Mari join..:)

Friday, May 19, 2017

Crush(es)

Sejak G cakap nak kawin Ogos tahun lepas, aku rasa ada la 5,6 kali kot aku ada crush hahaha,termasuk Gambit lah.


Tapi dalam tu ada la 2orang yang main. Main tu utama, bukan play ya. N dua2 technician, macam yang memang aku nak, haha.


Sorang tu i jumpa last year,around November, kacak, urban sikit,orang keyel katenye, n kitorang ada few common interest. Few jelah, sebab dia pun jauh. Whatsapp2 gitu jelah. Sama macam aku, bila sembang suka ada haha kat depan. N aku lak rasa hepi bila dia gelak,rasa macam segala rungsing hilang. Pastu suka cakap aku sengal pffft. Tapi tulah, dah kata kacak,pastu dia pun ngaku separa playboy, memang separa pun sebab dia kawan ja semua tapi xde la declare dengan semua cakap gf ke apa. Tak macam setengah orang tu, kat semua dia cakap i love u. So memang takdelah aku teringin nak kawin ngan dia ke apa. Memang sonok berkawan saje.Tapi i tak nak panggil dia adik walaupun memang dia muda 3tahun dari I haha. Maintain as crush ek.


Yang kedua ni,baru je jumpa dalam awal Mac, stok calon menantu pilihan. Hensemmmmm tak boleh compare lah dua2 orang ni, yang first tu kacak n stylo, yang kedua ni putih and down to earth sikit.Jenis kerja tak tengok fon, jenis tak kisah nak up dari orang lain, buktinya helmet takde cap pun haha, tapi taklah selekeh macam I, dia tetap nampak sparkling, mungkin hasil wuduk kot eceh, pastu tak pernah nampak dia mengulat, dia dok kantin time rehat  tengahari tu jelah, selain tu gi surau.


Yang paling kelakar, 2nd crush ni orang KAMPUNG GAJAH. Dalam banyak2 tempat, lah satu kampung pulak nye. Walaupun memang awal lagi aku nampak dah moto plat AHK, aku bayang orang Ipoh ke taiping ke kuala gitulah. And dia memang tak cakap utara sangat pun. Dah semua orang cakap mungkin jodoh agaknya. Haha,too soon babe.


Keh takdela nak cite sangat pasal diorang ni sebenarnya. Cuma malam ni aku tiba2 terfikir je. Ada crush memang seronok tapi macam crush pertama tadi lah. Terbiar gitu jela akhirnya.  Kalau dia nak pun aku tak rasa aku nak. Sebabnya sebelum ni ada sekali tu aku ada crush masa matrik, pastu last2 dia ada awek. Pastu beberapa tahun selepas tu dia interested kat aku,silap2 kawin dah aku dengan dia, tapi sebab masa tu I dah tak minat kat dia so bye bye haha. So aku rasa, aku takkan minat dengan crush yang minat aku balik hahahhahahaha.


Jadinya, motif di sini, hmm ape ye. Oh ye, ada crush memang fun,tapi tiba2 i terfikir apa lak penghujungnya. Hurt again? Uhh tak nak la, cukuplah jadi crush je sampai i bosan n jumpa another crush pulak. I dont have the courage to love again. Tapi ada crush banyak2 ni, i nampak macam pompuan jahat yang tak setia ke? Manalah tahu kalau i met the one pastu dia ingat i jenis playgirl,kan dah frust. Hahah.


Sekian merapu dari orang demam dan baru lepas makan ubat batuk.


Sunday, May 14, 2017

Birthday trip to Taiwan (Part 1)~ Kaohsiung

So 21/4 tengah malam tu aku dah gerak ke KL. By bus. Sebab ada tebiu kat Puchong petang tu.Dah lama tak gi tebiu,tak berharap sangat pun. Just tak nak tertulis "no show" je kat status Jobstreet. Bolehkah huhu. Plan asal nak tido umah Dila,leh melawat anak-anak buah sekali,rumah dia memang dekat Puchong dah. Sekali anak-anak buahku demam,maka adik aku terpaksa tido umah mak mentua,so I terpaksa la merempat kat TBS sampai tengahari. Hambekkk.Syukurla Ecah sudi menumpangkan I malam tu,kalau tak sambungla aku merempat kat airport lak lepas tebiu huhuhu.Kak Una pun sudi menumpangkan,tapi dia nak balik Slim malam tu,dan takde transport lak dari Kajang nak ke airport.


So tanpa memanjangkan cerita, Ecah hantar aku gi KL sentral pagi tu dalam kol 4,beli roti beberapa ketul dan naik bas ke KLIA2,aku nervous sebenarnya,sebab aku takleh check in,kena pi kaunter. Risau gak tiba2 tak leh fly. Burn la tiket RM700++ tu.Tapi lega, everything's fine, dan aku ada banyak masa untuk berehat sebelum flight. Yang syoknya, tak sangka lak aku dapat hot seat,aku rasa dah habis kot seat biasa, tu yang dapat tu.Sebab aku tak bayar extra pun untuk seat selection ke apa. Pastu dia dok panggil la sape hot seat leh boarding dulu,aku buat tak tau jelah. Masa nak duduk baru pasan rupanya aku hot seat hahaha. Ceh,penat je tunggu.



Masa pergi tu maybe sebab dua malam tak cukup tido,pantang lepa je aku tido. Sambil pegang mag 360 tido,masa orang hidang makan pun aku tido,malu betul hahahha. Aku order nasi lemak Pak Nasir, memandangkan nak gi negara bukan Islam ni, kang susah makan. Flight lak delay,so aku sampai Kaohsiung dalam 2pm gitu. Nasibla aku tak kejar tren ke apa,sebab aku akan tido 1 malam kat Kaohsiung.


Sampai2 aku gi cari tandas, memang sejenis yang tak suka melawat tandas dalam tren or kapal terbang haha. Sejak dulu. Sampai airport baru kalut. Tandas kat Taiwan memang takde paip ye. Masa kat Kemboja kat airport dan tempat2 awam mostly ada paip. Even toilet kat bus company. Huhu.
Lepas tu baru selesa nak buat IG story, eh hahahah. Padahal baru beberapa hari sebelum tu mengadu bila la dapat pergi Taiwan, pastu siap ada member Honda dm. Tiba2 eh,dah sampai hahaha.


Nak pergi bandar Kaohsiung leh naik bas or MRT. MRT dia ada kat tingkat bawah, dan murah. Sebenarnya takla murah mana, $25 camtu, hehe. Dekat2 RM4. Kiranya macam tambang LRT jelah,takde la kata murah dari Malaysia. Tapi dari nek teksi kan, murah dah la ni. Tapi kan, aku bayang MRT tu kat tingkat atas haha.So naik lif gi naik atas. Tengok2 atas takde apa. Tapi ada la tulisan Welcome to Kaohsiung tu.



Tapi beli tiket MRT kat mesin kena pakai coin eh,takleh pakai duit kertas. Aku tukar duit kat TBS, sebab malas nak fikir. Aku bajet2 4500TWD, lepas kira2 semua kos. So wajiblah dapat semua duit kertas. 1000 4 keping, 100 5 keping. Memang dia tulis siap2 100 not paling kecil yang dia boleh bagi. Memang sikit kan bajet aku.Tapi wajiblah buat ATM overseas withdrawal ye. Sebab takde kad kredit katakan. Kang ada problem tinggallah ko terus kat Taiwan tu.


Walaupun kat Taiwan sebenarnya susah jugak nak cari English speaker, tapi dont worry,information counter ada di mana2 stesen. So pergi je information counter,dia akan bagi map. Lepas tu aku tanya camna nak pergi hostel aku tu (ada free wifi so boleh tunjuk emel)dan dia bagitau aku kena turun kat Sanduo shopping district station. $25. Aku cakap takde coin,dia kata takpe,leh beli kat sini je. OK setel. So dapatla I coin2.Penting nih simpan coin,nanti nak naik MRT lagi. MRT dia macam singapore je. Semua bawah tanah. Dan semua stesen MRT ada free wifi haha(penting ni!). Tak payah nak kena register.


Sampai Sanduo pening jap. Aku dah screenshot direction ke hostel, semua hostel yang aku book dalam walking distance ke MRT/train station. Tapi aku tak sure exit mana,lepas tu dari exit tu kena arah ke mana. Tengok nama jalan2 yang ada pun pening. Macam tak tally dengan map. Pusing beberapa kali gak ah. Last2 ikut gerak hati,jumpa jugak. Tapi pusing jauh gak la.Kalau tak tu 5minit je leh sampai.


Sampai2 tangkap gambar hostel dulu. Cantik,ala inggeris.Sepanjang aku dok hostel,diorang punya deco memang ala2 hipsturrrr. Kalau hotel biasa macam sama je design dia. Hostel first tu $450, leh buat kopi dan teh susu free,ada dapur leh masak, pastu leh guna PC surf internet,free kot,yang tu tak sure. Aku letak barang, pastu book tiket train kat website TRA dan pergi 7 eleven untuk ambik tiket. Sebenarnya ada lagi tempat lain boleh collect,tapi aku rasa 7 eleven la paling senang. Tapi jauh gak la jalan cari 7E tu. Haha.




Map yang di-provide

Tiket train yang di-collect di 7E. Siap ada sampul


Sekitar Kaohsiung. 

I bawak ni je jalan2, senang. 

Freeeeeeeee hahaha


Masuk2, aku gi kaunter tanya. Dia tunjuk mesin tu. Aku pun pergi,tapi semua tulisan cina! Pastu aku tanya dia, dia suruh tunggu. Memang agak ramai pun customer nak bayar. Pastu ada orang lain nak guna mesin tu,so aku bagi laluan. Dia kol siapa tah kat mesin tu,tapi cakap cina lah. Tapi rasanya bukan beli tiket tren. Aku usya je orang kaunter tu tapi dia macam sengaja buat tak nampak aku. Aku rasa dia malas ajar aku. Pastu ada sorang awek ni collect tiket HSR (ketapi laju) aku pun perati dia buat. Then aku tiru je dia. Aku agak2 je instruction tu suh masukkan booking number,passport number, pastu pilih sorang ke dua orang ke apa. Hentam je. Sambil berdoa harap2 aku tak tersalah hahah. Then keluar resit. Lepas tu awek tu pergi kaunter untuk bayar. Aku pun dengan geram pergi bayar. Pastu dia pun macam lega la kot. Tapi sebelum aku chow dia suruh check dulu tiket. Lepas tu aku cakap thank you (dengan niat perli sebab tak membantu pun) dahla buat muka ketat. Sakit hati betul.


Setel, pusing2 jap. Aku tengok dalam 7E tadi takde pun jual Maggi. Pikir2 nak makan apa lagi 5hari ni. Aku ada bawak roti, tapi sikit jelah. Capture2 sikit gambar, pastu cari balik jalan yg dekat ke MRT, then hujan rintik2. Kaohsiung ni tenang je, aku sampai tu hari Sabtu, tak sibuk sangat pun. Masih boleh melintas jalan dengan senang hati. Mungkin kawasan ni kot tak sibuk, maybe other part of Kaohsiung sibuk. Then balik hostel, buat teh hahaha.


Tu la aku suka jalan sorang. Timing sendiri, rasa tak larat jalan balik hostel jela rest. Kalau dengan member2 dapat yg suka shopping tu, hmm dapatlah ko dicop tak suka bermasyarakat sebab layan wifi dari shopping (happened to me in Lombok).


Kat hostel aku borak dengan sorang pompuan ni tengah masak dumpling. English dia bagus, orang Hong Kong rupanya. Dia offer aku makan, tapi aku cakap dah makan. Dia cakap dia datang sini kerja, dan owner hostel ni kawan dia so dia stay free je. Untunglah haha. Aku cakap nak gi Hualien lepas ni, dia cakap makanan kat sana best pastu nanti lehla cycling kat sana pusing2 town dia. Syok jugak cycling, tapi kena tengok gak traffic sana camne huhu. I ni kan penggayat sikit.


Dorm yang aku duduk malam tu semua perempuan. Siap pagi tu ada pompuan tu selamba je salin baju, terus aku pura2 tidur hahaha. Jangan anggap aku mata keranjang k, i cuma tak nak dia rasa segan je haha. Tapi diorang ni tak friendly lah. Just sorang je yang Taipei tu sembang gak dengan aku.


Pagi tu dalam kol 8 camtu lah, aku checkout. Sebelum keluar buat teh lagi hahahha. Ada 2 chinese guy kat lobby masa tu, tapi masing2 buat hal sendiri. Walaupun kat negara luar aku still tak sembang sangat dengan lelaki tak dikenali huhu. Macam kat Indochina pun diorang yang tegur aku dulu haha.


Keluar2 hostel, hujan renyai2. Lantakkan jelah. Sempat aku snap2 gak pastu jalan ke MRT.


Lubang tu je, aku tak perasan pun ada signboard ke apa menghala ke situ. 

Kat sini banyak photobooth. Tapi segan ah hahaha. 




Masa aku selfie2 ni la, tiba-tiba aku ditegur.... 


Bersambung














Monday, May 8, 2017

Akhirnya...Gshock pink aku dah habis bateri

Pagi tadi aku pakai jam macam biasa. Dalam gelap tu aku tekan kat "G" sebab nak cari gelang, tapi takde lampu. Pelik sangat. Bila dah kat tempat cerah,tengok2 dah gelap. OMG. Yup dah 3tahun 5 bulan pun pakai jam tu. Its about time gak kan. Nak2 aritu Alip buh alarm tah berapa banyak tah. Pagi bunyi banyak kali.


Gemok cakap warranty battery 5 tahun. Tapi aku tak tahu camna nak claim warranty. Resit pun macam tak de. Any suggestion korang?

Sunday, April 30, 2017

Birthday Trip to Taiwan (Intro)

So this year I've celebrated my birthday in Taiwan. Yeah, by myself.


Dah berapa tahun nak celebrate birthday dengan travel, tapi xberjaya. So tahun ni aku dapat kutu bulan 4,pastu bonus pun masuk hujung bulan 3. So elok je bonus masuk aku terus book tiket hahah.


Sebenarnya aku pernah cakap dengan someone tu, aku nak gi taiwan for honeymoon. Memandangkan aku takde sape2,so gi jelah, buat ape nak tunggu benda tak pasti ni.


Aku dah study tempat nak gi agak lama, tak ramai melayu gi taiwan, kalau gi pun mostly gi taipei. Aku tak suka gi bandar2 sebenarnya, so I skip taipei. Aku book flight pergi balik KL-Kaohsiung-KL. Tak beritahu sesiapa. Even my family. Till the very end.


Then memandangkan nak jalan jauh, awal bulan ni aku bawak mak dan adik2 gi gold coast morib dulu. Lebih kurang bodek jugak, sayangnya ayah tak leh cuti. Kalau tak leh kira percutian anniversary dorang jugak. Letih tapi worth it la kot.


Persediaan ke taiwan. Hmm, baca blog, dan paling penting, tengok currency. Dulu just buang 0 kt blkg, tapi sekarang bahagi 7. Lebih kurang la. Dan tengok weather. Sebab taiwan ada musim typhoon macam Philippines jugak, kang tak pasal je. Ramai orang recommend untuk gi taiwan bulan 4-5 sebab cuaca cantik.


Apa yang best taiwan? Nature. Banyak national park. Aku takla pencinta nature sangat, tapi bolehla. Much much love dari shopping. So tu reason yang kukuh untuk gi taiwan, sebab kerajaan taiwan memang jaga national park diorang. Dan sekarang memang dorang ada tahun melawat taiwan ke apa, tak sure.


Aku fikir jugak, kalau cuti sape nak buat keje aku, macam mana kokde nak gi keje. Tapi bila lagi nak selfish. Kilang aku takkan tutup sebab aku takde je. Kokde boleh naik uber or grab car. Bukan jauh pun hillside dengan rumah kami. Tiap2 tahun aku celeb besday dengan family, so apa salahnya tahun ni aku jalan. So... 22 april selamat la aku ke Kaohsiung Taiwan. Details aku cite nanti dalam part2 seterusnya ye. ✌

Friday, April 14, 2017

Disibukkan.

I was busy since last year August. Mula2 sibuk dengan entertain guests from KL (u know who u are haha) pastu part time jobs, padahal aku da stat keja tu dari january 2016. Tapi keje nye salu masuk xbanyak.Sekali last year tu belambak chuols, nak bernafas pun rasa tersekat2. Cewah.



Just imagine la eh, I bole setel skrip 1800++ lines in one day, kadang2 2 skrip 500,800 lines a day (drama senang sikit sebenarnya). Dan ada bulan tu aku bole dapat 3k plus from that. Memang sibuk la masa tu. So lehla I beli gshock ice2 baby 1, SJcam,bawak family gi langkawi hahaha. 


Lepas tu dah slow sikit pasal tu, adik I datang keje sini. Bulan pertama tu teruk jugak la, sebab parents pun tengah takde duit,aku pun cukup2 je nak sara diri, tambah lak nak sara adik. Masa tu jugak I busy kena handle onsite. Semua kucar kacir, dan ada perasaan tak puas hati sebenarnya. Yelah, engineer kena buat keje Planner. Kadang2 rasa macam downgraded. I tak kata Planner tu keje orang bawahan,tapi well u dont need a degree to be a Planner in this company. Orang takde SPM pun jadi planner kat company aku. So u got my point?


Tapi lepas tu,bos aku, maybe dia memahami walaupun aku tak pernah cakap kat sesapa pasal ni. Dia cakap "I want u to get your hands dirty",kata maybe u can be good enough to take whole department later. Baru la I rasa motivated sikit. Well aku takdela jenis orang yang rasa mighty, engineer so nak poyo kata ni bukan kerja aku, ni tak setaraf dengan aku ke apa. I dont mind helping others, kerja operator pun aku buat je,takde masalah pun. Kita satu team kan,kalau quality tak bagus, delivery failed,semua affected kot. Tapi aku kena careful, pernah dulu aku tolong kerja operator dan bos besar nampak,cakap tak berbaloi bayar gaji u untuk buat kerja2 ni,jadi issue pulak dah. 


Tapi satu je benda yang tak buat aku happy, gaji. Hahaha, fikir umur2 gini gaji dok tang tu je, orang yg takde engineering degree tapi jadi engineer pun gaji lebey dari aku, wth betul. Pastu merungut depan aku gaji engineer sikit. Kira bersyukur la ko boleh jadi engineer. Orang yang penat2 belajar 4 tahun ni yang patut merungut. Eh luahan perasaan lak.


I have to admit, I miss someone sebenarnya. Someone I shouldnt miss. Tengok Saga BLM teringat,motor merah pun teringat. Keep reminding myself about the pain he brought me, his weaknesses, the reasons why he's not a good partner, telling myself everythings a lie, but still, we have no control on our heart. Easier said than done. Thats human. You can say all the good things like "tak payah jadi bodohlah, dia tak layak untuk kau lah, ramai lagi bagus dari dialah" no need babe, I know. I think I'm just lonely.  


Yup,memang disibukkan dengan macam2, Allah helping me to forget it.

Wednesday, January 18, 2017

Jarang nak tunjuk.

Ai ni sejenis yang susah nak tunjuk concern.Tanya la family aku ke,bestfriend aku ke.Memang jenis tak pernah nak jiwang bagai. Typical Malay kan,ke tak?haha. Sebab kadang2 kat facebook aku tengok macam bestfriend buat ayat sweet2 bagai kat pasangan memasing. I macam tak pernah. Selalu wasap je,weh happy birthday! gitu. For me,action speaks louder than word gitu. Haha adoi.


So yang sebenarnya nak cite,ayah aku tak berapa sihat kebelakangan ni. Dari keturunan sudah mewarisi kencing manis dan darah tinggi. Kencing manis ni detected since 2009,aku ingat sebab masa tu aku praktikal,dok kat umah makteh aku kat Klang. Mak aku macam biasa,bekalkan makanan suh bagi kat mak teh. Pastu pakteh cakap,haa dah kencing manis ni buat pulak kuih manis2. huhu no comment.


So baru2 ni lah,dalam bulan lepas. Adik aku update status FB,cakap ayah tak sihat.Terus aku wasap dia.Masa tu aku kerja. Adik aku cakap ayah aku ada tanda2 strok. I terus ketar tangan rasa masa tu. Yelah,ayah kot.Dahla I baru kehilangan jugak kan few months before. Hmm. Masa tu baru lepas kenduri Ana,kan aku balik Sabtu petang ke Taiping,so terus balik Penang.Ayah aku kena hari Isnin or Selasa tu. Bayangkanlah. Down jugak rasa. Pastu ape2 aku tanya adik aku Dila tulah,kebetulan dia ada kat kampung seminggu. Mak aku memang jenis tak cite.Hmm. Aku bayang teruk jugak la,sebab katanya air liur terkeluar2,cakap ada telo,cuma tak sampai lumpuh.


Khamis tu lak,adik aku kata diorang pergi Mydin shopping barang sekolah. Tiap tahun company ayah aku memang bagi baucar Mydin kat pekerja untuk beli barang sekolah. Aku macam confused,ayah aku ni sihat ke tak.Pastu cite kat member aku pun,dia pun cakap "hahaa..macam tak sakit sangat je tu" tapi still,bukan ayah aku yang drive pun.Khamis adik aku Apis tu memang cuti,so dia yang drive diorang. Hmm.


Weekend tu aku tak balik, kan dah overspend langkawi bagai,pastu memang member aku pun datang Penang.Aku dah janji dengan dia sebulan sebelum,ayah pun adik aku kata dah ok sikit,yang utamanya bukan sebab2 tu.Aku yang tak kuat nak tengok ayah sakit. Bayangkanlah,kitorang 8 beradik memang ayah ye yang jadi nurse tiap kali kitorang sakit. Pastu bila dia yang sakit? Mestilah terasa kan.Sobssss.


Seminggu lepas tu,ayah wasap tanya balik tak minggu tu. Aku memang reluctant nak balik sebenarnya,betul2 rasa tak kuat lagi.Pastu member cakap,baliklaaa,family first.Ok sentap iols huhu. Kebetulan bos bagi semua orang balik awal,kol 3, so kol 3 ai terus balik rumah pack beg dan shoot balik rumah. Tapi sempat la aku singgah Ipoh ajak cousin aku lepak dulu baru balik. Haha.Dasar sangat.


Sampai rumah,tengok ayah takde.Aku ingat dia ada dalam bilik tido ke. Sebab aku sampai umah pun dah lepas isyak.Pastu aku masuk bilik la apa,keluar2 tengok ayah baru balik masjid. Ok lega. Ayah sihat la maknanya boleh pergi masjid.Mak aku cakap ayah dah much better lepas urut beberapa hari sebelum tu.Tapi ayah memang tak drive dah sejak hari tu.


Pastu,31hb tu dua pupu aku kawin kat KL. So aku bawak la mak aku pergi,pagi tu ada perjumpaan keluarga belah mak,balik tu siap2 gi KL,malam tu lak aku ada BBQ kat Pantai remis dengan member2 Irau haritu. Ayah aku tak nak gi,dia gi dengan Apis je terus ke rumah opah yang dekat Pantai Remis tu. Hmm dia kata ada masalah kencing sekarang. Susah control so kalau boleh tak nak jalan sangat.


Bila keluar bawak ayah,bila nak bangun dia akan berpaut kat tempat pemegang tu baru bangun. Mak aku selalu akan pegang ayah aku,aku lak salu tanya je,boleh ke yah(tak turun).Ayah aku akan cakap bolehhhh. T____T


Pastu Ahad petang baru ni aku bawak ayah hantar Alip balik asrama. Anak manja ayah Alip ni,so tiap kali hantar ayah mesti ada atau ikut. Semua orang tau dah haha. Ayah aku nak taip mesej,nak hantar nombor kawan dia pada kawan sorang lagi. Tapi tak reti.Alip pulak tak tahu guna Sony katanya. So aku tolongla buat kan. Pastu dia nak taip apatah.Tapi tak boleh2. Last2 dia geram cakap hmppph.Aku tanya kenapa,sebab kita bawak laju ke.Dia kata susah betul nak taip.Aku kata,biasala jari gemuk,huruf tu kecik(bukan menganjing) Pastu dia kata,bukan.Sebab tangan ni dok ketar.Aku lagi sekali T________T


Malam tu,kitorang makan2. Pastu mak aku cakap,tengok mata ayah yang hitam tu ada garis. Baru la aku tau,rupanya mata ayah kena libas dengan daun sawit. Pastu teringat,semalamnya ayah ada meracun keliling umah.Maybe kena masa tu.Aku cakap,jomla gi hospital.Ayah kata nak gi esok,so aku pun cancel tak jadi balik Penang esoknya. Doktor bubuh ubat,jadi hijau mata ayah.Kitorang sempat gelak2,cakap ayah mata German. Siap aku tangkap gambar ayah buh caption "this pirate name Zulkifli"huhu. Makcik pakcik pun ada komen kata kenapa ayah sibuk nak buat kerja anak dah besar2 pun.Hmm.


Pastu Selasa ayah kena gi lagi sekali ke hospital.Tapi mak aku kena gi sekolah adik aku sebab ada majlis akujanji.So aku kata takpela,aku tambah cuti lagi sehari. So berdua je gi hospital,adik aku Saadah bawak mak aku.Apis takleh cuti. Takpela aku tak kisah pun.Kalau aku balik,nanti ada pape doktor cakap ke,bukan mak aku nak bagitau pun. Alhamdulillah tak de apa,tapi Khamis kena gi lagi sekali.


Balik dari hospital,ayah cakap nak gi pasar beli ayam la ikan la pisang la.Pastu singgah makan. Jumpa sepupu dia. Ayah aku ni kan spesies dengan anak2 bukan la nak cite sangat.Tapi dengan orang dia bercerita.So aku pun dengar la. Dia cakap "aku bukannya strok pun kiranya. tapi sebab aku tak jaga makan,tu yang leh kena tu." Sambil tu aku usya je pakcik sepupu aku tu minum teh tarik. Sepupu ayah tu badan boleh tahan jugak beso.Siap ayah aku cakap macam tong. Haha adoi. Ni la lelaki,dah sakit baru nak beringat. Eh bukan pompuan pun sama ke?Huhu.


Malam semalam hujan.Ayah sorang2 gi masjid,bawak Kelisa tu.Takla risau sangat sebab auto.Tapi dahla hujan,ayah pun tak berapa nampak.Risau jugak.Mak aku siap asyik tengok2 jam sebab ayah macam lambat je balik.Hmm.


Harini aku dah stat keje. Risau jugak lama sangat EL. Tapi family first kan.Lantakkan jelah. Kalau dia bising sangat aku cari jela kerja lain.


Hmm,apa ni. Ayat tah pape. Anyway korang doakan ayah aku ek.





Tuesday, December 27, 2016

Kenduri Farhana aka Juwita (sebelah lelaki)

Huhu.Ada part 2 ek.


Ok nak dijadikan cerita kan Bab kan my bestie gituh.So sebab dia jadi pengapit,I pun kena menyibuklah sama.Hahha. Husband Ana orang taiping,so dia mintak I teman Bab tido kat hotel nanti. I pun ok jela,taiping dengan penang sejam je pun. Tambah pulak Ana cakap,pengantin laki aka adik ipa dia tu chinese look and single. I pun apa lagi hahahah #pantangbetul.


Tapi tapi tapi. Kan I nak pergi Langkawi. So senang cerita aku decide vacation family kami jadi Isnin sampai Khamis, so I won't miss anything. Adil kan I hahaha. Terus fikir,busy betul aku December ni.Sampai ada orang perli I, "untungla diperlukan di mana2". Hahah.Diperlukan la sangat.


Pastu masa kat Langkawi Rabu tu aku da mula nak sakit gigi.Gigi tu da sakit da dulu,pastu aku hold tak nak cabut dulu sebab doktor tu hardcore sangat,time aku sakit gila dia nak terus cabut.Sudahnya tak cabut2. So Khamis tu pun aku rasa nak mengamuk je lagi2 bila jalan tengah panas,sebab makin berdenyut2. Khamis tengahari iols dari Langkawi drive balik Perak.Memang pikir nak MC dah jumaat tu haha. Mula2 tak nak cuti sebab dah bos bagi cuti di saat orang busy kan,janganla nak lebih2.Tapi dah sakit gigi harap maafla huhu.


So Sabtu petang baru iols nak gerak ke Taiping.Pagi tu dengar berita ada eksiden.Pastu pikir,takkanla sampai petang tak clear lagi kan.Bab gerak dari TBS kol 1.30,tengok2 memang jem lagi.So sudahnye dalam kol 5 baru aku gerak dari umah. Ikut jalan lama. Mula2 ingat nak ikut Beruas terus ke Changkat Jering je,kompem tak jem,tapi Bab kol aku cakap nak berenti kat mana2 sebab lapar. So tak jadi,ikut gak la Kampar.Elok2 simpang Malim Nawar-Jeram tu memang dah start jem dah.Demn.


Takpela aku fikir kan,bukan selalu pun aku jem.Selama ni orang asal utara yang kerja KL/Selangor dok rasa,ai yang kerja kat utara ni mampu perati je,dahla kerja kat utara,kampung pulak kat selangor. Memang jarang la menempuh jem time perayaan la apa.Hehe. Tapi sampai Klebang camtu,I dah mula bosan.Masa tu dah gelap,7 something. Ai pun apa  lagi,re-install smule,melalak. Eceh.Bukan baru lepas sakit gigi ke? Pantang sihat sikit mula nak me-lagho. Hahaha.


Last2 area 8 something aku dah dekat umah Shidah,memang gerak ada la 5cm kot setiap setengah jam (hyperbola) so aku mesej Shidah kat group,ada pape nak dimakan tak.Haha,iols dah lapar walaupun 3.30 camtu baru makan nasik. Bab pun lepas tu kata,pakcik tu nak berenti kat stesen bas Kuala. Cantik.


Elok2 aku sampai Kuala tengah cari mana stesen bas dia,Bab pun sampai.Aku pernah sampai stesen bas dia sekali je,dalam 2-3 tahun lepas,dah tak ingat. Memang bab pun terkejut sebab dia baru mesej aku cakap dah sampai,tak sampai 5 minit aku dah muncul. Hahah. Kitorang memang kebuluran dah,aku boleh je nak berenti makan,tapi sejenis aku yang malas singgah bila bersendirian,tahan jela dulu.huhu.


Gila tak panjang? Selama ni aku rilek je lalu 100km/j jalan ni. Sekarang ni?10km/j pun tak.

Satu cite sedih,Kuala takde McD. Sekian.So kitorang makan KFC jek. Pastu konon2 kitorang nak stay Potato Hotel, kitorang dok bahan nama hotel ni kat group dah berminggu2 dah, nak hen's night la apa,sudahnye full,mampu dok homestay jek.I ok jela,tapi pastu tukar lak hotel lain. Dahla Ana cite homestay tu ala2 rumah hantu sikit. Pffft. Apa ni.


Lepas makan masuk highway balik,jem jugak,tapi ok la,gerak2 jugak. Penyebab lambat ialah kete slow ok.Tak faham aku orang yang bawak slow2 nih. Dah tau slow,dok jela lane kiri,tak yah la sibuk2 nak dok lane kanan. Dont be selfish ok. Dekat kol 12 sampai hotel,siap dapat parking depan pintu hotel haha. Masuk2 hotel aku dengan konpiden la aku cari bilik. Bab terus carut aku, weh ko memang biasa datang sini? Baik bagitau aku cepat,ko checkin dengan sape?? demn. Kejam betul statement.

Supper kitorang malam tu. Haha.Tapi i makan seketul je,memang lebih beratkan mengantuk I dari makan.

Pagi tu kol 5 baru Isyak k.Hahah. Tu pun pengantin yang kejut. Pastu pagi tu kitorang sempat bergosip, gi breakfast sama2,sambil tu sempat la korek dengan Ana,love story dia sebelum kawin. Inspiring sangat. Kitorang ni jenis tak ramai pun member laki,walaupun I budak engineering,I mampu friendzone jek haha. Pastu tak nak cari yang sekelas ke apa. Memang kesudahannya nan hado lah. So kesimpulannya, tak semestinya nak kawin tu kita rasa berbunga2 bagai dengan lelaki tu,maksudnya ada jodoh.Mungkin ko rasa so-so jek dengan dia,tapi dah jodoh,ke jinjang pelamin jugak. Gitu. So sekarang ni camne ni? I tengah berbunga2 dengan u. Eh, hahaha.



Wristcheck dulu,punya berkenan kat jam ni.Hehe.












Ni anak photographer tu,comel gila. Bab terus fefeeling motherly.Hhaha.





Selfie jek pengantin nih.














Ececeh.Pengapit tu tengok Bab la.






















Sebenarnya ada tragedi kat sini,sebab keta aku nak undur tak leh.Nak ke depan ada batu. So ada la beberapa pakcik2 yang berenti tolong tengokkan kete. Haha segan ai.Rupanya ada dahan kat belakang. Sian pengantin malu hahah. Aku lak pelik,masa masuk ok je,masa nak kuor pulak tak boleh nye.





Kahkah.Mohon bertabah! Ecah,jangan carut kitorang k sebab banyak gambar selfie jek.Hahahhaaha