Mari join..:)

Wednesday, January 6, 2010

cita-cita,oh cita-cita

semua orang ada minat dan cita-cita masing-masing.tak percaya cuba tanya semua orang yang kamu jumpa.tapi mungkin kamu akan menerima pandangan-pandangan pelik dari orang-orang tersebut.dan mungkin jugak kamu akan dianggap cuba mengorat.jadi tak payahla tanya semua. assume saje kenyataan di atas betul.

kat sekolah rendah tiap2 tahun kite kena tanya dengan cikgu pasal cita-cita.dan biasanya ada 3 pilihan.cita-cita yang popular seperti biasa, guru,doktor,juruterbang..cuma ada beberapa orang akan pilih saintis,jurutera,dan tak lupa suri rumah tangga...

lepas tu kebanyakan kanak-kanak memilih cita-cita berdasarkan kawan-kawan,pekerjaan mak ayah dan jugak TV.tapi bila besar,masing-masing mula mempunyai cita-cita yang berbeza.ada jugak yang langsung tak ingat cita-cita diorang kat sekolah rendah dulu.ada jugak yang ada cita-cita,tapi halangan pulak menimpa yang menyebabkan diorang terpaksa melupakan cita-cita murni diorang tu..

apa motif cerita aku ni sebenarnya?aku pon tak tau..cuma yang aku pasti,aku pun sama macam budak-budak sekolah rendah tu.bezanya,aku dah dewasa dan ada "2" kat depan umur aku.tapi masih tak tahu cita-cita sendiri.yang aku tau belajar saje,tapi bila orang tanya lepas belajar ni nak jadi apa?aku tak tau nak jawab.padahal aku dah habiskan hampir 4tahun untuk 1 kursus profesional yang aku tau,bukan minat aku sebenarnya..then after abes ni,apela aku nak wat?nak jd surirumah tangge pon bukannye pandai masak.haha..mungkin aku patut masuk sekolah rumah tangge mcm cousin ku.manela tau kan,kot2 aku ada talent memasak,cuma belum dicungkil lagi je??!hehe..mungkin aku patut sambung master dalam maths?ataupun sambung dlm business?ataupun kerja je sampai aku rase muak dgn semuanya,baru pikir nak cari bidang lain..hmm still thinking...

No comments:

Post a Comment