Mari join..:)

Sunday, February 28, 2010

cerita si "doktor cinta"

sape doktor cinta?aku ke?hehe.ada la orang gelar aku camtu.sebab?aku selalu jadi tempat orang citer masalah cinta diorang dan diorang cakap selalunya idea aku tu bernas.diorang cakap ok,bukan aku.huhu.bernas sangat kot sampai diorang tanye,"huda,ko ni mesti banyak kali kapel kan?" dan jawapan aku adalah:gelak terbahak-bahak sampai diorang heran.bile diorang tanya asal ko gelak?aku cakap:for your information,aku tak pernah kapel pon.huhu. tak caye?betul la ni.watpe tipu kan..

bila aku cakap aku tak pernah kapel,orang selalu heran.sebab sume orang pernah kapel.so what?adakah aku pelik sebab tak pernah kapel?takkan la takde orang yang tak pernah kapel?mesti ada kan.tapi,tiap kali orang tanya aku tak tau nak jawab ape.so kadang2 aku diam je.ataupun aku tanye balik,tak boleh ke kalau aku tak pernah?

bila aku pikir balik,maybe sebab aku sekola pompuan 5tahun.dan aku sekolah agama.kat sekolah aku,sape yang kapel akan dipandang serong.tak taula nape.tapi memang culture camtu.hmm..dan dalam tempoh tu,aku memang takde kawan lelaki.dan tak pernah terpikir langsung nak ade pakwe.serius,time tu aku cuma suka enjoy dengan kawan2 pompuan aku.jumpa laki pon takde perasaan.yang ada cuma rasa rimas.tak taula nape.haha

masuk matrik,kejutan budaya.aku ambik fizik di mana dalam lecture tu,60% kot lelaki.dan aku takde kawan.sebab kawan2 sama sekola sume ambik sains hayat.kesimpulannya,aku jadi kera sumbang.takdela tak cakap dengan orang langsung,tapi pompuan jela.sampai la pertengahan sem,ada jualan sempena kempen anti dadah kot.barulah aku mula kenal dengan budak2 lelaki kelas aku.dan sume diorang cakap aku sombong before ni.haha.kelakar.okey,tak mau cite panjang2 pasal matrik sebab aku rindu gile kat matrik sebenarnye.yang penting masa matrik aku takde kapel.

masuk U,aku nak ubah la sifat tak berkawan dengan lelaki tu.sebab aku amik engineering.sah sah la banyak lelaki kan.takkan sampai bila nak jadi kera sumbang.ok.boleh tahan la ramai kawan aku.tapi aku still takde kapel.sebab aku tak boleh.aku tak tau la kenape,tapi tiap2 kali kawan dengan lelaki,dan dia mula nak ajak aku ke arah kapel,automatik aku akan jauhkan diri dari diorang.adakah aku alergik dengan lelaki?aku mula berfikir,adakah aku lesbian?tak rasenye.sebab aku takdela teringin nak lebih2 dengan kawan pompuan.jadi apa masalah aku?hmm

baru-baru ni,kawan aku faz bagitau aku 1 link.sila klik sini.aku teringat aku pernah baca,kalau kita tak pernah kapel,jangan sedih.maksudnya,Allah sayangkan anda dan tak ingin anda melakukan maksiat.Alhamdulillah.jadi,aku tak perlu fikir pasal kapel ni la kan?hehe.jadi,inilah jawapan aku kalau orang tanye kenapa kau tak pernah kapel:aku tak nak buat maksiat.jangan cakap aku perasan baik ok.

3 comments: