Mari join..:)

Tuesday, March 16, 2010

cerita malam selasa pulak

hari ni Isnin.lepas aku tak dapat tido sampai pukul 4 pagi tadi,aku terbangun pukul 8.30 pagi(terlepas subuh homaiGod!!!)..dah siap siap nak pegi kelas sempat bukak facebook kejap.-->1 friend request.TEKA SIAPA?

.
.
.

ok lah.bukan h.A la yang penting.sah sah dia dah jadi friend aku sejak berkurun lama(padahal facebook aku belum setahun pon lagi).jadi syiapa???hmm rahsia.hehe.tapi yang penting dia membuatkan hati aku melonjak gembira dan terus pandang luar tingkap sambil berfikir,"what a nice day to begin".walaupun kat langit ada awan hitam berkumpul.ok.itu cerita sebelum pukul 9 pagi.

pukul 9 pagi.kelas Dr. Wan Azlan.masih mood baik.

pukul 11 pagi.kelas Dr. Hushairi.mengantuk sebab tido pukul 4 pagi mula menggigit gigit kelopak mata aku sampai mata berat tak boleh bukak.dan memang mata tu tutup selama beberapa minit.walaupun dalam posisi duduk dan aku berada di bahagian hadapan kelas.sedar(sebab kak G asyik tepis suruh bangun).tanggal sweater sebab mula rasa panas.habis kelas.masukkan sweater ke dalam beg comel itu.disebabkan nampak gemuk,aku mengeluarkan dompet dan berkira kira untuk memasukkan nya ke poket belakang seluar.ok.itu adalah kali terakhir aku nampak dompet itu.sebab?dia terus jadi invisible..

pukul 1.location: Water Tower Cafe

cari tempat duduk.cari purse.aik?mane ni?mesti tertinggal dalam kelas.takpela.habis makan baru pegi tengok sebab Nash ada kelas kat tempat yang sama pukul 2(kalau terus pegi pon tak guna sebab kelas dah kunci dan ofis sedang berehat).pinjam duit Nash dulu.

pukul 2.lokasi:Tutorial Room 5 Fakulti Kejuruteraan

jenguk dalam kelas.Nash cakap:takde la Uda.masuk pegi tengok.memang takde.tanya junior yang duduk kat situ:dia jawab takde.pegi tanya technician.dia cakap pegi tanya ofis.pegi ofis:TAK DILAYAN.

balik bilik.mana lah tau kot kot aku memang tak bawak dompet pagi tadi.cari cari.tak jumpa.solat kejap.(mintak ilham).kol kak G:"cuba kak G tengok dalam beg kak G ada tak barang yang bukan kak G punye?"hampa.pegi FK balik dengan my roommate Amni Fathi(ada orang hepi la dengar name ni kot..haha) tanya akak ofis.dia cakap:"kenak kitak keluarkannya dari beg?".ok.fine.MY FAULT.

pegi kafe SHAHPURA tanya.makcik tu cakap:"bukan adik sorang je datang kafe ni".ok.fine.MY FAULT sebab tanya korang.

then?mana pulak pegi dompet ni?takkan dia pandai jalan sendiri.kalau dia nak jalan pon nak jalan pegi mana.kenapa nak tinggalkan aku sendiri?lirihku sedih.

kepada dompetku,

silalah pulang kepadaku.aku berjanji tidak akan memenuhkan kau dengan resit-resit kedai lagi.aku takkan sumbat kau dengan syiling yang aku gunakan untuk LAUNDRY lagi sampai kau koyak.aku takkan rajin membuka kau sampai kau jadi nipis.aku takkan letak gambar aku yang tak cun tu kat dalam kau.aku takkan poyo tunjukkan lesen P kat dalam kau pada adik aku sebab adik aku takde lesen kereta lagi.

PULANGLAH KE PANGKUAN KU.



2 comments: