Mari join..:)

Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul

hari ini 26 februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H yang merupakan maulidur rasul atau bahasa melayunya hari kelahiran Rasulullah s.a.w..harini unimas ada sambutan peringkat universiti di mana setiap kolej akan menghantar segerombolan pasukan untuk berarak bersama sepanduk masing-masing.dan sepanduk kolej aku yang "ayu" ini warna pink+purple.aku xkisah sgt pasal colour tuh.cuma aku harap diorang tulis dalam jawi la.bukan selalu pon kan nak tulis jawi..erm apa nak buat.dah lepas pon.kitorang berarak dari dataran U ke CTF2 untuk aktiviti seterusnya iaitu ceramah maulidur rasul..

aku teringat masa sekolah dulu.sebab sekolah agama kan,so kami memang ada kuliah pon tiap-tiap minggu.dan tiap-tiap kali maulidur rasul pun of course la ada ceramah jugak kan.masa tu aku selalu pikir,alah tiap-tiap ceramah maulidur rasul sebut benda yang sama.macam tak de benda baru je.ceritala benda yang aku tak pernah dengar kan.hai,teruk betul aku masa tu.ada ke pikir macam tu.dush2

aku sebenarnya tak payah datang ceramah ni pon takpe.sebab aku tak perlu cop kolej dah.semester depan kan aku takde dah.tapi disebabkan ni semester terakhir dan aku pon tak pernah hadir,jadi aku merajinkan diri untuk datang kali ni.boleh dikatakan salah satu cara untuk menambahkan keinsafan diri la.sedar diri dah tua.hehe

masa ceramah aku dah mula rasa mengantuk.biasala,time nilah syaiton suka bubuh celak kat mata.sebab banyak sangat dia bubuh,mata pon berat je.ish3.tapi aku berjaya untuk tak tido!!satu pencapaian untuk diri sendiri!hehe.dan untuk menambahkan lagi pencapaian aku harini,aku bawak buku catatan!ok,maybe untuk sesetengah orang takde ape sangatla bawak buku tu.tapi sepanjang aku sekola agama 5 tahun aku tak ingat aku ada buat camtu ke tak.kalau ada pon maybe masa form 1.biasalah,masih naif.hehe

isi ceramah?pasal Nabi.yang paling aku xleh lupe masa die cerita pasal siti aisyah r.a.siti aisyah ni sangat jeles dgn khadijah.sebab Nabi s.a.w sangat cintakan siti khadijah.even after siti khadijah meninggal dunia pun,dia masih selalu teringatkan khadijah.kalau Nabi terjumpa dengan kawan2 khadijah,dia akan berikan hadiah.aku tak taula kenapa,tapi aku sangat tersentuh dengan cerita tersebut.siapa kata lelaki tak de feeling?huhu

kesimpulannya dari ceramah tadi,sebagai tanda yang kita mencintai Nabi,kita kena lah amalkan Quran&Sunnah Nabi,dan jugak rajin selawat.jadi masa kat akhirat nanti,Nabi akan kenal kita sebab amalan-amalan camni akan beri syafaat kat kite.tapi yang penting,kite kenalah istiqamah.yela,kalau hangat-hangat tahi ayam,camnela syafaat tu nak datang kat kite kan.wah macam tarbiyah plak ayat aku ni.aku bukan nak berlagak alim,aku memang x alim pon.aku cuma ingin berubah kepada yang lebih baik sedikit demi sedikit.kalau drastik sangat aku takut aku tak istiqamah.jadi ape tunggu lagi kawan2??marilah sama2 berubah..^_^

2 comments: