je lalu kat situ.tapi tetibe mase turun tangge tu aku terfikir nak mesej nana."nana ko nak g kafe A tak?aku bagi 5 saat untuk reply."betul betul 5 saat die reply"boleh gak".haha.nana memang baik.jadi sambil berjalan kitorang berdiskus lah tentang dunia,harga petrol dan politik masa kini.haa percayelah cakap aku ni.tengok berite pon tak.gempa bumi kat indon pun "ter"tau sebab ade orang post kat facebook pagi tadi.memang katak bawah tempurung dah aku.
masa cedok nasi die cakap:"uda kenapa kau tak bagi hadiah tu kat die?aku sokong la kau bagi"aku heran.jadi aku tanye:"eh ko bace blog aku?"nana jawab:"yela.aku heran bah tengok patung botak tu kat profile picture kau.bila aku bace blog tu baru aku tau."aku:"oh.aku ingat kau tak bace dah."nana:"kelakar la blog kau.aku ketawa ketawa jak."huhu.satu pujian ni.actually sebelum ni memang nana ade bace dan die ade puji tapi dah lame kitorang tak sembang pasal blog jadi aku ingat die dah tak bace dah blog aku.sebab nana bukan tergolong dalam 6 follower tu.die ade blog dulu,tapi dah delete atas sebab sebab keselamatan.jadi aku tak tau die follow aku.dah nak berpisah die still cakap "uda bagila hadiah tu kat die.takde nye budak budak kelas die kacau kau nanti kalau diorang tau."

................................................................

kesimpulan:nana sekarang dah jadi peminat blog aku.

oh.ade seorang lagi silent reader.boleh pegi melawat die ok bila klik link kaler biru tu.semalam aku mesej die sebab nak tanye pasal birthday housemate die tu.jadi selepas beberapa mesej,die cakap "kejamlah kau punya blog milo,memang aku pikir dua tiga kali nak milo."tengok.1 lagi silent reader.aku cakap silent reader sebab die tak tinggal jejak pun.at least tinggalkanlah 1 komen ke..huhu.

***********************************************************************

mungkin ade lagi kot silent reader aku.cume aku yang tak tau.jangan orang yang besday semalam tu pun jadi silent reader aku dahla.banyak aku ngumpat pasal die ni.hehe

selfish.

dulu aku selalu reveal aku online bila aku bukak facebook or ym.tapi sejak aku mengenali function offline dan invisible,aku semakin kerap menggunakannya.lagi lagi bila mood kurang untuk berbual dan menjadi pendengar.aku pon tak tau adakah ia dipanggil mementingkan diri sendiri?

tapi kalau kau berpura pura mendengar masalah kawan kau padahal kau takde hati nak buat camtu,yang sengsara diri sendiri la kan?dan mungkin kawan kau pun sedar hal tu.dalam hal ni kau dah melukakan hati dua pihak.kau dan kawan kau.sekarang pulak kawan kat facebook ade 749 orang.walaupun dalam satu masa bukan 749 orang tu online serentak,tapi pada masa masa tertentu semua orang free dan semua orang nak berbual,jadi kau jadi sibuk melayan semua soalan.kemudian,bila kau rasa down dan kau nak cari orang untuk bercerita,no one's there.sebab masa tulah semua orang busy.adakah perasaan ini dipanggil pentingkan diri?

aku pun tak tahu jawapannye.sebab semua orang ada sifat tu.cuma bezanya,same ade sifat tu menjadi major atau tak.sebagai contoh,ada 5 orang dalam satu rumah.tapi takde sape perasan sinki sangat kotor walaupun hari hari berus gigi cuci muka pakai contact lens betul rambut picit jerawat pakai mekap kat situ.ataupun bila hari hujan,ada kain bergantungan di ampaian dan kau takde kudrat nak pegi tarik ampaian tu masuk dalam sebab kau kurus jadi kurang lemak dan tenaga.hmm contoh yang sangat baik.



Tuesday, April 6, 2010

ayah.i need u

ayah,

uda tengah migrain ni.sakit kepale gile sampai tak boleh tido.rase nak amik hammer ketuk kepala sendiri.tapi kat sini tak de hammer.dah tu,petang tadi uda makan mi hailam.jadi badan dah gatal gatal sebab alergik.ape nak buat ni?dahla takde orang nak tolong urut ni.at least kalau ayah ade bolehla mintak ayah urut.kompem terus tido kalau ayah yang urut.

ayah,

dengar tak rintihan anakmu ini?uda dah nangis kuat kuat ni bagi ayah dengar.tapi ayah tak datang datang pun.dah berapa jam dah ni.dulu belum 5 minit ayah dah sampai.oh lupe.uda di rantauan sekarang.harap ayah doakan uda cepat sembuh.



yang sakit,

yong

Monday, April 5, 2010

ciri ciri calon suami

aku single.bermakna masih belum berkahwin.dan tiada calon untuk bakal berkahwin dalam masa terdekat.(err.kalau tetibe aku cakap aku nak kawen tu maksudnye tu kawen ekspres la tu.)senang kate,aku masih mencari ciri ciri lelaki yang boleh dijadikan suami.


ni ciri-ciri mengikut cara ISLAM:
1.beriman dan beramal soleh~"perempuan baik untuk lelaki baik,perempuan jahat untuk lelaki jahat" oh ye.ada tambahan."lelaki tak pernah kapel dengan perempuan tak penah kapel."erk.*ade ke laki camtu sekarang?*


2.kaya~yang ni bukan la sebab nak kaut harta ke ape.tapi memang digalakkan cari yang berharta.at least bukan papa kedana la kot.yela,nanti nak tanggung anak bini pakai ape kan?


3.berilmu~yang ni pon penting.sebab tu la sebelum kahwin kena pergi kursus kahwin dulu.melengkapkan ilmu ape yang patut.nanti semua benda tak tau camne nak pimpin keluarga kan.


4.sedap mata memandang~supaya isteri tak la menyampah dengan suami sendiri.




pandangan aku:
1. beriman dan beramal soleh~err kene cermin diri sendiri dulu.kalau sendiri tak baik janganla mimpi nak dapat lelaki baik gile.kecuali la Allah nak ubah kita.(kita tak tau ape yang Allah rancang untuk kite)


2.kaya~er cukuplah kalau die ade duit.kalau kaya raya macam anak raja susah jugak.banyak beno protokol nye.aku ni dahla kurang berdisiplin.hehe


3.berilmu~aku respek kat orang yang nampak macam sempoi sempoi tapi ilmu penuh di dada.maksudnye?die jenis tak menunjuk nunjukla macam "aku ni selalu pegi surau,majlis agama mesti dok kat depan,aku ni alim" dan yang sewaktu dengannya.


4.sedap mata memandang~err.aku bab ni yang paling lemah.tak suke mamat putih dan jambu.(artis korea tu hitam legam ke?)pastu suke yang kurus kurus sebab aku chubby.haha.eh tak perlu la bagitau semua orang taste kau camne.


jadi nye?


ciri-ciri jadi seperti berikut:
1.sembahyang 5kali sehari,sembahyang Jumaat jangan tinggal sukasukahatimakbapakkau,puasa,zakat=cukupla rukun Iman dan Islam tu
2.sederhana dahla.lebih kurang family aku
3.orangyangalimtapinampakmacamtakalim
4.hitam manis or sawo matang,kurus,tinggi sederhana(ye aku tau aku pendek),berambut(err aku tak suke botak)






oh mak..kawenkan aku~

Sunday, April 4, 2010

ruski.

ruski tomyam
favourite aku dari zaman sekolah~form 2.
bak kate sorang kakak sekola aku dulu, inilah hikmat inilah nikmat,inilah amat.(eh btol ke tagline tu??rasenye la)
aku ingat takde kat borneo.sebab cari kat kuching tak jumpe.pegi sabah dulu pon tak jumpe.assume jela
tapi tadi rozaini cakap ade.erm tak taula.mane tau die tipu.
hari tu saya beli 2 pek(setiap pek ade 5 bungkus) sebelum balik unimas kat TARGET kampar
baru habis petang tadi.tu pun sebab bakal dapat stok baru.kalau tak maybe simpan je sampai habis sem*kesiannye diri ini*
oh.saya sudah dapat stok baru.2 pek jugak.dalam mase sebulan boleh habis ke?hmm
mungkin boleh.sebab ni free.
kenapa free?
sebab saya pesan sama kawan saya suruh bawak dari semenanjung.dah alang alang die pegi kuching kan.tetibe die cakap die belanje.what to say kan?time kaseh la faz.aku sayang kau!!!



alamak.aku takde gambar kite la tadi.cepatlah upload faz!!!hehe

effect teh dalam kehidupan

Teh ais adalah satu bentuk teh sejuk, sering disajikan dalam gelas dengan ais. Ia mungkin atau mungkin tidak manis. Teh ais adalah juga satu minuman bungkus yang popular. Ia boleh dicampurkan dengan berperisa sirap, dengan perisa biasa termasuk lemon, pic,raspberi, limau, dan ceri.









Austria

Teh ais adalah amat popular dalam Austria, walaupun nama biasa adalah teh ais berbanding teh diliputi ais. Perbadanan "Rauch" Austria adalah satu daripada pengeluar-paling popular.

Malaysia

Di rantau Asia tenggara, teh ais merujuk kepada air teh bersusu yang dicampurkan dengan ais. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh ais biasanya kerap menjadi pilihan pada keadaan cuaca yang panas, bagaimanapun ia tetap menjadi pilihan sepanjang masa untuk rakyat tempatan.
Teh ais dan teh tarik merupakan minuman yang sepadan dengan hidangan nasi lemak dan roti canai yang terdapat di warung dan kedai mamak.

Switzerland

Sebuah syarikat daripada Pergunungan Alps Switzerland telah membuat teh ais herba sendiri. Teh ais herba ini diperbuat daripada teh hitam, gula, jus limau dan pudina, melissa officinalis, verbena, chamomile, stinging nettle, lady's mantle.



err..semua sumber diambil daripada wikipedia.


pembaca blog bertanya:oh begitu,jadi wahai cik udez, apa la effect teh dalam kehidupan?
udez:oh.kalau minum teh saya tak dapat tidur malam.tengok la jam sekarang.




i don't care



Translation of I don't care by 2NE1 : 
[CL]

Hey playboy
It’s about time
And your times up
I had to do this one for my girl you know
That’s the only way you boys learn


oh oh, 2NE1
oh oh, 2NE1

[Minji]

I can’t ever forgive you for that lipstick on your collar
Every day, your phone’s always off
It doesn’t seem like you’re going to change oh oh

[Sandara]

All those girlfriends you call “friends”
Don’t think of me in the same way as them, I won’t let it fly
From now on, do as you want, I’m going to stop caring
For some time I really loved you but oh

[CL]

Sometimes you get drunk, and call me, now it’s 5:30 am
Again you say another girl’s name no

[Bom]

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on
cause I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e

[Minji]

cause I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e
Boy I don’t care

[Minji]

Stealing glances at other girl’s legs
You’re so so hopeless
Everyday you take off your couple ring, and secretly go on a blind date
I don’t think that I’ll be able to take it anymore oh oh oh

[Sandara]

My friends say that you’re not really worth it
You even went to your wolf-like friends for advice but
I’d rather keep it simple, I’m too good for you
I believed you were my love but oh oh

[CL]

Today you said you were busy, I tried phoning you but
As expected, in the background I heard a girl’s laugh oh no

[Bom]

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on
cause I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e

[Sandara]

cause I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e
Boy I don’t care

[Minji]

Because of you, I remember crying till dawn boy
I regret every time I think about you when my heart was too easy, huh boy?
I’m too good to throw away and too boring to have
You should’ve treated me better when we were together why are you clinging to me now

[CL]

You fooled me with your lies hundreds of times
From today on, I’ll be a bad girl who makes guys cry
Now without a single tear, I’ll laugh at you
Loser who’s inside a game called love
Get on your knees and take me back
If not, get out of my sight right now

[Bom]

I don’t care, I’ll stop caring about what you’re doing wherever you are
From now on I really don’t care, I’ll get out of the way
From now on don’t come to me and cry, and cling on


you know I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e e
cause I don’t care e e e e e
I don’t care e e e e e e
Boy I don’t care


mereka.

mereka dan big bang.

they.


fire.ni pon best

i don't care


pemandu pelancong

yesterday afternoon my good friend nor siti fazilah ismail or usually called faz,with her sister and her sister's friends came down to Kuching for a wonderful vacation.err..cukup tak 5W1H?nak praktis untuk tulis berita for final exam English for Real World ni.*miss jee are you reading this?i'm a good student rite?*



ok.to make the long story short(wey asal ko speaking nih uda??) kawan aku suruh aku jadi pemandu pelancong.aku yang jenis jarang keluar kuching sebab kedekut duit nak sewa kete dan bayar minyak jadi lebih sanggup jalan kaki pegi desa ilmu untuk shopping,disuruh menjadi pemandu pelancong.sangat tak logik bukan?


jadi..



malam ni aku suruh nash bawak kete.aku dok sebelah.tamat.






Saturday, April 3, 2010

april bulan saya

april bulan saya?adakah saya bernama april?eh tak tak.nama nurul huda.*eh tetibe*

aku suke sangat april.SANGAT SUKA ok..nanti mungkin akan taruk nama anak "april" haha tipu je.nak tau kenapa saya suka bulan april?haa buat list sikiiiiit:

1.saya lahir bulan april(24 april 1988)
2.adik saya alif juga lahir bulan april(21 april 2000)
3.adik bongsu saya khai juga lahir bulan april(13 april 2008)
4.mak ayah saya kawen bulan april(betul betul setahun 2minggu sebelum saya lahir~10 April 1987)
5.sultan perak lahir bulan april(cuti la dow!)
6.kawan baik saya lahir seminggu selepas saya(eh die dah bulan mei la bengong!)
7.april fooooooooooooool(ahh macam aku sambut)
8.oh.masa saya lahir tu bulan puasa.(lebih tepat lagi masa orang kemas meja lepas berbuka)
9.saya habis praktikal masa besday saya(dapat double hadiah~perpisahan dan besday)
10.saya suka nombor 4.(eh bukan kau suka nombor perdana ke uda?)
11.sebelum adik saya alip dan khai lahir saya adalah orang yang besday nya paling awal disambut tiap tiap tahun(dalam my family la)
12.my besday~24.4.88..nampak tak pattern dia.cantik bukan?(guna la math sikit dalam kehidupan)
13.sebab selalunya banyak kejadian menarik berlaku pada bulan april.tak caye tengok kalendar.
14.final exam selalu bulan april(best sangat!)
15.FYP hanta 12 april(dan aku tak siap lagi!)






SAYA SUKA APRIL.

mari baca

S alam and Good Day,

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu
shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jadi darah daging saya ni…Nauzubillah. .
Patutlah budak2 sekarang degil2, tak dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jabatan ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yang di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir dan lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau tak percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka makan katak??? So agak2 kenkawan dapat tak jawapannya….kilang tu telah mencampurkan
daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal dan glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abang ipar kawan saya pun tak mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yang mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

Dan lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah tak rasa
daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lagi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada tak minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abang ipar kwn saya jer…
Tapi saya tak tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jabatan Agama Islam m’sia… wallahhualam…

dan lagi satu
kod nombor yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker dan yang tersenarai jangan lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memang leceh tapi kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..tak kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni tak sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya tak perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tapi yg penting halal…kalau nak sedap letaklah daging katak..huhuhu. .

milo orang melayu pun dah ada kat pasaran tapi tak sesedap dan seenak milo yang sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tapi lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam… sumber: got from my email....





~aku dapat ni dari kawan kepada kawan aku kat facebook..


credits to:http://www.facebook.com/note.php?note_id=376803702212&id=100000091466910

Friday, April 2, 2010

stop smoking please

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.





berhenti sekarang ok?matlamat tak menghalalkan cara.