Mari join..:)

Wednesday, March 31, 2010

berita baik!

disebabkan minggu yang sibuk sampai aku tak boleh tido nyenyak ini,aku dapat HADIAH SPECIAL BESAR tau..



nak tengok tak???













hmm mungkin patut tambah contrast



haa nampak tak?nampak tak?




ataupun:




ye.JERAWAT MUNCUL dan hari ni kitorang tangkap gambar untuk yearbook.dahla tangkap gambar dari arah kiri a.k.a belah jerawat itu.memang cantekkkkkkkkkkk sangat

Tuesday, March 30, 2010

u got dialect?

dialect means:

1.
Linguisticsa variety of a language that is distinguished from other varieties of the same language by features of phonology, grammar, and vocabulary, and by its use by a group of speakers who are set off from others geographically or socially.
2.
a provincial, rural, or socially distinct variety of a language that differs from the standard language, esp. when considered as substandard.
3.
a special variety of a language: The literary dialect is usually taken as the standard language.
4.
a language considered as one of a group that have a common ancestor: Persian, Latin, and English are Indo-European dialects.
5.
jargon or cant.


dipetik daripada: http://dictionary.reference.com/browse/dialect






korang ada dialek tak?or in other word can be called loghat.aku ade sikit loghat perak tengah sebab ayah aku memang orang perak tengah dan sejak kecil aku memang tinggal dalam daerah itu.ape?perak tengah kat mane?


ni haa peta dia.beso teghuih..eh besar terus.

nampak tak Kampong Gajah di atas?bukan Kampung Gajah yang dekat Balai Polis Bota tu.tu name kampung.Kampong Gajah ni name pekan.aku dok situ le.kalau kome eh korang tengok kat atas ni tak nampak pun name kampung aku tapi takpela.janji ade la peta perak tengah tu.(ape nak wat kampung tak femes)


kat perak ada banyak loghat tapi loghat yang paling femes adalah perak tengah ni la.ala yang macam pah bedah tu.kalau tanye orang negeri lain kan, deme eh diorang biasenye cakap best la loghat perak ni.


sebenarnye kalau nak ikutkan loghat aku tak la pekat mane..sebab?mak aku.eh tibe tibe salahkan mak pulak.hehe.mak aku asal selangor di mane takde loghat langsung.(walaupun mak aku keturunan mandailing tapi die tak tau pon cakap bahase tuh.)jadi kalau ade antare kitorang yang cakap dalam loghat tu,die akan cakap,"haa tu anak ayah" ataupun "adik,nanti dah besar jangan cakap macam tu tau.cakap macam mak"(ditujukan pada adik bongsu aku) ataupun "u ni cakap lah bahasa baku.tak pahamla"(ni tuju kat ayah aku) ataupun"nasib baik korang punye perak tak pekat macam OS tu,kalau tak pegi pekan buat kene gelak dek orang je" ataupun "ko kat serawak tu cakap perak ke?"(ni tuju kat aku sebab aku balik umah loghat tu masih ada) haa tu belum dapat yang lidah pekat macam arwah opah aku.aku pon tak paham kadang kadang.hehe.oh ye.lagi satu reason sebab aku sekolah kat ipoh mase sekola.mase tu,semua guna "kami-hang or aku-hang" dan bila loghat aku terkeluar kawan aku cakap "apehal ko cakap macam kampung ni"hmm sedih.


aku sebenarnya takdela malu nak cakap loghat tuh,tapi aku heran sebab hari tu,aku jalan kat jambatan sambil bercakap dengan ayah aku.suare aku takla kuat mane pon.biase biase jela.tapi orang kat tepi tepi tu semua pandang aku lain macam.kenape?pelik ke aku cakap?ataupun suare aku macam Siti Nurhaliza?ataupun haritu wajah aku jelita seperti miss world?hmm..


disebabkan kejadian itu, jadi hari ini aku ingin menggalakkan semua orang belajarlah bahasa ibunda sendiri.banyak kebaikannya.(oh ye,tetibe teringat ade kawan aku mak bapak die orang parit tapi dia tak pandai sebut durian dalam loghat parit.adeke jadi dughie..salah negeri kot budak ni)





"loghat boleh disimpan,tapi jangan dibuang" 




p/s:aku tak salahkan mak aku ok.aku sayang mak aku.

bila rindu

"bila rindu terkenang mu sayang terasa sayu..
syahdunya jiwaku bila malam makin kelam..
jauh terbang diriku melayang.."










hah,pade orang itu jangan perasan ok.lagu ni bukan tuju kat kau.



dunia!aku rindu!

