Mari join..:)

Sunday, March 21, 2010

absent minded

sejak akhir akhir ni aku selalu absent minded.ok perlu ditegaskan.SANGAT ABSENT MINDED. nak bukti?


kejadian 1.location:TR5 FK
keluarkan dompet dari beg nak masukkan dalam poket seluar.letak atas meja.pegi sain attendance.keluar.sampai kafe:"mane dompet aku?"


kejadian 2.lobi mekanikal.
keluarkan semua kertas untuk wat mobile.termasuk kertas jawapan test 1.siap.masukkan semua kertas ke dalam fail.tiba tiba ada orang cakap,"siape punye kertas test nih?dapat ** je."terasa dan cepat cepat ambil.beb dan ivan berkata:"dah lame kitorang tengok kertas tu tadi"


kejadian 3.mesin ATM RHB 
berniat nak cucuk duit.masukkan kad.pilih bahasa.masukkan no. pin xxxxxx.pilih CASH WITHDRAWAL(poyo je pilih english).enter value.processing>>kad ATM keluar.ambil masuk dalam dompet.jalan.JALAN TANPA AMBIL DUIT.faham tak?


kejadian 4.kafe Infinity FX.
order nasi goreng pattaya.dah dapat bayar.rm10.ada balance.tengok ke dalam polisterin ada sos tak.tutup.cakap terima kasih.BALANCE TAK AMBIK.nasib pakcik tu panggil.then ambil duit.jalan.dah keluar dari kawasan kafe perasan TAK DE PAYUNG KAT TANGAN.ada gantung kat kerusi aku duduk tadi.


***************************************

mungkinkah ada kaitan dengan lagu di bawah?



Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku
Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu.


parah.

2 comments:

  1. eleh..JIwangla mu ni...hehehheheehetakpe2..saya paham...

    ReplyDelete