Mari join..:)

Wednesday, March 24, 2010

m.e.n.g.a.n.t.u.k





saya tak de idea nak tulis blog hari ni.sebab saya sangat stress dengan kerja yang menimbun nimbun.tambahan pula, saya baru melepasi test engineering management hari ni.esok pula Quiz Mobile dan juga test VLSI pada petangnya.malam tadi saya cuma tidur 1.5 jam(tidak termasuk tidur selepas asar) dan hari ni pula saya banyak mengexercisekan kaki gemuk saya.pagi berjalan dari bunga raya ke kolej sendiri.kemudian pukul 9.05 berjalan malas malas ke talk by TM dan setelah sampai, rupa rupanya ia diadakan di tempat lain.menyebabkan kaki yang malas malas jadi laju dan membakar lemak dengan sendiri (hopefully!).setelah habis talk jam 11 plus plus pagi saya pergi berjumpa lecturer kesayangan budak budak PKET 4th year untuk menanyakan ada ke kelas VLSI hari ni.dan saat saya bertemu beliau itu beliau berada di muka pintu bilik beliau bersedia untuk ke kelas.dan saya perlu memanggil semua orang untuk datang kerana cuma saya yang tahu bahawa kelas ada hari ni.beliau cakap,"ada test hari ni.bawak notes." jadi saya berlari lari anak membakar lemak kaki lagi ke sakura tercinta.kemudian mendaki ke puncak tertinggi dan terjauh sakura.turun puncak bukit sakura.berlari lari anak kembali ke kelas.sampai kelas.TIADA ORANG.perlu roger semua orang untuk datang.mujurlah dalam kelas cuma ada 9 orang.jadi kredit celcom UPAX saya masih berada pada paras selamat.tidak nyawa nyawa ikan(oh tiba tiba ada mesej di telefon celcom itu.macam tau tau ada orang sedang mengumpat beliau..oh ming yan suruh saya study mobile.baik baik)pada jam 11.30 cuma ada 4 orang di dalam kelas.test dimulakan.1 group ada 2 orang.tapi jawab asing asing.open book.tapi tak boleh jawab sebab test keluar dari chapter selain daripada chapter yang ada bersama saya.jadi.cuma bergantung harap kepada daya ingatan yang begini dan juga memori kawan saya yang tidak sebegini.jadi.setelah sejam.cuma satu perdua dari soalan pertama dapat dijawab.esok sambung.setelah hantar kertas,lecturer saya itu berkata,"nasib baik ini bukan soalan lecturer kamu bagi" membuatkan saya berfikir,'adakah yang kami jawab tadi itu test palsu?'balik bilik.tiada mood untuk lunch.balik untuk makan maggi kari dimasak-guna-air-panas-heater-jadi-tak-berapa-sedap.sambung study.dan sambil buat toyol manalah tau ada chance untuk menipu.sampai dalam kelas saya duduk di hadapan.cuba mencari peluang untuk menipu tapi tak muncul muncul.jadi saya mengerah otak saya yang pening pening lalat untuk ingat apa yang saya tulis pada toyol.tapi kurang tepat.saya pasrah..habis exam pulang ke katil.berfikir untuk tido.tapi berusaha menanam kubis di ladang farmville dan memasak di udez's cafe supaya tak tido selepas asar.juga tidak dilupakan lagu AXL's,idayu AF3,BIG BANG-TAEYANG's wedding dress,dan DBSK yang dimainkan di VLC media player beserta game freecell.jadi sekarang pada jam 6.15 petang saya masih berada di depan laptop walaupun mata saya sudah kuyu tapi masih berusaha menongkatnya.tongkat dengan bantal.tak tahu adakah berjaya.jadi dalam hati berdoa semoga azan maghrib dipercepatkan.jadi boleh tido selepas maghrib dan bangun di sepertiga malam.kalau hati berasa insaf boleh lah buat amal sikit.insyaAllah.erm itu tidak pasti.kalau bangun untuk isyak pun sudah cukup bagus rasanya.oh ya.roommate saya sedang tido.dia pon stay up malam tadi kerana test MATLAB petang ni.jadi usaha saya menongkat menjadi semakin sukar..dan mata saya berkata,




SAYA MENGANTUK.JANGAN TONGKAT SAYA LAGI.SAYA SUDAH TIDAK MAMPU MENAHAN BERAT KELOPAK MATA DI ATAS


baiklah.

No comments:

Post a Comment