.
.
.
.
.
.
.

kat....






orang orang di rumah..





nak balik!!!


p/s:keratan akhbar dari Sinar Harian edisi Perak beberapa minggu lepas.saja letak sebab nama ayah aku ada kat situ.tapi takde gambar la pulak.ayah aku kate kat berita harian ada gambar tu.tapi tak dapat cari..:(



Sunday, March 28, 2010

gayat air.

selama ni aku rasa aku gayat air.sebab aku takut tengok laut luas luas.takot tengok tasik lebar lebar.takut naik jambatan kayu sungai kinta bila nak balik rumah sebab asyik terbayang bayang aku terbabas masuk dalam sungai teh tarik tu.lepas tu aku jugak takut nak lalu jambatan cinta kalau aku kena jalan sebelah tepi sebab takut pagar tepi tu roboh dan aku termasuk dalam.wah scary!!!


semalam.26.3.2010.nash ajak aku aquabike.sebab 25.3.2010 aku dah pegi dengan nana ish so aku expect maybe next week baru la nak aquabike lagi tapi disebabkan nash dah ajak aku pegi la.alang alang dah ikut dia balik.kemudian sampai sampai di tempat kejadian dia ajak aku pegi platform kurus.di mana aku dah lama pasang tekad dalam hati aku takkan pegi situ sebab aku rasa bila bila masa aku boleh masuk dalam.dan semalam,aku pakai jeans ok jeans.so aku memang betul betul berharap janganlah jatuh dalam air penat weh nak cuci jeans lagi lagi pulak aku dahla takut air tak pandai berenang dan macam macam lagi berlegar legar dalam kepala.jadi semalam disebabkan no choice takkan aku nak berdiri tegak sorang sorang macam pak pacak eh mak pacak kat situ.jadi aku ikut dan bila rasa ketakstabilan itu muncul aku cepat cepat berpaut kat nash.serius seram nak nak pulak bila nampak budak kayak capsized lagila aku seram.dapat aquabike nash suruh budak tu bagi jeket-keselamatan-yang-buat-aku-rasa-comel tu kat aku sambil berkata,"apa hal naik aquabike pon nak pakai jeket tuh".hampeh.

akustillrasakiutpakaijeketkeselamatanniakupeduliapaorangkateakutakkiutdangataltaknaktekanspacebarhaha


sepanjang aktiviti itu serius aku pening kepala.aku rase sebab angin(sebelum tu aku sedu) tapi nash cakap sebenarnya aku MABUK AIR.sebab aku rasa pening.kalau aquaphobia simptom die lain.




kesimpulan:aku MABUK AIR bukan gayat air.

Saturday, March 27, 2010

battle of the band BRC


bukan nak cerite pasal battle of the band,
tapi orang yang marah saya tu dah bercakap dengan saya.taklah saya rasa bersalah lagi.
tu je.








nite.



Friday, March 26, 2010

dia marah saya

ade orang marah saya.sebab saya kutuk dia bersama kawan saya walaupun dengan hasrat cuma ingin main main je.dia tak mau cakap dengan saya.seorang manusia lagi pulak.saya kutuk dia jugak supaya orang pertama yang marah saya tu tak marah.kemudian saya cakap "ok la ok la..sori to everyone..adam lambert je gay.korg dua straight..afgan pon gay.ok puas ati?" kemudian manusia kedua mesej saya cakap sori.saya heran.jadi saya reply "apehal?"tapi dia tak jawab.manusia pertama pula still mendiamkan diri.saya nak mintak maap tapi saya tak tahu macam mane?


jadi nye?




pada manusia pertama itu,tolong bagitau saya macam mane nak mintak maap dengan kau.please.




atau pun aku cakap kat sini je.AKU MINTAK MAAP SERIUS NI.KALAU KAU TAK NAK MAAPKAN AKU JUGAK TAKPELA.ITU HAK KAU.








ikhlas dari,
orang yang takut nak mintak maap depan depan.

langitku

cuba anda pandang langit malam ini.lihatlah objek objek di langit.tidakkah anda berasa langit sangat indah malam ini?terdapat bintang bintang, bulan separuh dan juga awan adalah seperti bila anda ambil berus kemudian celup ke dalam warna putih dan anda main cucuk cucuk je berus tu pada kertas lukisan.(pastikan anda tau bagaimana lukisan abstrak berupa sebelum melukis)wah sangat indah.saya sangat kagum.

oh ye.harini hari cerah setelah berhari hari hujan.jadi pada petang tadi saya dapat melakukan aktiviti aquabike bersama teman baik saya Nana Ish.

aku berlatarbelakangkan jambatan cinta

me and nana ish.

orang orang di atas jambatan cinta,ada yang memancing(nampak secara live ada orang tangkap ikan besa tadi),ada yang dating dan ada yang usya kitorang jugak.haha

feewiiiiit.kata orang di atas.

pandangan jambatan cinta dari bawah


tower bunga raya

kolej international.


merenung jauh cinta yang tak kesampaian eh silap..FYP yang tak kesiapan..


semua muka sama je.takde pose lain ke cik udez?i bosanla tengok.



huh.harini terlalu banyak berjalan.dari timur ke barat.di timur sebab tak berapa expert tentang shortcut di sana.jadi shortcut jadi long cut.balik dari timur berjalan jalan di barat sebab sabun.sabun mandi dah kehabisan tanpa disedari dan only bunga raya ada koperasi yang reliable dan tak berapa jauh.pegi makan kat alamanda kafe merah lepas tu kemudian naik tingkat tiga bilikku.kemudian turun lagi ke platform aquabike.selepas mengayuh(tak tau kenapa harini penat pulak mengayuh) dan after bersenam berjalan ikut jambatan cinta lagi untuk balik.dan malam pegi ATM untuk cucuk duit pulak.ish ish ish.MEMANG BERSENAM.3 kali seminggu jadi bersenam untuk 6 jam sehari.wah combine.eh eh cop.cerita sangat menyimpang dari tajuk.ahh lantak la.blog aku.haha.



oh ye.petang ni je jumpe APEK KIUT civil 4th year sampai 3 kali.sampai dia pon perasan keterserempakan kitorang.adakah JODOH?

Thursday, March 25, 2010

1 new message





Yunez,esk da vlsi ker?from:cesc ******** cute...ek2




komen udez:ingatkan pompuan je suke gelar diri kiut.tak sangke lelaki pon same.siap gelar diri cesc lagi.memang gile arsengal..ish ish ish.adik adik lelaki saya jangan tiru.gelar diri hensem pon tak boleh.ok?

orang ketiga?






di sini aku nak bercerite tentang aku yang menjadi "orang ketiga" antara aku,dia dan kamu.dia adalah seorang perempuan.awek kepada kamu.dan aku adalah kawan kamu yang kamu cuma kenal melalui internet.aku juga perempuan.jadi nye?aku tidak berminat menjadi orang ketiga antara kamu dan dia; malah kepada mana mana pasangan lain pun.aku tidak pernah melayan kamu secara berlebihan.cuma sebagai kawan biasa.tetapi dia merasa sedih dan terpinggir disebabkan aku dan kamu.apakah salah aku?apakah salah dia?aku tidak berminat masuk campur dalam hal kamu dan dia.aku juga tidak mahu sentiasa diperhati oleh dia. sila berhentikan segala aktiviti anda.



SAYA TIDAK BERMINAT DENGAN BUNGA MAWAR DARI KAMU.SAYA LEBIH RELA MENERIMA BUNGA TAHI AYAM DARI SI DIA.





Wednesday, March 24, 2010

without a word

lagu ni OST drama korea "You're beautiful @ you're handsome" lakonan jang geun sok dan park shin hye.sem lepas aku,rina,aley dan asy gile tengok citer ni kat viikii.net(paling gile aley kot.huhu)





english lyrics:
I shouldnt have done that,
I should have pretended not to know
like I didnt see it, like I couldnt see it
I shouldnt have looked at you in the first place
I should have run away,
I should have pretended I wasnt listening
like I didnt hear it, like I couldnt hear it
I shouldnt have heard your love in the first place
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore
And that you’re not here anymore
Otherwise it’s the same as before
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised


nice lyrics.



m.e.n.g.a.n.t.u.k





saya tak de idea nak tulis blog hari ni.sebab saya sangat stress dengan kerja yang menimbun nimbun.tambahan pula, saya baru melepasi test engineering management hari ni.esok pula Quiz Mobile dan juga test VLSI pada petangnya.malam tadi saya cuma tidur 1.5 jam(tidak termasuk tidur selepas asar) dan hari ni pula saya banyak mengexercisekan kaki gemuk saya.pagi berjalan dari bunga raya ke kolej sendiri.kemudian pukul 9.05 berjalan malas malas ke talk by TM dan setelah sampai, rupa rupanya ia diadakan di tempat lain.menyebabkan kaki yang malas malas jadi laju dan membakar lemak dengan sendiri (hopefully!).setelah habis talk jam 11 plus plus pagi saya pergi berjumpa lecturer kesayangan budak budak PKET 4th year untuk menanyakan ada ke kelas VLSI hari ni.dan saat saya bertemu beliau itu beliau berada di muka pintu bilik beliau bersedia untuk ke kelas.dan saya perlu memanggil semua orang untuk datang kerana cuma saya yang tahu bahawa kelas ada hari ni.beliau cakap,"ada test hari ni.bawak notes." jadi saya berlari lari anak membakar lemak kaki lagi ke sakura tercinta.kemudian mendaki ke puncak tertinggi dan terjauh sakura.turun puncak bukit sakura.berlari lari anak kembali ke kelas.sampai kelas.TIADA ORANG.perlu roger semua orang untuk datang.mujurlah dalam kelas cuma ada 9 orang.jadi kredit celcom UPAX saya masih berada pada paras selamat.tidak nyawa nyawa ikan(oh tiba tiba ada mesej di telefon celcom itu.macam tau tau ada orang sedang mengumpat beliau..oh ming yan suruh saya study mobile.baik baik)pada jam 11.30 cuma ada 4 orang di dalam kelas.test dimulakan.1 group ada 2 orang.tapi jawab asing asing.open book.tapi tak boleh jawab sebab test keluar dari chapter selain daripada chapter yang ada bersama saya.jadi.cuma bergantung harap kepada daya ingatan yang begini dan juga memori kawan saya yang tidak sebegini.jadi.setelah sejam.cuma satu perdua dari soalan pertama dapat dijawab.esok sambung.setelah hantar kertas,lecturer saya itu berkata,"nasib baik ini bukan soalan lecturer kamu bagi" membuatkan saya berfikir,'adakah yang kami jawab tadi itu test palsu?'balik bilik.tiada mood untuk lunch.balik untuk makan maggi kari dimasak-guna-air-panas-heater-jadi-tak-berapa-sedap.sambung study.dan sambil buat toyol manalah tau ada chance untuk menipu.sampai dalam kelas saya duduk di hadapan.cuba mencari peluang untuk menipu tapi tak muncul muncul.jadi saya mengerah otak saya yang pening pening lalat untuk ingat apa yang saya tulis pada toyol.tapi kurang tepat.saya pasrah..habis exam pulang ke katil.berfikir untuk tido.tapi berusaha menanam kubis di ladang farmville dan memasak di udez's cafe supaya tak tido selepas asar.juga tidak dilupakan lagu AXL's,idayu AF3,BIG BANG-TAEYANG's wedding dress,dan DBSK yang dimainkan di VLC media player beserta game freecell.jadi sekarang pada jam 6.15 petang saya masih berada di depan laptop walaupun mata saya sudah kuyu tapi masih berusaha menongkatnya.tongkat dengan bantal.tak tahu adakah berjaya.jadi dalam hati berdoa semoga azan maghrib dipercepatkan.jadi boleh tido selepas maghrib dan bangun di sepertiga malam.kalau hati berasa insaf boleh lah buat amal sikit.insyaAllah.erm itu tidak pasti.kalau bangun untuk isyak pun sudah cukup bagus rasanya.oh ya.roommate saya sedang tido.dia pon stay up malam tadi kerana test MATLAB petang ni.jadi usaha saya menongkat menjadi semakin sukar..dan mata saya berkata,




