Mari join..:)

Sunday, February 28, 2010

cerita si "doktor cinta"

sape doktor cinta?aku ke?hehe.ada la orang gelar aku camtu.sebab?aku selalu jadi tempat orang citer masalah cinta diorang dan diorang cakap selalunya idea aku tu bernas.diorang cakap ok,bukan aku.huhu.bernas sangat kot sampai diorang tanye,"huda,ko ni mesti banyak kali kapel kan?" dan jawapan aku adalah:gelak terbahak-bahak sampai diorang heran.bile diorang tanya asal ko gelak?aku cakap:for your information,aku tak pernah kapel pon.huhu. tak caye?betul la ni.watpe tipu kan..

bila aku cakap aku tak pernah kapel,orang selalu heran.sebab sume orang pernah kapel.so what?adakah aku pelik sebab tak pernah kapel?takkan la takde orang yang tak pernah kapel?mesti ada kan.tapi,tiap kali orang tanya aku tak tau nak jawab ape.so kadang2 aku diam je.ataupun aku tanye balik,tak boleh ke kalau aku tak pernah?

bila aku pikir balik,maybe sebab aku sekola pompuan 5tahun.dan aku sekolah agama.kat sekolah aku,sape yang kapel akan dipandang serong.tak taula nape.tapi memang culture camtu.hmm..dan dalam tempoh tu,aku memang takde kawan lelaki.dan tak pernah terpikir langsung nak ade pakwe.serius,time tu aku cuma suka enjoy dengan kawan2 pompuan aku.jumpa laki pon takde perasaan.yang ada cuma rasa rimas.tak taula nape.haha

masuk matrik,kejutan budaya.aku ambik fizik di mana dalam lecture tu,60% kot lelaki.dan aku takde kawan.sebab kawan2 sama sekola sume ambik sains hayat.kesimpulannya,aku jadi kera sumbang.takdela tak cakap dengan orang langsung,tapi pompuan jela.sampai la pertengahan sem,ada jualan sempena kempen anti dadah kot.barulah aku mula kenal dengan budak2 lelaki kelas aku.dan sume diorang cakap aku sombong before ni.haha.kelakar.okey,tak mau cite panjang2 pasal matrik sebab aku rindu gile kat matrik sebenarnye.yang penting masa matrik aku takde kapel.

masuk U,aku nak ubah la sifat tak berkawan dengan lelaki tu.sebab aku amik engineering.sah sah la banyak lelaki kan.takkan sampai bila nak jadi kera sumbang.ok.boleh tahan la ramai kawan aku.tapi aku still takde kapel.sebab aku tak boleh.aku tak tau la kenape,tapi tiap2 kali kawan dengan lelaki,dan dia mula nak ajak aku ke arah kapel,automatik aku akan jauhkan diri dari diorang.adakah aku alergik dengan lelaki?aku mula berfikir,adakah aku lesbian?tak rasenye.sebab aku takdela teringin nak lebih2 dengan kawan pompuan.jadi apa masalah aku?hmm

baru-baru ni,kawan aku faz bagitau aku 1 link.sila klik sini.aku teringat aku pernah baca,kalau kita tak pernah kapel,jangan sedih.maksudnya,Allah sayangkan anda dan tak ingin anda melakukan maksiat.Alhamdulillah.jadi,aku tak perlu fikir pasal kapel ni la kan?hehe.jadi,inilah jawapan aku kalau orang tanye kenapa kau tak pernah kapel:aku tak nak buat maksiat.jangan cakap aku perasan baik ok.

Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul

hari ini 26 februari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H yang merupakan maulidur rasul atau bahasa melayunya hari kelahiran Rasulullah s.a.w..harini unimas ada sambutan peringkat universiti di mana setiap kolej akan menghantar segerombolan pasukan untuk berarak bersama sepanduk masing-masing.dan sepanduk kolej aku yang "ayu" ini warna pink+purple.aku xkisah sgt pasal colour tuh.cuma aku harap diorang tulis dalam jawi la.bukan selalu pon kan nak tulis jawi..erm apa nak buat.dah lepas pon.kitorang berarak dari dataran U ke CTF2 untuk aktiviti seterusnya iaitu ceramah maulidur rasul..

aku teringat masa sekolah dulu.sebab sekolah agama kan,so kami memang ada kuliah pon tiap-tiap minggu.dan tiap-tiap kali maulidur rasul pun of course la ada ceramah jugak kan.masa tu aku selalu pikir,alah tiap-tiap ceramah maulidur rasul sebut benda yang sama.macam tak de benda baru je.ceritala benda yang aku tak pernah dengar kan.hai,teruk betul aku masa tu.ada ke pikir macam tu.dush2

aku sebenarnya tak payah datang ceramah ni pon takpe.sebab aku tak perlu cop kolej dah.semester depan kan aku takde dah.tapi disebabkan ni semester terakhir dan aku pon tak pernah hadir,jadi aku merajinkan diri untuk datang kali ni.boleh dikatakan salah satu cara untuk menambahkan keinsafan diri la.sedar diri dah tua.hehe

masa ceramah aku dah mula rasa mengantuk.biasala,time nilah syaiton suka bubuh celak kat mata.sebab banyak sangat dia bubuh,mata pon berat je.ish3.tapi aku berjaya untuk tak tido!!satu pencapaian untuk diri sendiri!hehe.dan untuk menambahkan lagi pencapaian aku harini,aku bawak buku catatan!ok,maybe untuk sesetengah orang takde ape sangatla bawak buku tu.tapi sepanjang aku sekola agama 5 tahun aku tak ingat aku ada buat camtu ke tak.kalau ada pon maybe masa form 1.biasalah,masih naif.hehe

isi ceramah?pasal Nabi.yang paling aku xleh lupe masa die cerita pasal siti aisyah r.a.siti aisyah ni sangat jeles dgn khadijah.sebab Nabi s.a.w sangat cintakan siti khadijah.even after siti khadijah meninggal dunia pun,dia masih selalu teringatkan khadijah.kalau Nabi terjumpa dengan kawan2 khadijah,dia akan berikan hadiah.aku tak taula kenapa,tapi aku sangat tersentuh dengan cerita tersebut.siapa kata lelaki tak de feeling?huhu

kesimpulannya dari ceramah tadi,sebagai tanda yang kita mencintai Nabi,kita kena lah amalkan Quran&Sunnah Nabi,dan jugak rajin selawat.jadi masa kat akhirat nanti,Nabi akan kenal kita sebab amalan-amalan camni akan beri syafaat kat kite.tapi yang penting,kite kenalah istiqamah.yela,kalau hangat-hangat tahi ayam,camnela syafaat tu nak datang kat kite kan.wah macam tarbiyah plak ayat aku ni.aku bukan nak berlagak alim,aku memang x alim pon.aku cuma ingin berubah kepada yang lebih baik sedikit demi sedikit.kalau drastik sangat aku takut aku tak istiqamah.jadi ape tunggu lagi kawan2??marilah sama2 berubah..^_^

Sunday, February 14, 2010

monolog dalaman seorang anak

harini sabtu.sehari sebelum chinese new year day.anak itu tidak pulang ke rumah seperti mana cuti2 yang sebelumnya di mana anak ini sangat suka pulang walaupun die sedar betapa lecehnye perjalanan pulang ke rumah itu.walaupun tidak memerlukan sampan atau feri atau naik pacuan 4 roda untuk sampai ke rumah,tapi masih penat dengan perjalanan menaiki kapal terbang,bas,keretapi dan kereta yang memerlukan masa lebih kurang 7 jam.wah!lame juga ye.ni pertama kali anak itu mengira jam yang die tempuh selama ini.hmmm..

kerana semalam anak itu sudah tiada kelas jadi die bangun tengahari.jam 11.maaf,anak itu sekarang mengalami masalah tidur malam.mungkin simptom tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang sedang melanda diri beliau.saya pun kurang periksa.2jam kemudian,kawan kepada anak ini menelefon beliau."huda,ko dah siap ke belum?"beliau menjawab:"belum,jadi ke?aku sakit perut la".kawan beliau menjawab:"dan dan ko sakit perut.siap cepat.jap lagi aku datang.aku tunggu kat tempat kite tunggu beatrice semalam."beliau jawab:"ok2.jap aku siap."

kemudian beliau berfikir,"patut tak aku pergi.ghase2 macam maleh.ahh,pergi jele.bukan kene bayo pon."tengok ke luar tingkap.alamak.hujan pulak.sejuknya.pakai sweater la.selepas lebih kurang sejam,di airport."jom makan kat old town lagi.hati berkata,"old town lagi?dahle malam semalam baghu makan kat old town ni.em takpele,dari pegi mcD or KFC."note:budak ni repent dari makan mcD sebab terlanjur makan double prosperity minggu lepas.dia sungguh tak berdaya.kesian.

around 3.30.The friend of her said,"i should go in."then beliau pun say gudbye to the friend and walk away.tiba2 beliau mencadangkan,"hey jom pergi menara tinjau tengok our fren."her friend said"mana menara tinjau?".beliau jawab:"sane".dalam hati beliau,"tak dapat balik, nengok oghang balek pon jadi le."sambil meninjau,beliau berfikir,"alah,nyese pulak tak balek.tapi kalo balek nanti aku tak buat keghoje.dahle keghoje menimbun.sabo le huda,bukan lame pon lagi kamu kena bertahan.sabo sabo."

Sepanjang perjalanan pulang.beliau masih bermonolog sendirian."hmm sedihnye tak balik."kemudian beliau membelek-belek telefon beliau sambil berfikir:"kalau ye pon aku tak balek,xkanle haram sorg pon tak teringt nak telipon aku kat sini.kang aku teghoyak sape nak pujuk aku?dahle aku baghu frust ni.megholoh jele keghoje aku kang.dah tak tau nak buat ape."sambil menangis dalam hati.


p/s:"hmm mak,tak nak ke telipon anak mak sorg ni?xsedih ke uda xbalik?"huhu.

Saturday, February 6, 2010

kesedihan

harini aku rase sedih..in other word,frust menonggeng.macam burung di bawah:
ataupun yg lebih realistik seperti di bawah:

xtaula nape sedih gile.padahal result nye dah dijangka akan menjadi sebegitu rupa.hmm ntahla.maybe aku patut menghilangkan diri dari dicontact untuk beberapa ketika.bukan untuk bertapa,juz menenangkan diri sendiri je.yelah,kalau aku xingat akan ada orang yang akan mengingatkan aku plak nanti.bukan nak salahkan diorang,diorang juz ambil berat pasal aku.tapi,sori kawan2,saya sangat sedih ni.


semuanya berlaku pon secara tak sengaja.dan kemudian tak sangke berlarutan sampai ke hari ni.tak perlulah dikenangkan benda yang dah jadi kan..that's what you called destiny.hmm tetibe lagu di bawah muncul di radio:


SuaraKu Berharap
di sini kU masih sendiri
merenUngi hari-hari sepi
ku tAnpamu,mAsih tAnpamu

bilA esOk hAri dAtang lagi
ku cubA hAdapi semUa ini
meskipun tanpAmu
bilA ku dApat bintAng yAng berpijAr
mEntari yang tenAng bersamakU di sini
ku dApat tertAwa menAngis merenUng
di tEmpat ini ku bertAhan

suarA dengArlah ku
apa kAbarnya pUjaan hAtiku
ku di sini menunggUnya
mAsih berhArap di dAlam hAtinya

kalAu ku mAsih tetAp disini
ku lewAti semuA yang terjAdi
ku mEnunggumu ,ku mEnunggu



hmm sedih plak..tapi yang pasti,aku xdela nak tunggu die..bukan ape,dah orang xnak buat ape susah2 tunggu.lupekan jelah..tapi yang penting aku sedih jugak..camne nak lupe ni..nak semayang,xbole.hehe..erm ingt nak main boling,tapi karang teringat plak.dah last day aku jumpe die kat tempat boling.dahla sehari lepas besday aku ke-21.huhu.besday yg paling hepi dah jadi kenangan sedih..=(

Friday, February 5, 2010

bila kepala sakit berdenyut2

arini malam jumaat.dan kepala aku sangatla berdenyut2.xtaula kenape.petanda migrain kah?adoi..xlarat la camni.tiap2 kali ada benda penting kene hantar or buat,mesti migrain.adakah berpunca dari stres?pelik jugak.sebab aku belum start pon nak wat keje..hmm

tadi petang aku tgk Sweeney Todd-The Demon Barber of Fleet Street..seperti biase aku memang teruja bila nmpk muka Johnny Depp.walaupun die dah tue,tapi die maintain hot.dan tiap kali tgk citer die berlakon,mesti memberi kesan kepada kepala hotak ku ini.huhu.and I seriously don't expect him to be so mean in this movie.so cruel.kill people macam makan kacang.adoi..berape kali aku terkujat.nasib xtengok kat panggung.kalo x,mesti aku menjerit sakan.haha.dan setiap kali cite lakonan die tamat,aku macam terfikir,lepas ni ape jadi kat die.mesti die sedih kan.wtf.lakonan jela huda..ari 2 pon mase tengok charlie and chocolate factory aku sedih mase die teringat kisah zaman kanak2 die.he must be very sad sebab xdapat makan coklet..ish3.menjiwai cerita betul la penulis ni..

lepas tu aku teringat plak kisah sedih harini.balik dari kelas ERW ingatkan nak pegi cucuk duit kat HEP.aku berseorgn arini sebab nana kuar ngan daus.dari jauh dah nmpk ramai org beratur.smpi2 je,dua2 mesin ATM 2 out of service.apakah.aku pikir,xpela ade lg rm8 kot dalam purse.boleh makan lagi ni.otw nak ke kafe aku teringat yg aku bayarkan duit gmbr kelas untk ida.lah,asal la aku xteringat nak mintak duit tadi.patutla duit aku da habis walaupun aku baru je cucuk selase ari 2.xpela.nnt la mintak.then sampai ctf1 tiba2 angin bertiup agak kencang dan payung aku yg agak fragile itu pon mengembang ke arah yang xsepatutnye.mcm gambar di bawah:

dahla aku jalan seorang dengan macho nye.sekali berlaku eksiden seperti itu.nasib xrosak.terus je aku tutup payung itu.xpela panas kejap.(tapi bile angin dah reda aku bukak la balik.itam nanti muke aku.sape yg susah?aku jgk)..kemudian bila sampai kafe xde ape pon jadi.nasib baik la dapat order dgn selamat.cuma time nak balik la aku terfikir what a day.adakah today is my unlucky day?ada kaitan ke ngan ape yg aku buat malam semalam?haa jgn pikir bukan2.maybe i should not "try to be in a relationship" dengan org yg kurang dikenali.mungkin memang patut aku serahkan bulat2 kepada parents ku tentang jodoh..hmmm