SAYA MENGANTUK.JANGAN TONGKAT SAYA LAGI.SAYA SUDAH TIDAK MAMPU MENAHAN BERAT KELOPAK MATA DI ATAS


baiklah.

Tuesday, March 23, 2010

dugaan.besar.

baru entri lepas aku menyatakan bahawa aku mendapat semangat baru.tapi dugaan sudah pun muncul.dugaan besar.yang boleh membuatkan aku bertukar menjadi makhluk tak dikenali.yang boleh membuatkan semua orang terasa hati.yang boleh membuatkan barang barang ku jadi mangsa sekali.*wah macam rhythm*dugaan yang besar sekali.takde ape yang dapat menghalang nya.kecuali Yang Maha Esa.


AKU MENGALAMI KESUKARAN TIDUR


bagi sesetengah orang,mereka akan cakap,"baguslah,bolehla kau wat keje kau huda" or "dah tak boleh tido buatla kerja".TAPI.tidur itu penting.kalau aku tak boleh tido dan tak berasa mengantuk,takpe.tapi aku mengantuk dan tak boleh tido.itu adalah suatu kekecewaan tahu.semalam.pukul 11 dah mengantuk.get ready nak tido.gosok gigi cuci muke.letak kepala atas bantal.tak dapat lelap.bukak laptop.buat kerja.mata berat.tak boleh concentrate.tibe tibe,LAPAR.bangun.bancuh kopi pearl cafe cicah biskut.sejam lepas tu dapat tido.setelah bersusah payah.





ada sesape ada tips untuk tidak berasa mengantuk?tolong saya.

Monday, March 22, 2010

semangat baru

SEMANGAT BARU!!!!

disebabkan tarikh untuk menghantar FYP adalah pada 12 April (sehari sebelum besday adik ke-2!) jadi aku mula merajinkan diri tengok circuit dan design.gile lah jugak sebab memang last minute punye kerje.tapi disebabkan no choice (don't do and you'll die) so nak tak nak mati mati mesti siapkan jugak sebelum tarikh tu.*gile gile*.dan of course,NO TIME untuk berangan angan siang dan malam lagi.





GANBATTE!HWAITING!CHAIYOK!
BERUSAHA!

Sunday, March 21, 2010

rahsia(jangan baca)

rahsia oh rahsia.semua orang ada rahsia.even dunia pon ada rahsia.sebab tu la,banyak benda yang kita tak tahu.tapi kadang kadang ada benda yang lebih baik kite tak tau.sebab mungkin lepas kite tau,kite akan menyesal.

menyesal.

macam aku sekarang.

serius aku menyesal.

aku tak boleh nak tarik balik.aku tak boleh pegi tanya sorang sorang,ko tau ke pasal aku dengan *.*?mustahil bukan?dan tambah tambah lagi aku baru membuat keputusan untuk melupakan *.*.tapi sekarang,majoriti orang yang berada di sekitar aku dan dia tau.aku tak tau nak buat ape?

dahla sedih sebab terpaksa "let go",tapi dalam keadaan sekarang di mane semua orang menyebut nama dia depan aku aku tak tau nak buat ape.camne nak lupe kalau semua orang mengingatkan?memang aku BELUM BERJAYA MELUPAKAN,tapi aku sedang cuba.at least i'm trying my hardest.walaupun aku sedar aku masih ingat.tapi slow slow la kan.



jadi, aku mendapat pengajaran hari ni:RAHSIA MANUSIA MUSTAHIL DAPAT DISIMPAN.


p/s:sape ade movie lawak sila berikan kepada aku sekarang!terima kasih!

absent minded

sejak akhir akhir ni aku selalu absent minded.ok perlu ditegaskan.SANGAT ABSENT MINDED. nak bukti?


kejadian 1.location:TR5 FK
keluarkan dompet dari beg nak masukkan dalam poket seluar.letak atas meja.pegi sain attendance.keluar.sampai kafe:"mane dompet aku?"


kejadian 2.lobi mekanikal.
keluarkan semua kertas untuk wat mobile.termasuk kertas jawapan test 1.siap.masukkan semua kertas ke dalam fail.tiba tiba ada orang cakap,"siape punye kertas test nih?dapat ** je."terasa dan cepat cepat ambil.beb dan ivan berkata:"dah lame kitorang tengok kertas tu tadi"


kejadian 3.mesin ATM RHB 
berniat nak cucuk duit.masukkan kad.pilih bahasa.masukkan no. pin xxxxxx.pilih CASH WITHDRAWAL(poyo je pilih english).enter value.processing>>kad ATM keluar.ambil masuk dalam dompet.jalan.JALAN TANPA AMBIL DUIT.faham tak?


kejadian 4.kafe Infinity FX.
order nasi goreng pattaya.dah dapat bayar.rm10.ada balance.tengok ke dalam polisterin ada sos tak.tutup.cakap terima kasih.BALANCE TAK AMBIK.nasib pakcik tu panggil.then ambil duit.jalan.dah keluar dari kawasan kafe perasan TAK DE PAYUNG KAT TANGAN.ada gantung kat kerusi aku duduk tadi.


***************************************

mungkinkah ada kaitan dengan lagu di bawah?



Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku
Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu.


parah.

Saturday, March 20, 2010

cerita hari jumaat

hari ni termiss kelas FYP.dah terbangun pukul 10.20 camne la nak pegi.malu la I nak masuk.tapi terpakse pegi jugak FK sebab ada kerja Mobile nak kena hantar.dan jawapan ada pada Nash.

sambil salin jawapan aku tanye dickey,"weh ada match liverpool ke malam tadi?"die cakap "ade.liverpool menang.3-0.abang kau jadi hero."then aku pon:"abang?"dickey:"abang ko la.torres".aku:"asal plak torres abang aku?"dickey:"abang ko h***s ma.die kan torres"justin menyampuk:"h.A la."

ok.aku terdiam.sebab?sampai justin dan dickey pon tau maksudnya satu kelas dah tau.dan mungkin satu kelas h.A jugak dah tau.adoii lar..kenapa bila aku dah cuba sedaye upaye aku camni semua orang pulak dah tau?takkan aku nak bagitau semua orang,JANGAN SEBUT NAMA DIA DEPAN AKU.gile kering la air liur aku camtuh..



hari ini mendung.

Friday, March 19, 2010

cerita hujan lebat 2 pagi

hujan lebat beserta guruh berdentum dan kilat memancar agak menyeramkan sekiranya anda berada di luar dan tidak membawa payung.lebih lebih lagi bila anda berseorangan.dan MALAM.pernah mengalami situasi demikian?sile bawak bertaubat dan mengucap banyak banyak.

kenapa cerite ni ada "2 pagi"?bukan pukul 9 aku dah surrender ke tadi?yes.aku dah tido.tapi disebabkan aku tersedar hujan lebat di luar dan takut bilik banjir sebab tak tutup tingkap,so aku pegi bangun dan tutup(takkan bukak pulak kan).dan baru nak sambung tido aku teringat baju baju di ampaian.lalu bangun dan mendapati ada orang dah masukkan ampaian ke dalam.ok,jangan puji orang itu dulu ye.sebab orang itu pon ada sidai baju sebab tu dia bawak masuk dalam.kalau tak,mungkin aku akan tersedar pada pagi subuh dan mendapati semua baju LENJUN.oh ye.lupe nak sebut.dia cuma memasukkan ampaian,tapi kain aku yang berada kat palang besi TIDAK dimasukkan.apakah?dah nampak kain tu kat situ,apelah salahnye masukkan sekali.macam berat gile pulak kain tu.huh

wah pagi camni dah emo.tak taulah macam mane rupe hari aku hari ini.adakah mendung?adakah hujan lebat?adakah guruh dan kilat?harap tak la.walaupun cuaca hujan,tapi aku sentiasa mengharapkan hari yang cerah supaya aku menjadi hamba Allah yang tenang.kalau tak,mungkin aku akan duduk menghadap tasik.konon konon tengok tasik tu boleh menghilangkan kesedihan la.kalau dapat laut mesti lagi best.huhu.

alamak.cerite menjadi cerite yang tiada motif.ok.MEMANG TAKDE MOTIF PON.aku just nak bagitau semua orang aku BANGUN AWAL HARI NI WAT FYP.petang nak jumpa supervisor..huhu

Thursday, March 18, 2010

cerita pagi khamis

sejak akhir akhir ni selalu aku buat tajuk entri cam di atas kan?semuanya sebab TAK DE IDEA.hehe

pagi ni bangun awal sebab malam tadi pukul 9 aku dah tumpor..eh tido..so pagi ni pukul 5.40 dah sedar dan tak tido balik lepas subuh.wah pencapaian pencapaian.harusss masuk dalam diari.hehe.(baru teringat dah lame tak tulis diari.SIAN KAU dilupakan..hehe)

so disebabkan aku bangun pagi,otak pun boleh berfikir dengan tenang dan damai setenang air di tasik.dan aku dah membuat keputusan paling penting dalam hidup aku.disebabkan aku rasa macam orang bodoh selama beberapa bulan(sedar tapi buat buat tak sedar) jadi mulai saat ini aku ingin menjadi orang bijak semula(macamlah kau bijak sebelum ni).kalau nak tau sebab sebab kenapa aku rasa macam orang bodoh tu,tengok la entri entri sebelum ini dan cari perkataan h.A.(nak buat link banyak sangat.hehe)




bagi kawan kawan yang tau cerite mesti dah bosan sebab dah banyak kali aku cakap benda yang sama tapi tak buat pon.so kali ni aku harap korang boleh tolong aku dengan JANGAN SEBUT NAMA DIA DEPAN AKU.boleh?






thanx kawan.

cerita cekolat dan cekelat

setelah beberapa entri dok bercerite SOAL HATI,harini cerite pasal makanan la.

sebut cadbury,orang mesti ingat coklat.
aku suka roast almond+hazel nut je.fruit&nut ada kismis jadi kurang suke.hehe

biasa jadi hantaran kahwin..hehe

big apple..*nyum nyum*(eh jap.ni kire coklat la kan?)

kiuuuuuuuuuuuuuutttttttttt.(satu hari nanti nak belaja buat,bagi kat anak anak.hehe)
kegemaran penghuni kolej bunga raya.sebab pegi bilik kak G ada,bilik Imah pon ada.Nash pon.jadi assume semua budak bunga raya suka makan ni.(jadi aku assume aku pun penghuni bunga raye)

ni kalau tak de masa raya macam tak raye.(raya tahun lepas tak buat sebab adik kecik aku nakal sangat. hehe.tak la.sebab aku balik dah nak raya.jadi tak sempat buat)

kegemaran adik adik di rumah*hee*

kegemaran adik adik jugak.dan kami ketika mengantuk dalam kelas.hehe

baru baru ni telah menjadi kegemaran budak budak kelas aku.mentos dilupakan..hehe(cantik pin tu.sapela tuan dia)

cop.ni kire coklat la kan?

ida-->noraisah.zul-->zulkifli.(my parents..hihi)
OR
ida-->huda.zul-->sape sape la.haha

wah sedapnye tengok cokelat dan cekelat di atas!tau tak ape beza cokelat dan cekelat?mengikut definasi aku cokelat adalah chocolate dalam bahasa omputeh nye.sedangkan(while) cekelat adalah gula gula.macam SKITTLES dan MENTOS.hehe.



ni muka budak gile aiskrim.(perisa COKLAT.hehe.)nampak tak tangan di sebelah?itu adalah tuan punya sebenar aiskrim.bayangkan ape yang jadi sebelum tu.huahua
tuan punya sebenar aiskrim-alip.(adoii tunggang langgang background.mase ni rumah dalam proses renovate)


kek birthday aku ke-21.kenapa ada doraemon?sebab besday orang orang dalam gambar di atas berhampiran dengan besday aku(alip 21,adik 13 dan aku 24).tapi bukan diorang yang pilih pon kek tu.haha


ni la orang yang pilih kek di atas tu.

haha.langsung tak de kaitan dengan cokelat dan cekelat(GAMBAR HIASAN)

eh eh.habis sume gambar adik adik dikeluarkan.hehe.sebenarnya bila cakap pasal cokelat dan cekelat mesti ingat diorang.sebab diorang ni kalau bagi mentos sebatang tak sampai sejam pon makan.sorang je lak tuh.sian kakak dia tukang beli ni.baru nak mintak sebijik tengok tengok dah habis.(haha macam buruk siku pulak)



BAIKLAH.SEBAB AKU RINDU-GILA-NAK-MATI KAT ADIK ADIK AKU TERPAKSE LA AKU UPLOAD GAMBAR GAMBAR DIORANG.SILE KALEH KE ENTRI LAIN SEKARANG.HAHA


aku suke buat ekspresi camni bila diorang tangkap gambar.sebab aku tau diorang akan rindu lubang hidung aku bila aku balik unimas.

adik aku yang paling menyerupai rupa aku.


adik bongsu aku masa berumur sebulan kot.yang lain cousins.baju kurung kat belakang mak long.

sedap pulak budak Ira ni landing kat aku.haha.(adoi semua pakai gelang merah I Malaysia.salahkan ayah aku.haha)

ayah yang dipersalahkan sebentar tadi.hehe.tak la.SAYA SAYANG AYAH(cool kan ayah I?hehe)

SAYA SAYANG EMAK JUGAK.(betul ke muka I ikut muka mak?)

sila compare kan muka saya dengan emak.kalau tak same,I will assume muka I ikut ayah.hehe


DAHLA UDA.ORANG DAH NAIK BOSAN KOT TENGOK GAMBAR BANYAK BANYAK CAMNI.STOP SEKARANG!"ok"

Wednesday, March 17, 2010

I'm holding back the tears


By:DBSK 
Title:Geurigo(Holding back the tears)
Translation:
A faded white painting and my slightly vanished scent are hidden inside a eye-blinding cloud
My wordless heart slowly moves
And the time that passes inbetween is in my hands
I’m holding back the tears
I hang my heart so it’ll be weightless
In a place not too close but not too far
Another me is standing, I don’t cry
I bring my two hands together once again
In a place I live the present life instead of the memories
It’s foolish but we were always together
The pain that I wanted to empty flowed throughout my whole body and dries up my tears
I’m living with my tears
I’m holding back the tears
I hang my heart so it’ll be weightless
In a place not too close but not too far
Another me is standing, I don’t cry
I’m holding back the tears
I hang my faith on me and run
In a place that is not high nor low
Another me is standing,
With a small smile, I can smile
credit: silentxtears@soompi and sunshine_moon@TVXQ_SFC

cerita hari baik aku

hari baik=good day.hari jahat=bad day.eh?baik sebut dalam english kot.sebab macam pelik pulak bila ditranslatekan.huhu.ok lah.tukar hari baik pegi hari indah.hari jahat tukar pegi hari buruk.much better?hmm

hari ni baik walaupun aku tak dapat tido jugak malam tadi.aku tak salahkan sesape kali ni sebab aku tak dapat tido bukan sebab http://gambahantu.blogspot.com, tapi sebab aku tido petang.(jangan cakap aku buruk perangai sebab tido petang ok.hihi).lepas semalam cari cari dompet tak jumpa jadi aku balik dan tekup muka dengan bantal.jangan tanya la kalau dah tekup muka dengan bantal tu buat ape lagi selain dari erm..bunuh diri?eh eh tak.ala paham paham jela keh. I malu la nak sebut kata kerja itu.*peace*

jadi disebabkan kata kerja itu la,aku terus tertidur.tu memang dah sifat semulajadi aku.*hee*


ok.cerite di atas tak penting.ingat tak kisah semalam ku yang sadis itu?tak ingat?haih.tengok sini.jadi ceritanye bermula dengan aku yang malas nak pegi kelas pukul 9 sebab aku mengantok-hujan-turun-sejuk-bosan.tapi dah pukul 8.45 baru la aku decide nak pegi.dan keputusan aku betul sebab masa aku tengah siap siap tu nana telefon.(ok mula mula aku ingat dia nak cakap kelas cancel.hehe)rupa-rupanya diorang jumpe wallet aku.nak tau kat mane?kat atas meja yang aku guna tu.sebab meja tu camni:
eh silap silap.ni rehal tempat orang ngaji

ok.ni baru betul.tapi meja die terangkat taw dan kedudukan meja ini adalah di sebelah dinding.


jadi?faham tak kedudukan dompet itu?dan kenapa masa aku cari petang semalam tak jumpa?hmm mungkin aku tak tengok betul betul.sebenarnya aku agak heran.sebab aku dah tengok tempat tu.dan dalam kelas pukul 2 kan ramai orang.takkan takde sape usik dompet tu?ke orang tu nampak dan dia saje wat camtu supaya takde orang perasan dompet tu?pelik pelik.tapi whatever pon,THANKS la kalau betul orang yang jumpe tu buat camtu.dan TERIMA KASIH BANYAK BANYAK jugak sebab tak ambil apa apa dalam tu.I takut jugak kalau orang gila yang jumpa dan dia ambil gambar I yang cun (cun ke?)tu buat benda bukan bukan.*fuh*


MORAL OF THE STORY:lain kali tak boleh hilang lagi sebab aku benci berurusan dengan orang ofis yang langsung tak mesra dan jugak makcik kafe yang cakap "bukan adik sorang je yang datang kafe ni".kafe kau memang ramai orang datang.tapi kau dah hilang kepercayaan seorang customer.


Tuesday, March 16, 2010

cerita manusia pendengki

siapa pendengki tu?bawak bawak la insap wei..haha.

disebabkan dia ni jeles dan tak puas hati sebab aku cakap muka h.A macam muka Afgan,jadi aku memutuskan untuk membuat satu entri khas untuk dia.ok,perlu ditegaskan di sini bahawa aku melakukan ini bukan sebab dia orang penting dalam hidup aku.*sila kecewa*.haha

name apa nak bagi eh kat manusia ni.takkan nak sebut nama penuh plak.ok lah,aku bagi hint.maksud nama dia lebih kurang nama aku.cuma beza JANTINA.oh ye,nama dia sama dengan nama kedua pemain badminton kacak menarik tertarik ko memang the bomb dari Indon.*pegi google sekarang*


ok la.disebabkan aku murah hati aku bagi la gambar pemain kacak itu.
asal pulak aku rasa dia dah tak ensem?duhh

saje nak letak sebab Hafiz lagi ensem kot dari dia.eh,hafiz?haha.tak de makna lain ok.


die ni la manusia yang selalu bikin aku kuciwa masa tengok final badminton(selain dari Lin Dan) sebab Malaysia KALAH



dahla.tak yah letak gamba die banyak banyak.


die ni lah manusia yang suka memenuhkan email aku dengan notification.asal ada status je,ada dia.tu la tiap tiap kali bukak emel,mesti ada 99+.(dia cakap nak suruh aku rajin bersenam)jenuh le tangan aku pegi delete.cis.dah dia rajin bergaduh dengan aku.mane tak nye komen jadi panjang berjela jela.

di sini aku ingin memecahkan rahsia dia.dia tengah merisik orang yang berada paling dekat dengan aku.*kompem ko terus mesej aku suruh aku delete entri ni kan?katakan TAK NAK!!!haha*




p/s:anggap la ni penghargaan untuk kau sebab ko selalu baca blog aku dan promot kat status kau.haha

cerita malam selasa pulak

hari ni Isnin.lepas aku tak dapat tido sampai pukul 4 pagi tadi,aku terbangun pukul 8.30 pagi(terlepas subuh homaiGod!!!)..dah siap siap nak pegi kelas sempat bukak facebook kejap.-->1 friend request.TEKA SIAPA?

.
.
.

ok lah.bukan h.A la yang penting.sah sah dia dah jadi friend aku sejak berkurun lama(padahal facebook aku belum setahun pon lagi).jadi syiapa???hmm rahsia.hehe.tapi yang penting dia membuatkan hati aku melonjak gembira dan terus pandang luar tingkap sambil berfikir,"what a nice day to begin".walaupun kat langit ada awan hitam berkumpul.ok.itu cerita sebelum pukul 9 pagi.

pukul 9 pagi.kelas Dr. Wan Azlan.masih mood baik.

pukul 11 pagi.kelas Dr. Hushairi.mengantuk sebab tido pukul 4 pagi mula menggigit gigit kelopak mata aku sampai mata berat tak boleh bukak.dan memang mata tu tutup selama beberapa minit.walaupun dalam posisi duduk dan aku berada di bahagian hadapan kelas.sedar(sebab kak G asyik tepis suruh bangun).tanggal sweater sebab mula rasa panas.habis kelas.masukkan sweater ke dalam beg comel itu.disebabkan nampak gemuk,aku mengeluarkan dompet dan berkira kira untuk memasukkan nya ke poket belakang seluar.ok.itu adalah kali terakhir aku nampak dompet itu.sebab?dia terus jadi invisible..

pukul 1.location: Water Tower Cafe

cari tempat duduk.cari purse.aik?mane ni?mesti tertinggal dalam kelas.takpela.habis makan baru pegi tengok sebab Nash ada kelas kat tempat yang sama pukul 2(kalau terus pegi pon tak guna sebab kelas dah kunci dan ofis sedang berehat).pinjam duit Nash dulu.

pukul 2.lokasi:Tutorial Room 5 Fakulti Kejuruteraan

jenguk dalam kelas.Nash cakap:takde la Uda.masuk pegi tengok.memang takde.tanya junior yang duduk kat situ:dia jawab takde.pegi tanya technician.dia cakap pegi tanya ofis.pegi ofis:TAK DILAYAN.

balik bilik.mana lah tau kot kot aku memang tak bawak dompet pagi tadi.cari cari.tak jumpa.solat kejap.(mintak ilham).kol kak G:"cuba kak G tengok dalam beg kak G ada tak barang yang bukan kak G punye?"hampa.pegi FK balik dengan my roommate Amni Fathi(ada orang hepi la dengar name ni kot..haha) tanya akak ofis.dia cakap:"kenak kitak keluarkannya dari beg?".ok.fine.MY FAULT.

pegi kafe SHAHPURA tanya.makcik tu cakap:"bukan adik sorang je datang kafe ni".ok.fine.MY FAULT sebab tanya korang.

then?mana pulak pegi dompet ni?takkan dia pandai jalan sendiri.kalau dia nak jalan pon nak jalan pegi mana.kenapa nak tinggalkan aku sendiri?lirihku sedih.

kepada dompetku,

silalah pulang kepadaku.aku berjanji tidak akan memenuhkan kau dengan resit-resit kedai lagi.aku takkan sumbat kau dengan syiling yang aku gunakan untuk LAUNDRY lagi sampai kau koyak.aku takkan rajin membuka kau sampai kau jadi nipis.aku takkan letak gambar aku yang tak cun tu kat dalam kau.aku takkan poyo tunjukkan lesen P kat dalam kau pada adik aku sebab adik aku takde lesen kereta lagi.

PULANGLAH KE PANGKUAN KU.